Thursday, October 7, 2010

Pinky Purple Pyjamas

Salam,

Pinky Purple Pyjamas hasil daripada pola yang dilukis hari tu saya menjahit satu lagi patern baju tidur untuk Aqeela. Kali ini baju tidur ini berkolar dan yang paling penting renda tetap menjadi hiasan untuk baju tidur ini. Saya suka sangat padanan renda purple dan kain pink ini. Tahun nie saya sempat juga menyiapkan 3 pasang baju tidur baru untuk Aqeela untuk menyambut hari lebaran walaupun di saat-saat akhir.

Now Aqeela dah malas nak pose untuk baju-baju yang mama dia jahit. Nie muka kena paksa nie. Saya berhasrat untuk menjahit beberapa pasang lagi baju tidur dan baju lain untuk Aqeela sebelum saya memulakan projek untuk menjahit keperluan menyambut orang baru dalam keluarga kami.

Thursday, September 30, 2010

Baju tidur lagi

Salam,

Setelah projek menjahit baju tidur berdasarkan pola yang sedia ada tidak menepati kesesuaian sipemakai maka saya terpaksa melukis pola berdasarkan ukuran badan Aqeela. Saya masih boleh menggunakan pola yang sedia ada tetapi kena buat "adjustment" di beberapa bahagian. Oleh kerana saya tidak mahu merenyahkan kerja saya maka saya guna sahaja ilmu yang saya dapati sewaktu belajar menjahit dulu untuk melakarkan pola yang lain.

Pola yang dilukis berdasarkan ukuran badan Aqeela
Pola ini pada dasarnya nampak agak besar. Dah macam saiz orang dewasa la pulak. Bila selesai menjahit dan Aqeela mencubanya dia amat berpuashati kerana pyjamas ini begitu selesa untuk dia pakai. Maklumla baju tidur nie kena la selesa kan barulah lena tidur malam.

Aqeela bergaya dengan baju tidur barunya.


Baju tidur Aqeela selalunya mesti sarat dengan renda. Saya memang suka guna renda untuk baju tidur. Baju nie simple sahaja saya hanya menggunakan renda sebagai hiasan leher dan bahagian "yoke" baju.

Wednesday, September 29, 2010

Sewing Pattern

Salam,

Patern ini dah beli lama, dalam bulan April. Beli dari blog ImPianIna. Aqeela semakin membesar jadi dah tibalah masanya untuk menukar koleksi baju tidur yang dia ada. Lagipun nak sambut raya kan so kenalah buat baju tidur baru untuk dia (projek bulan puasa nie).

Oleh itu barulah pattern ini saya keluarkan daripada kotak ajaib untuk memulakan operasi menjahit. Ini kali pertama saya menggunakan patern yang sedia ada untuk menjahit baju Aqeela. Ini adalah download pattern. Maka kerjanya agak renyah sedikit pada awal pembikinan baju ini.

Pertama sekali kena cantum-cantumkan patern dari kertas A4 menjadi satu pola yang lengkap. Oleh kerana saya tidak membaca arahan mencantum patern dengan teliti maka terdapat sedikit kesilapan dalam mencantum kertas-kertas A4 ini di mana saya mendapat pola patern yg lengkap tetapi ada bahagian-bahagian yang lari daripada margin. Apa nak buat salah sendiri tak baca arahan dengan betul.

Ini adalah patern asal :-

Nampak terletak dan cantik jer di pakai oleh si pemakai.

Inilah pulak hasil kerja saya :-




Saya potong pola ukuran mengikut saiz umur Aqeela tanpa membuat sebarang "adjustment" berkenaan dengan ukuran sebenar Aqeela. Nampaknya saya tidak boleh ikut 100% saiz pola yang disediakan. Bahagian kelengkang seluar dan lubang lengan agak sempit. Makanya baju tidur Aqeela yang berikutnya saya terpaksa melukis pola sendiri.

