Wednesday, May 27, 2009

Penangan Klip Chomel

Me asyik dok igaukan hairclip giveaway chomelcraft. Huh! tak senang duduk nampaknya. Maka itu me pun buatla ssesuatu untuk release me nyer angau nie. Taa... da... my flower crochet with leave. Tapi nie bukan hairclip chomel tu. Hu!Hu! just flower crochet.

Tuesday, May 26, 2009

Giveaway Chomel, Memang Chomel


Giveaway nie untuk yang chomel-chomel sahaja. Sesiapa rasa diri tu chomel marila join giveaway nie. Berbaloi-baloi. Mula malas nak join giveaway nie sbb selalu tak bernasib baik. Frust woooooo. Tapi malam ku dok igaukan hairclip chomel nie, siang ku asyik maracau kat hairclip chomel nie. Hari nie tangan ku gatal sesangat rasa macam nak dapat hairclip chomel nie. Teruja beb tak boleh tahan. Jijah, bagi menang la yer.

Kawan-kawan ku yang memang Chomel-Chomel belaka mari jengah ke ChomelCraft. Tak menang tak pe janji kita memeriahkan giveaway nie. Tanda sokongan kat rakan-rakan sekraft (ada ke ayat ni?)

Monday, May 25, 2009

Agenda Hujung Minggu

Cuti hujung minggu nie tak der activiti outing pun. Jumaat, Aqeela tetiba je demam. After exam Jumaat tu me terus fetch her from school dan bawa ke klinik. Kat ofis hari tu jiwa kacau juga. Well! as a mother kan? Bila anak tak sihat pasti tahap kerisauan tu melampaui batas.

Sabtu, oleh kerana makan ubat maka itu dia ketiduran daripada pukul 1 hingga pukul 5.50 petang. Ni ajela masa nak tengok Aqeela tidur siang. So memang rehat kat rumah jer la.

By the way Jumaat, 22 May tu my hubbie melangkah ke usia baru. Happy birthday to my Hubbie. Sedih sekali tiada apa yang istimewa yang me sediakan untuknya. Cuma small celebration je between 3 of us. So that Friday pulang daripada kerja kami keluar dinner. Nasib baik demam Aqeela dah reda malam tu kalau tak kena postpone ler.

Kami gie makan kat "The Bowl Kopitiam". Hah! nie terpengaruh daripada "Jalan-Jalan Cari Makan". Aqeela ngan favourite dia la "Keow Teow Goreng". Taste not bad. Yummy!


Nie Menu hubby. Katanya dia nak makan heavy meal. So dia order "Tomyam" plus "Kailan Goreng Ikan Masin" dan "Nasi Putih"

Me order "Set Ikan Pari Bakar". Yummy! so full. Aqeela tanya nape pinggannyer BESAR sangatttttt. Wakaka! Sapa nak jawab??? Anyway boleh layan gak restoran nie. Hubbie sampai nak gi lagi keesokan harinya untuk menjamu selera di sini.

Friday, May 22, 2009

Curi Masa

Minggu nie 100% tumpuan kat Aqeela untuk persediaan dia buat "Mid Year Exam". Sah-sah tak sempat nak bersantai-santai ngan activiti menjahit. Anyway bila mood teruja tu datang tak kira me usahakan jua "curi masa", pinjam ayat daripada Nurul. Malam tadi setelah Aqeela tidur me pun siapkan la gaun kembang ala-ala princess nie for my fren.

Me suka sangat dengan design material nie. Masa my fren bagi material nie me dah jatuh hati dah. Ha!ha! sempat gak pi survey kat Jakel tapi tak der rezeki laa. Bunga rosenyer nampak hidup gitu dan ceria.


Wednesday, May 20, 2009

Award

Dapat award daripada zana. Tanda penghargaan dia kepada blogger-blogger yang suka dan setia melawat blog dia. Terima kasih daun keladi yer zana kalau ada bagila lagi.

Betul ke apa yang ku buat?

Awal bulan hari tu Aqeela ada exam penilaian untuk BM, English and Bahasa Cina. Masa exam penilaian tempoh hari... well me sangat berpuas hati dengan keputusan dia. Sebelum exam penilaian nie me and hubbie ada buat tawaran kat dia if she got all "A" in the exam kami akan beri dia "Rewards". Apa rewards tu? Something yang she really want it. Tungguuuuuuuu

Semalam mula la peperiksaan penggal pertama Aqeela. 1st paper Bahasa Inggeris and Bahasa Cina. Sebagai mak, me rasa me yang dah terover risau takut dia tak boleh jawab. Ya.... selalunya naluri seorang ibu pasti benar kan? Me called dia after school and ask "How is the exam"? Knowing my doter every time me tanya macam mana exam? Always "fine" or 'ok" jawapannya. And the result also flying colours. So sad this time she answer "Mama", susah. I'm so worried.

