Sunday, May 12, 2019

ULTRAMAN IN THE HOUSE

Salam Sejahtera,
12 May 2019
Ramadhan ke7


Hari ini umat Islam di Malaysia sudah 7 hari melalui ramadhan yang mulia ini. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan kita hari iini dan seterusnya...

Satu lagi perkongsian hasil jahitan saya:

Untuk anak yang masih minat ultraman.
KENAPA AEILHAN SUKA ULTRAMAN?
Tak tau la mitos atau fakta semasa dia dalam kandungan saya memang suka layan ultraman :)

Sepasang baju motif ultraman buat hero pujaan hatiku❤










Nota: Pola baju amik idea dari pinterest, lukis pola sendiri dan jahit.

Kain ini jenis tshirt yang gebu gebas. Sangat BEST👍
Boleh survey kain tshirt kat sini https://www.ulatkain.com/shop-2/

POLA PDF BAJU MELAYU UMAR

Alhamdulillah,

1st time join "Call Tester"

Setelah mohon beberapa kali akhirnya terpilih untuk menjadi Tester untuk Invisimple Ummi Gorjes Wardrobe By Miara – Sewing Pattern


Wow! sangat teruja.
Pola baju Melayu kanak-kanak pula tu....
Sepanjang proses tiada halangan.

CABARAN:

Foto Final
Saya memang bukan sejenis yang pandai bergambar atau mengambil gambar itu ajelah yang saya rasa sangat-sangat susah :’( = : ' (

Model
Modelnya anak lelaki yang memang ikut suka dia nak pose macam mana. Belum buat satu pose dah minta upahnya. Hahaha. Layankan je lah.... Asalkan selesai

Mai la layan foto-foto akhir sebagai "Pattern Tester" untuk Invisimple Ummi Gorjes Wardrobe By Miara – Sewing Pattern 





Nota: Ini pola baju melayu iya. Nak beli pola boleh klik Affiliate link saya ni ye :)


Beli sekali pola boleh guna berkali-kali

Saiz Pola dari umur 6 bulan sehingga 14 tahun

Mengandungi 4 pilihan kemasan leher
Teluk Belanga
Cekak Musang (kolar mandarin & kolar selisih)
Kurta berplaket
Kurta berzip

Penggunaan Kesesuaian Fabrik:
Cotton biasa (woven)
Knit cotton (Kemungkinan kelonggaran baju siap berbeza jika menggunakan fabrik lembut)

POLA ini mengandungi:
Tulang Leher
Bulan Leher
POLA SELUAR bersama poket sisi
Seluar dengan bukaan hadapan
Seluar dengan getah penuh
PDF LAYERED - maknanya kita boleh pilih dan print ikut size yang kita hendak sahaja.

DISEDIAKAN BERSAMA ARAHAN MENJAHIT DI FAIL, JIKA ANDA MEMBELI POLA INI. A0 FORMAT DISEDIAKAN DI FAIL.

Nak tempah saya open untuk Raya Haji 2019 je ye!!! PM saya link ni:
m.me/norazlinayaakop.92

PATTERN TESTER

Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak menyertai "Pattern Tester" sekitar tahun 2011atau 2012 (sbb dah lama sangat tak ingat dah tahunnya) yang masih ingat Designernya Popolok Design. Walaubagaimanapun tak dapat nak join sebab waktu itu model dah lebih had umur untuk call tester tersebut.

Awal tahun ni terfikir semula untuk menyertai "Pattern Tester"

Sebab paling utama :

KOMITMEN!!!!
Saya memang sejenis yang bila ada date line baru nak buat kalau tidak asyik ikut mood yang memanjang tak ada mood nak menjahit :(

APA ITU "PATTERN TESTER"
Aktiviti atau acara yang melibatkan "Designer" dan "Tester" untuk memberi maklum balas mengenai produk yang dihasilkan. "Pattern Tester" yang saya maksudkan ini adalah "Pola Baju Digital" yang sudah lama popular di negara barat dan mula berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ini berkenaan dengan Pola Baju maka yang hendak diuji tentula saiz pola, hasil terakhir pola. "Tester"  memberi maklum balas kepada "Designer" sebelum pola tersebut dilancarkan ke pasaran. Proses ini dilakukan untuk memeriksa:
  • Size pola tersebut sesuai dengan ukuran berdasarkan ukuran badan kanak-kanak, wanita atau lelaki.
  • Tutorial untuk menjahit pola tersebut sehingga menjadi seperti pola yang direka.
KENAPA PERLU ADA TESTER?
"Designer" nak buat pola pakaian digital kan? sah-sahlah kena keluarkan pelbagai saiz untuk manfaat orang ramai. "Designer" tidak mungkin dapat mencuba kesemua saiz tersebut. Itulah sebabnya kena ada "Tester". "Tester" akan memaklumkan kepada "Designer"setiap maklum balas yang dilalui semasa proses "Pattern Tester" tersebut. Dengan maklumat yang diberikan, "Designer" akan memperbaiki pola tersebut. Pola akan diuji sekali, 2 kali sehingga ke peringkat akhir. Panjang lah ceritanya......

2019 bermulalah saya menyertai "Pattern Tester" ini. Mulalah buka mata bila ada "call tester" untuk saya mohon.