Ini satu lagi patern yang saya beli dari ImPianIna. Masih dalam kotak ajaib tak tau bila pulak nak guna pattern nie coz saiz patern nie totally lari daripada saiz Aqeela.

Friday, September 24, 2010

Raya ke 4 - Aktiviti Memancing

Salam,

My hubby kalau balik kampung tak senang duduk kalau tak pergi memancing. Kalau dah hobi tu tak boleh nak larang kan? Raya-raya pun nak pergi memancing. Tapi kali nie yang bestnyer saya pun ikut sekali. Bawa anak dan anak sedara sekali. Cadangnya nak berkelah atas rakit memancing (titi) bersama ngan biras saya sekali. Malangnya biras saya tak dapat join sebab anak kecik dia dah terlebih beraya perut dah meragam. So saya, Aqeela dan 2 orang anak sedara jer yang join aktiviti memancing dan berkelah di atas rakit memancing.

Selalu hubby dan adik2nya memancing atas bot tetapi kali nie dia ajak saya menikmati pemandangan tengah laut di atas rakit yang di sediakan untuk orang memancing. Saya sendiri tak tau kenapa saya boleh ikut saranan hubby hari tu. Bila dah naik bot baru saya terfikir kenapala saya ikut hubby gie memancing. Bila dah sampai kat Rakit Memancing dan duduk atas rakit tu lagi saya rasa napela saya boleh ikut dia org pergi memancing. Memancing nie benar-benar memerlukan kesabaran. Lama juga nak tunggu ikan makan umpan. Aduh.... sabar jer la kalau lepak kat rumah dah tentu saya dok bergolek kat atas sofa. Hehe saya memang asyik nak bergolek jer kebelakangan nie. Pantang ada peluang.


Atas bot on the way nak pergi Rakit tempat orang memancing.

Nie Pak Itam, yang selalu melayan karenah anak sedaranya pergi memancing. Setiap kali pulang kampung, hubby mesti ajak Pak itam dan adik-adik dia pergi memancing. Pak Itam nie dah jadi driver bot peribadi dia org. Rajin juga bapa sedara yang sorang nie melayan karenah anak2 sedara.

Inilah Rakit yang disediakan di tengah laut untuk orang-orang yang berminat memancing. Kalau nak memancing kat sini kena la bayar RM15 seorang. Bagi yang nak duduk jer atas rakit tu tak kena bayar rasanyer.

Para pemancing khusyuk memasang umpan. Tu pemancing paling muda kami. Beriya-iya dia nak memancing sampaikan masa nak naikkan joran nyaris dia yang terjatuh ke dalam laut tu.

Hubby orang yang pertama dapat ikan. Ikan kerisi (ikan nie favourite Aqeela, kalau masak taucu dia ajer la yang perabiskan)


Tangkapan yang kedua - Adik ipar dapat "Ikan Telinga Gajah" katanya. Bila memancing nie selalu gak dapat ikan-ikan yg jarang ada di pasar. (ikan nie sedap masak pindang) Oleh kerana kami nie tinggal di bandar maka ikan nie di hadiahkan kepada kami untuk di bawa pulang ke KL

Ikan-ikan yang seterusnya ikan gagok (ikan duri), dapat lebih kurang dalam 8 ekor dan seekor ikan gelama. Semua kami bawa balik KL. Kalau dah balik kampung tu tak sah kalau tak bawa balik ikan yang fresh2 nie.

Lihatlah aksi pemancing paling muda kami.

Berada di atas Rakit ini sambil melihat pemandangan laut yang terbentang luas ciptaan Allah S.W.T. terasa begitu nyaman meskipun sesekali terasa gayat dan takut apabila ombak beralun.

Inilah aksi-aksi pemancing. Rakit nie selalu penuh waktu malam. Biasa pemancing akan memancing dari malam hingga ke pagi. Maklumlah waktu malam tak der cahaya matahari macam time nie. Kami berada di sini cuma beberapa jam sahaja maklumlah bawa bebudak bila tak dapat bergerak bebas mulalah bosan.



