Monday, June 22, 2009

Fadhilat Bulan Rejab

Masa begitu mencemburui kita. Pejam celik dah nak sampai ke bulan Rejab. Sempena menyambut kedatangan bulan REJAB(1 Rejab 1430) pada 24 June 2009 ini me nak kongsi sedikit info bersama-sama dengan rakan-rakan sekalian. Moga kita dapat menambahkan amal-ibadat kita pada bulan yang sangat di muliakan di dalam Islam.


Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:-

Rasullullah s.a.w. bersabda;


"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."

"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)”

"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"


"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Siratalmustaqim."


"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."


"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."


"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."


"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."


"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."


"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."


"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Siratalmustaqim pada hari Kiamat."


"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratalmustaqim pada tiap-tiap satu batu."


"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."


"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."


"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."


"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."


"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."


"Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"

"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"


"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"


"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."


Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”


nota: Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikanlan suapan, pakaian dan perbuatan kita. Insya Allah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya. Sesungguhnya kejayaan kita di Dunia dan Akhirat bergantung sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah S.W.T dan mengukuti jejak langkah yang ditunjuki oleh Baginda Rasul S.A.W.