Saturday, July 3, 2010

BUAT AQEELA NURINNA

Salam buat kengkawan blogger sekalian,

Lama sungguh rumah ini tak di kemaskini. Banyak masalah serta program yang membataskan diri ini untuk mengemaskini cerita-cerita yang semestinya tak berapa nak menarik. Rumah ini telah menjadi rumah persinggahan sejak sibuk dengan FB. (pun dah malas nak online) Hish! malas sungguh anak Pak Akop sorang nie.

Ok la hari nie just nak coretkan sedikit pengalaman yang berlaku 8 tahun yang lalu.

Mengikut pengiraan doktor saya akan melahirkan bayi saya pada 26 June 2002. Sehingga 2 July 2002 tiada tanda-tanda melahirkan yang saya rasai. Oleh kerana pesanan doktor bahwa dalam masa seminggu kalau tiada tanda maka saya terpaksala di induce.

Pada 3/7/2002, pukul 1.00am saya pun pergilah mendaftarkan diri di APSH. Pagi-pagi tu sebab doktor nak induce seawal pagi. Selepas di induce barulah terasa segala kesakitan yang di rasai oleh ibu-ibu yang ingin melahirkan. Saya di masukkan ke labour room pada pukul 9.00 pagi dan waktu itu ditemani oleh suami tersayang. Rasa kagum pada diri sendiri waktu itu bila mana saya dapat menahan sakit bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan. Cuma menjelang waktu tengahari saya dinasihatkan untuk mengambil ubat tahan sakit agar saya boleh berehat dan supaya saya punya tenaga waktu hendak melahirkan bayi saya nanti.

Rasanya kekuatan iman, mental dan semangat dalam diri memainkan peranan penting dalam kita mengharungi pelbagai kesakitan serta dugaan. Pada awalnya graf degupan jantung bayi begitu baik sekali. Mengikut doktor, jangkaan saya melahirkan permata hati saya ialah pada pukul 7 atau 8 malam. Namun segalanya telah di atur oleh yang MAHA BERKUASA. ALLAH menginginkan yang lain daripada apa yang saya dan suami harapkan.

Pada pukul 5 lebih (tak ingat waktu sebenar, dah 8 tahun berlalu) degupan jantung bayi mula menurun. Bila doktor membuat pemeriksaan bukaan rahim masih belum mencukupi untuk saya melahirkan bayi saya secara normal. Lalu doktor memberitau bahawa saya terpaksa melalui kelahiran ceaser. Luluhnya hati wanita ini kerana tidak dapat merasai dan melalui pengalaman berharga untuk melahirkan bayi secara normal. Apa daya saya untuk menolak segala aturan yang MAHA ESA.

Selepas doktor menunaikan solat Asar saya disorongkan ke bilik pembedahan. Sayang sekali kerana perasaan takut menghantui fikiran, saya memilih untuk di beri bius tidak sedar langsung. Tepat pukul 7.02 pm lahirlah permata hati kami yang pertama. Memang ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Degupan jantung bayi menurun kerana lehernya telah terbelit dengan tali pusatnya. Bukan satu lilitan tetapi 2 berserta terdapat simpulan di tali pusatnya yang mana sekiranya tiada tindakan pantas yang diambil pasti sesuatu yang lain terjadi kepadanya.

Bersyukur kami kehadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kami peluang untuk membela, mendidik dan membesarkan Aqeela Nurinna. Hari ini Aqeela Nurinna berusia 8 tahun.

YA ALLAH KAMI MOHON PADAMU:-

Panjangkanlah umur Aqeela Nurinna
Murahkanla rezekinya
Tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu
Jadikanlah dia sihat, berakal dan pandai, alim dan beramal
Baikkanlah akhlaknya
Jadikanlah dia hamba yang taat kepada mu Ya ALLAH
Jadikanlah dia anak yang solehah
AMIN.

Aqeela Nurinna,
SELAMAT HARI JADI SAYANG.........