Raya 2010

Salam,

Moga Hari Jumaat ini memberi keceriaan kepada kita semua. Hari ini dah 15 Syawal. Sesungguhnya benarlah bahawasanya masa itu EMAS. Cepat sungguh ianya berlalu. Rasanya masih belum terlewat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat semua kengkawan. MAAF ZAHIR & BATIN. Lama sungguh saya tak update blog. Keadaan diri tak mengizinkan. Hari ini curi masa sikit untuk cerita sikit pasal raya. sikit jer.

Istimewanya Hari Raya selain daripada Hari Kemenangan buat Umat Islam yang menjalani ibadah puasa, ianya merupakan hari di mana pada masa ini lah kita luangkan masa dan waktu untuk menziarahi sanak saudara. Tahun nie giliran menyambut 1st raya kat Kg. Kuala Masai, JB. So sehari sebelum raya kami bertolak pulang ke JB.

Biasanya aktiviti menziarah keluarga bermula pada hari raya kedua. Nie sebahagian daripada gambar-gambar berhari raya di JB.

Bergambar bersama anak saudara.

Tema tahun nie hijau. Aqeela bergaya dengan baju raya hasil tangan mama tercinta.

Ini halaman rumah yang pertama kami serbu pada hari raya ke 2. Rumah Pak oteh. Rumah yang wajib kami ziarahi setiap tahun. Anak-anak sibuk nak bergambar di luar rumah.



Aqeela bersama sepupu-sepupunya yang selalu buat dia lupa kat mama & papa bila tiba kampung. Aqeela cucu tunggal sebelah saya so memang selalu excited nak balik kampung coz kat sana ramai sepupu merangkap kawan-kawan.

Hari raya ke3. Bilangan konvoi beraya dah berkurang. Muka masing-masing dah keletihan. Saya bukan letih lagi dah... kalau dapat bantal mau lelap.


Hidangan pagi raya, biasala ketupat, rendang, sayur lodeh dan kuah kacang. Kat JB nie mesti ada ayam masak kicap tau. Wajib.


Sunday, July 4, 2010

Surprise yang tidak menjadi

Salam semua,

Semenjak Aqeela berusia 5 tahun saya sudah tidak membuat "Birthday Party" untuk dia lagi. Tidak buat kat rumah di mana saya menjemput kengkawan serta ahli saudara untuk meraikannya. Sudah 3 tahun saya cuma buat Kek serta sediakan goodies pack dan saya hantar ke sekolah agar dia meraikan bersama kawan-kawan sekolahnya. Kemudian kami bertiga akan keluar makan dan bawa dia jalan-jalan.

Kebetulan tahun ini birthday Aqeela jatuh pada hari sabtu. Jadi saya sudah merancang dengan hubbie untuk membuat "Surprise Party" yang tetamunya hanya di kalangan atuk, nenek serta adik beradik saya. Hu!Hu! adik beradik hubbie jauh nun di Selatan (JB). Kalau mereka ada lagilah meriah sebab sebelah hubbie, Aqeela ada ramai sepupu.

Namanya pun hendak buat "Surprise Party" jadi pada awal pagi 3/7/10 saya dan hubbie tidak membuat rutin biasa yang kami selalu buat seperti tahun-tahun yang lepas di mana kami akan peluk dan cium dia sambil mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya. Bangun pagi itu Aqeela hanya mendiamkan diri sahaja mungkin terasa bahawa kami tidak mempedulikan Hari Lahirnya walhal seawal minggu ini dia sering mengingatkan kami bahawa Hari Lahirnya ialah pada hari Sabtu.

Menjelang tengahari, mak saya datang ke rumah dan wish dia, di ikuti pula oleh bapa saya. Kemudian kami ke rumah mak dan di sana mak udanya pula wish dia. Kemudian di duduk diam sahaja. Mak Uda dia tanya kenapa dia sedih bukan ke hari nie Hari Jadi dia, patutnya dia gembira. Dia diam sahaja.......

