Friday, November 13, 2009

Graduation Day in Kuen Cheng

Kalau tengok nie memang ramai follower blog nie tak faham. Mungkin ada seorang dua yang faham. Me pun tak faham. Nie acara "Graduation" kat sekolah Aqeela untuk pelajar -pelajar tahun 6. Pada hari tersebut juga di adakan acara "Penyampaian Hadiah" untuk pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun.

So hari Jumaat hari tu me kena amik 1/2 day EL untuk pergi ke sekolah Aqeela. Kenapa lah sekolah nie bagitau lambat. My company kalau nak ambil cuti kena apply 1 week before. Kalau tak kira EL (Unpaid leave). Tak kisahlah unpaid pun unpaid la demi anak ku. Actually me dan hubby pun terkejut bila Aqeela bagitau yang dia kena datang sekolah pada hari Jumaat (13-11-09) untuk acara "Penyampaian Hadiah". Hadiah apa yang dia dapat?

Aqeela dan murid-murid yang terlibat di kehendaki berada di dewan pada pukul 7.30 pagi. Kami juga turut berhimpun di dewan pada waktu tersebut. Me tak tau acara bermula pukul berapa kerana aturcara majlis dalam tulisan mandarin. Jenuh juga menunggu di mana pihak sekolah masih lagi membuat persiapan menyusun piala @ hadiah untuk para pelajar.

Acara bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi di mulakan dengan irigan pancaragam sekolah. Kemudian biasalah ucapan Guru Besar, Pengerusi PIBG dan BOD sekolah. Aduh! seksa rasanya berada di dalam keadaan yang mana kita tak tau butir bicaranya. Semua ucapan dalam mandarin. Faham ke? Resah gelisah kami di buatnya. At last bermulalah acara yang kami tunggu.

Giliran Aqeela mengambil piala dan sijil. Ini bukanlah acara penyampaian hadiah yang pertama. Me tak tau la pencapaian apa yang di berikan kepada murid-murid pada hari tersebut. Tiada translator, cikgu hanya mengumumkan dan memanggil nama murid-murid di dalam Bahasa Mandarin. Rasa terkilan sangat sebab tidak tahu dan faham sepatah apa pun dalam acara ini.

Hadiah apa yang Aqeela dapat pada hari tu? Oh! Pencapaian tertinggi dalam subject Bahasa Malaysia untuk keseluruhan Tahun 1. Nie 2nd time Aqeela dapat hadiah untuk pencapaian tertinggi dalam penulisan Bahasa Malaysia. Nak ikutkan tak der la grand sangat kan sebab Bahasa Malaysia itu bahasa ibunda, bahasa rasmi serta bahasa pertuturan kami . Walaupun begitu me tetap rasa kagum dengan pencapaian Aqeela. Di sekolah Kuen Cheng ini terdapat ramai juga anak melayu tapi tak semua anak melayu yang belajar di sekolah ini dapat score markah tertinggi di dalam subject ini. So nampak sangat betapa gigihnya anak-anak bangsa cina ini bersaing untuk menjadi yang paling cemerlang.

Selesai acara penyampaian hadiah, para ibu bapa dan guru di hiburkan oleh persembahan daripada murid-murid yang kebanyakan terdiri daripada tahun 6. Persembahan pertama adalah tarian melayu.Di ikuti persembahan KOIR

Tarian Cina

Peacock Dance

Acara penutup merupakan persembahan nyanyian yang terakhir daripada semua pelajar tahun 6. Acara berakhir pada pukul 11.15 pagi.

Agak pelik juga di mindaku di mana kad laporan belum di edarkan tetapi majlis penyampaian hadiah telah berlangsung terlebih dahulu. Jadi keputusan keseluruhan Aqeela masih belum di ketahui. Kalau mengikut keputusan kertas peperiksaan memang amat mengecewakan kerana keputusan nya merosot daripada penggal pertama. Tunggu jer la kad laporan nanti.

Makan Malam

Nie cerita 2 hari lepas

Kami keluar makan malam untuk celebrate my besday. Actually me tengah on diet tak nak makan malam dah rasa badan bagai di pam-pam. Tapi hubbie jenuh memujuk nak belanja makan. So untuk tidak menghampakan niat murni hubbie tersayang me pun setuju jer dengan permintaannya. Lagipun kesian kat dia susah payah balik awal pada hari lahir ku. Biasanyer sampai rumah kul 11pm.

Oleh kerana me nak diet and Aqeela pulak dah kenyang maka kami tak der la request for candle light dinner kat exclusive or expensive restaurant. Kami makan western food kat Station21 Bangsar. Wakaka! still mahal gak tu. Pulak tu kata on diet. Dalam banyak-banyak gerai @ restoran western yang me pernah terjah nie ajer kedai yang menepati selera ku.

Inilah menu makam malam special ku:


Kali nie hubbie tak order lamb chop. Black pepper steak jer

Me order chicken grill black pepper

Aqeela pulak request Fish & chip. Selalu dia mesti order spagetti. Mungkin dia ingat fish & chip nie sikit jer kot. Last-last hah amik ko!


Actually me nak share dengan Aqeela jer since Aqeela dah bagitau awal-awal yang dia dah kenyang. Me guarantee dia tak akan dapat habiskan sepinggan Fish & chip itu. Well! nama pun besday girl kan so me kena juga order something. Last-last hubbie terpaksa habiskan fish & chip Aqeela.

*** Kalau la masih awal time tu dah serbu SR dah. At least me & Aqeela boleh makan desert brownies with aiscream. Biar hilang diet ku itu sambung diet esok-esok la pulak.