Wednesday, May 20, 2009

Award

Dapat award daripada zana. Tanda penghargaan dia kepada blogger-blogger yang suka dan setia melawat blog dia. Terima kasih daun keladi yer zana kalau ada bagila lagi.

Betul ke apa yang ku buat?

Awal bulan hari tu Aqeela ada exam penilaian untuk BM, English and Bahasa Cina. Masa exam penilaian tempoh hari... well me sangat berpuas hati dengan keputusan dia. Sebelum exam penilaian nie me and hubbie ada buat tawaran kat dia if she got all "A" in the exam kami akan beri dia "Rewards". Apa rewards tu? Something yang she really want it. Tungguuuuuuuu

Semalam mula la peperiksaan penggal pertama Aqeela. 1st paper Bahasa Inggeris and Bahasa Cina. Sebagai mak, me rasa me yang dah terover risau takut dia tak boleh jawab. Ya.... selalunya naluri seorang ibu pasti benar kan? Me called dia after school and ask "How is the exam"? Knowing my doter every time me tanya macam mana exam? Always "fine" or 'ok" jawapannya. And the result also flying colours. So sad this time she answer "Mama", susah. I'm so worried.

Petang, masa nak balik ke rumah my mum saja usik dia. Kalau tak dapat "A" tak boleh gi bercuti. Then she ask "Kalau satu paper tak dapat "A" macam mana? My mum said ok tak pe but then me still sakat dia and said if you want your Rewards as deal, all subject must get "A".

Me saja sakat dia tak der intention pun nak presure dia. I really tak sangka that night she cried. Me nampak mata dia berkaca masa tengok jadual waktu. So me pun tanya dia "Are you crying". She said no. Naluri seorang ibu kan? So me slow talk ngan dia tanya why is she crying? Guess what? 100% coz of the exam. Dia kata susah dia tak tau macam mana nak jawab. Me tanya paper English ke Chinese? Both katanya. But worst Chinese. Then she ask me kalau 2 atau 3 salah tak pe ke mama? Me kata it ok. Kalau byk salah? Apa patut ku jawab? Me said tak pe, you already try your best. Of course as a mum you want your kids to score in their exam kan?

Since kindergarden she always score 100% in BM , 1 or silly mistake in BI and Mandarin. Kindergarden main-main jer kan? My ecpectation kat dia memang very high. But bila tengok dia sedih macam tu me rasa bersalah pulak. Apakah dia sedih kerana tidak dapat jawab soalan atau dia sedih tak akan dapat hadiah daripada kami? Hadiah yang kami janjikan memang dia nak sangat-sangat. Bagi papa dia even she score or not she will have it. Me? you dapat apa yang you nak as deal. Betul ke apa yang me buat nie?

Apa pun me dah motivate dia. If cannot score this time still ada next time kan?

Hutang Tag ngan Zana

Pertama sekali mohon maaf kat zana sebab lambat jawab tag nie. Jenuh mencari gambar lama entah mana-mana dah me sorokkan. So nak bayar hutang ni yer.

1. Nyatakan Siapa yang mengetag anda
  • of course Zana - seorang yang mudah mesra dan happy go lucky
2. Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka.....Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu;

Tadaaaaaaaa

Gambar nie masa umur berapa ek? Tak ingat la tapi rasanya dalam 4 - 5 tahun kot.

Ini sah-sah gambar masa Tadika.

Ini gambar ala-ala model gituuuuuuuuu. Masa ni umur 14 tahun bersama adik yang no 5. Memang tak de bakat jadi model. Kaku jer. Bab bergambar me memang fail. Amacam ada tokoh "Ibu Muda berkerjaya" tak?

Kenangan manis.
Nie acara marathon beraya di rumah kengkawan. Ini rumah terakhir rumah Cikgu. Nie masa form 1.
Rindu sesangat kat member-member lama nie. Ada yang still keep in touch ada yang MIA.