Hubbie pulang awal untuk bawa kami keluar meraikan hari lahirnya. Sebelum keluar kami mengemas rumah. Masa tu la hubbie rasa kesian kat dia so hubbie pun suruhlah saya bagi hadiah yang kami beli kat dia. Saya tak bagi terus tapi saya letakkan hadiah tu di atas rak baju dia dan saya suruh dia susun bajunya yang telah saya lipat. Beberapa minit kemudian barula kami dengar suara ceria dia berlari mendapatkan kami untuk mengucapkan terima kasih. Itu aje la surprise saya yang menjadi pada hari itu.

Then kami keluar makan kat Secret Recipe (favorite place Aqeela). Dan akhirnya surprise party yang saya rancangkan tidak menjadi. Hu!hu! saya rancang nak beli kek dan sate then siapkan semua kat rumah tanpa Aqeela. Lepas semua siap saya akan suruh adik dan tetamu kami bawa Aqeela ke rumah tapi tak menjadi sebab hubbie tak mau buat dia sedih di hari lahirnya dengan meninggalkan dia bersama keluarga saya.

So inilah surprise yang tak jadi surprise lagi....

Ini menu kami bertiga di Secret Recipe. Menu Aqeela pada Hari Istimewa dia ialah Curry Seafood laksa. Selalu Aqeela akan order Spaghetti atau macaroni cheese.

Nie menu wajib hubby

Menu saya - "Thai Fried Rice" yang penuh dengan udang.


Ini menu untuk "Surprise party" yang tak menjadi:

Sate Ayam, daging dan perut dari Sate Kajang Haji Samuri.

Kek birthday Aqeela "Secret Recipe Chocolate Indulgence". 1st time beli kek birthday untuk Aqeela. Selama 7 tahun yang lepas kek harijadi saya buat sendiri. Sekali sahaja waktu dia meraikan Hari lahir yang ke 3, Pak Long hadiahkan kek nombor 3 untuk nya.

Acara di mulakan dengan bacaan doa makan oleh birthday girl dan doa selamat oleh hubbie.


Berdoa dulu sebelum meniup lilin.

Acara potong kek. Semua menanti kek nie. Sedap!

Nota kaki:
1. Terima kasih kat mak sebab tolong saya kemas rumah sebelum jamuan.
2. Terima kasih kat adik saya sebab tolong cuci pinggan mangkuk dan mengemas lepas makan-makan.
3. Ada rasa terkilan sebab Along tak der masa kami makan-makan bila mana semua adik-beradik saya yang lain berkumpul. (Along kerja) tapi of courselah ada ketepikan makanan untuk Along juga.
4. Kalau dapat tahan mak mertua hari tu dan kalau keluarga sebelah hubbie ada lagi meriah


Saturday, July 3, 2010

BUAT AQEELA NURINNA

Salam buat kengkawan blogger sekalian,

Lama sungguh rumah ini tak di kemaskini. Banyak masalah serta program yang membataskan diri ini untuk mengemaskini cerita-cerita yang semestinya tak berapa nak menarik. Rumah ini telah menjadi rumah persinggahan sejak sibuk dengan FB. (pun dah malas nak online) Hish! malas sungguh anak Pak Akop sorang nie.

Ok la hari nie just nak coretkan sedikit pengalaman yang berlaku 8 tahun yang lalu.

Mengikut pengiraan doktor saya akan melahirkan bayi saya pada 26 June 2002. Sehingga 2 July 2002 tiada tanda-tanda melahirkan yang saya rasai. Oleh kerana pesanan doktor bahwa dalam masa seminggu kalau tiada tanda maka saya terpaksala di induce.

Pada 3/7/2002, pukul 1.00am saya pun pergilah mendaftarkan diri di APSH. Pagi-pagi tu sebab doktor nak induce seawal pagi. Selepas di induce barulah terasa segala kesakitan yang di rasai oleh ibu-ibu yang ingin melahirkan. Saya di masukkan ke labour room pada pukul 9.00 pagi dan waktu itu ditemani oleh suami tersayang. Rasa kagum pada diri sendiri waktu itu bila mana saya dapat menahan sakit bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan. Cuma menjelang waktu tengahari saya dinasihatkan untuk mengambil ubat tahan sakit agar saya boleh berehat dan supaya saya punya tenaga waktu hendak melahirkan bayi saya nanti.

Rasanya kekuatan iman, mental dan semangat dalam diri memainkan peranan penting dalam kita mengharungi pelbagai kesakitan serta dugaan. Pada awalnya graf degupan jantung bayi begitu baik sekali. Mengikut doktor, jangkaan saya melahirkan permata hati saya ialah pada pukul 7 atau 8 malam. Namun segalanya telah di atur oleh yang MAHA BERKUASA. ALLAH menginginkan yang lain daripada apa yang saya dan suami harapkan.

Pada pukul 5 lebih (tak ingat waktu sebenar, dah 8 tahun berlalu) degupan jantung bayi mula menurun. Bila doktor membuat pemeriksaan bukaan rahim masih belum mencukupi untuk saya melahirkan bayi saya secara normal. Lalu doktor memberitau bahawa saya terpaksa melalui kelahiran ceaser. Luluhnya hati wanita ini kerana tidak dapat merasai dan melalui pengalaman berharga untuk melahirkan bayi secara normal. Apa daya saya untuk menolak segala aturan yang MAHA ESA.

Selepas doktor menunaikan solat Asar saya disorongkan ke bilik pembedahan. Sayang sekali kerana perasaan takut menghantui fikiran, saya memilih untuk di beri bius tidak sedar langsung. Tepat pukul 7.02 pm lahirlah permata hati kami yang pertama. Memang ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Degupan jantung bayi menurun kerana lehernya telah terbelit dengan tali pusatnya. Bukan satu lilitan tetapi 2 berserta terdapat simpulan di tali pusatnya yang mana sekiranya tiada tindakan pantas yang diambil pasti sesuatu yang lain terjadi kepadanya.

Bersyukur kami kehadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kami peluang untuk membela, mendidik dan membesarkan Aqeela Nurinna. Hari ini Aqeela Nurinna berusia 8 tahun.

YA ALLAH KAMI MOHON PADAMU:-

Panjangkanlah umur Aqeela Nurinna
Murahkanla rezekinya
Tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu
Jadikanlah dia sihat, berakal dan pandai, alim dan beramal
Baikkanlah akhlaknya
Jadikanlah dia hamba yang taat kepada mu Ya ALLAH
Jadikanlah dia anak yang solehah
AMIN.

Aqeela Nurinna,
SELAMAT HARI JADI SAYANG.........

Wednesday, February 17, 2010

Public Holiday


Lamanyer tak der cerita yang me update kat blog nie. Actually me create blog nie just nak share kerastangan yang me buat. Tetapi dah jadi banyak pulak cerita-cerita peribadi yang tak der la menarik mana pun kan? kan? kan?

Kalau tenggok pada tajuk kat atas tu macam cerita baru jer nie, Public Holiday (CNY). Ops! sorry la yer nie cerita masa cuti Hari Thaipusam yang dah basi. Maklumla tahun baru nie asyik busy ngan Farmville jer. Blog nie dah jarang di bersihkan.

Okla let go straight to the point, masa Hari Thaipusam hari tu kami sekeluarga pergi genting. Erm! kali nie hubby tak nak drive. Katanya nak relak so kami naik PUTRA LRT sampai ke Terminal Putra. Biasala orang lelaki kan? Me dah bagitau supaya keluar awal-awal pagi lagi tapi katanya pagi sangat. So bila kami sampai terminal putra dalam pukul 11.15 pagi. Bas ke genting yang seterusnya pukul 2.00 petang. Huh! kalau dah kul 2 nak bertolak daripada Terminal Putra tu kul berapa la nak sampai genting. Puas ke nak enjoy kat sana nun. Nak tak nak terpaksa la kami naik teksi sapu ke atas sana.