3. Senaraikan 5 (LIMA) kejadian menarik untuk di kongsikan sewaktu kecil (kemalangan, perkara yang memalukan dan sebagainya)

Pertama:

Tengok gambar yang 1st tu, Hah! ada story tuuuu. Masa kecil suka naik motor. Asal sesiapa turun daripada motor me pasti panjat motor tu. Akibatnya me dapat 2 parut kat betis. Dua-dua di betis sebelah kiri. Yang bestnya satu kena kat Penang dan satu lagi kat Melaka. Kira ada chop mohor daripada kampung my parent. Kih!Kih!Kih! Masa kena tu tahan jer la sakit takut nak bagitau kat mak kan? Takut kena marah la...

Kedua:

Me ni nampak jer diam tapi nakal gak. Nie masa Form 1, me tak suka matapelajaran Geografi. Entah tak tau pulak nape? Sebab Cikgunya kot. So setiap kali mata pelajaran nie me gi solat ngan dua tiga org best fren. Kebetulan matapelajaran nie selalu time Asar. Biasa solat tak sampai 10 minit kan. Oleh kerana tak suka me lepak kat surau lama skit. Akibatnya sekali tu kami kena denda ngan cikgu geografi tu berdiri kat luar kelas. Hua!Hua! Pastu kena sound ngan Ketua Tingkatan sebab me assistant dia tapi tunjuk teladan yang tak baik kat yang lain. Sapa nak jawab? Malu giler gak masa tu.

Ketiga:

Nie masa Form One gak. Kantoi ngan member abang tengah bercinta kat dalam library. Bercinta? Kwang!Kwang!Kwang! me tak de langsung hasrat nak bercinta. Sebenarnya just borak-borak dan discuss ngan member lelaki tu jer. Lagipun kalau nak bercinta tak kan dalam library kot. Mungkin sebab member tu bukan rakan sekelas so member abg tu pi bagitau kat my brother la. Sah balik sekolah kena warning ngan my brother. Aduh kecut perut di buatnyer. Lucu kan masa sekolah asal bercakap ngan kawan lelaki jer dah fikir buah hati. Padahal cuma kengkawan jer. Cukup tak puas hati masa tuu tapi sebab takut dan malas nak argue ngan my brother just biarkan jer telinga nie menanah ngan amukan dia.

Keempat:

Nie masa kat UITM, hampir-hampir lemas masa activiti something like Bina Semangat juga laa. Kena merentas tasik entah mcm mana boleh terlepas pegang tali yang disediakan. Oleh kerana terlalu cemas me grab jer faslitator kat situ sebab takut mati lemas. Wahal dah ada safety jacket. Pas tu teruk gak kena perli ngan kengkawan sbb dema kata me sesaja nak ambik kesempatan peluk faslitator tu.... Wakaka kalau faslitator tu muda belia tak pe gak. Ni bapak-bapak, tapi memang malu giler maklumla ramai kan masa tu.


Kelima:

Nie yang paling me ingat. Dulu masa Form 5 sekolah ada buat Kursus ala-ala Motivasi untuk pelajar-pelajar Form 5. Kalau tak silap semua sekolah area Kuala Lumpur terlibat. Masa tu kursus nie di adakan di Pusat Belia Antarabangsa. Best tau dapat kenal ramai member daripada sekolah lain. Seronok dan penat mengikuti activiti yang di anjurkan oleh pihak penganjur. Selama 5 hari penuh activiti. Pengalaman yang masih kemas tersimpan di ingatan. Apa tu? Ini la 1st time seumur hidup me tengok org kena rasuk. Life depan mata. Then berjangkit-jangkit daripada seorang ke seorang. Sesiapa je yang lemah semangat dan merenung ke mata peserta yang dah di rasuk tu nescaya akan berjangkit ke dia juga. Fuh! mahal sungguh pengalaman nie. Kecut perut di buatnya. Seram giler. Yang pasti me tak beritau kat mak perkara ni. Kenapa? Kalau mak tau sah-sah tak dapat kebenaran utk ikuti mana-mana kursus lagi.

4. Tag 10 kawan blog anda ....... pastikan mereka jawab!!!

Zana..... mcm mana nie? Tak tau nak tag sapa daaaaaaa.
Kalau rasa-rasa my follower ada yang suka jawab tag tolongla jawabkan yer.