Kalau ke tempat macam nie, kanak-kanak jer la yang seronot, 2 ronot, beronot-ronot bak kata Zizan & Johan. Aqeela sungguh teruja dan sungguh enjoy masa berada di sana.

Photobucket

Amboi sesuka hati jer Encik Badut itew menarik rambut anak ku. He!he! Nie masa kami beratur nak naik skyway. Mungkin Encik Badut ini ditugaskan untuk menghiburkan kanak-kanak agar mereka tak mengaruk atau meragam semasa menunggu giliran naik skyway. By the way ada gak kanak-kanak yang meraung sebab takut tenggok Encik Badut ini. Wakaka!

Photobucket

Bersama kami dalam skyway yang kami naiki ada 3 remaja gegirl. Salah seorang daripada member mereka tu agaknya gayat kot. Masa skyway berlepas jer member tu diam. Mereka memerli dan mentertawakan kawan tu kata nya tetiba diam jer mesti tengah baca doa berkoyan-koyan. Me senyum jer kat mereka. Well! to be honest me pun baca gak doa semasa dalam skyway tu. Bukan setakat dalam skyway jer malah sepanjang berada di genting. Pada me la mana saja kita pergi mestila di iringi dengan doa dan sentiasa berdoa semoga kita selamat pergi dan selamat pulang kan? So tak salah kan? Jadi janganlah mentertawakan kawan-kawan kita yer kalau mereka berdoa. Sebab kita juga akan dapat manfaat daripada doa kawan tu.

Pemandangan semasa berlepas daripada terminal skyway.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Aqeela and papa dalam skyway

Photobucket

Aqeela and mama di dalam skyway. Aqeela juga sedikit gementar semasa skyway bertukar kabel.

Pemandangan Taman Tema Luar Genting

Pintu masuk Taman Tema Luar Genting

Masuk jer kami singgah minum kat Marry Brown dulu. Hubbie tanya nak makan dulu ke atau nak terus bermain. Me suggest we all minum jer dulu lagipun kami dah breakfast kat Mc D.



Nie 1st game yang kami main "Double Deck Carousel". Well! oleh kerana kami cuma ada anak pompuan maka me la yang kena temankan Aqeela bermain-main. Hubbie jadi kameraman jer la.

Next permainan "Tea cup". Yang nie kami naik bertiga. Pening kepala den bila hubbie and Aqeela putar stering tea pot tu laju-laju.

Menemani Aqeela bermain permainan berikutnya "Flying Jumbo" Gembira sungguh mama bila tengok Aqeela happy. Nie acara me & hubby untuk tebus masa yang tak sempat kami luangkan bersamanya di masa cuti persekolahan penggal ketiga yang lepas.

Berehat seketika dan mengambil peluang mengambil gambar dan menikmati keindahan di Taman Tema Luar Genting.

Di dalam Antique Car

Di dalam Monorail (permainan yang paling lama terpaksa kami tunggu untuk menaikinya)

Di dalam Mini Train

Menaiki permainan "Matahari"


Bersama hubbie di dalam permainan "Matahari" dan ni la gaya @ pose menarik daripada model ku.












Hanya permainan ini yang sempat kami main. Tak sempat bermain "Indoor Games". Kalau ikutkan, hubbie nak bermalam di Genting hari tu tapi tu la kan mana ada room time cuti macam nie. So next time bolehlah kami bermalam di genting dan bermain sepuas hati. Biar berbaloi-baloi dengan harga tiket masuk ke Taman Tema tersebut.

Nota kaki: Kami turun daripada genting pukul 7.30pm. Oleh kerana kami tidak membeli tiket bas sebelum naik ke Genting sekali lagi kami kena naik teksi sapu. Kebetulan dan mungkin juga rezeki kami menaiki teksi sapu yang sama turun ke terminal putra.