Petang, masa nak balik ke rumah my mum saja usik dia. Kalau tak dapat "A" tak boleh gi bercuti. Then she ask "Kalau satu paper tak dapat "A" macam mana? My mum said ok tak pe but then me still sakat dia and said if you want your Rewards as deal, all subject must get "A".

Me saja sakat dia tak der intention pun nak presure dia. I really tak sangka that night she cried. Me nampak mata dia berkaca masa tengok jadual waktu. So me pun tanya dia "Are you crying". She said no. Naluri seorang ibu kan? So me slow talk ngan dia tanya why is she crying? Guess what? 100% coz of the exam. Dia kata susah dia tak tau macam mana nak jawab. Me tanya paper English ke Chinese? Both katanya. But worst Chinese. Then she ask me kalau 2 atau 3 salah tak pe ke mama? Me kata it ok. Kalau byk salah? Apa patut ku jawab? Me said tak pe, you already try your best. Of course as a mum you want your kids to score in their exam kan?

Since kindergarden she always score 100% in BM , 1 or silly mistake in BI and Mandarin. Kindergarden main-main jer kan? My ecpectation kat dia memang very high. But bila tengok dia sedih macam tu me rasa bersalah pulak. Apakah dia sedih kerana tidak dapat jawab soalan atau dia sedih tak akan dapat hadiah daripada kami? Hadiah yang kami janjikan memang dia nak sangat-sangat. Bagi papa dia even she score or not she will have it. Me? you dapat apa yang you nak as deal. Betul ke apa yang me buat nie?

Apa pun me dah motivate dia. If cannot score this time still ada next time kan?

Hutang Tag ngan Zana

Pertama sekali mohon maaf kat zana sebab lambat jawab tag nie. Jenuh mencari gambar lama entah mana-mana dah me sorokkan. So nak bayar hutang ni yer.

1. Nyatakan Siapa yang mengetag anda
  • of course Zana - seorang yang mudah mesra dan happy go lucky
2. Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka.....Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu;

Tadaaaaaaaa

Gambar nie masa umur berapa ek? Tak ingat la tapi rasanya dalam 4 - 5 tahun kot.

Ini sah-sah gambar masa Tadika.

Ini gambar ala-ala model gituuuuuuuuu. Masa ni umur 14 tahun bersama adik yang no 5. Memang tak de bakat jadi model. Kaku jer. Bab bergambar me memang fail. Amacam ada tokoh "Ibu Muda berkerjaya" tak?

Kenangan manis.
Nie acara marathon beraya di rumah kengkawan. Ini rumah terakhir rumah Cikgu. Nie masa form 1.
Rindu sesangat kat member-member lama nie. Ada yang still keep in touch ada yang MIA.

3. Senaraikan 5 (LIMA) kejadian menarik untuk di kongsikan sewaktu kecil (kemalangan, perkara yang memalukan dan sebagainya)

Pertama:

Tengok gambar yang 1st tu, Hah! ada story tuuuu. Masa kecil suka naik motor. Asal sesiapa turun daripada motor me pasti panjat motor tu. Akibatnya me dapat 2 parut kat betis. Dua-dua di betis sebelah kiri. Yang bestnya satu kena kat Penang dan satu lagi kat Melaka. Kira ada chop mohor daripada kampung my parent. Kih!Kih!Kih! Masa kena tu tahan jer la sakit takut nak bagitau kat mak kan? Takut kena marah la...

Kedua:

Me ni nampak jer diam tapi nakal gak. Nie masa Form 1, me tak suka matapelajaran Geografi. Entah tak tau pulak nape? Sebab Cikgunya kot. So setiap kali mata pelajaran nie me gi solat ngan dua tiga org best fren. Kebetulan matapelajaran nie selalu time Asar. Biasa solat tak sampai 10 minit kan. Oleh kerana tak suka me lepak kat surau lama skit. Akibatnya sekali tu kami kena denda ngan cikgu geografi tu berdiri kat luar kelas. Hua!Hua! Pastu kena sound ngan Ketua Tingkatan sebab me assistant dia tapi tunjuk teladan yang tak baik kat yang lain. Sapa nak jawab? Malu giler gak masa tu.

Ketiga:

Nie masa Form One gak. Kantoi ngan member abang tengah bercinta kat dalam library. Bercinta? Kwang!Kwang!Kwang! me tak de langsung hasrat nak bercinta. Sebenarnya just borak-borak dan discuss ngan member lelaki tu jer. Lagipun kalau nak bercinta tak kan dalam library kot. Mungkin sebab member tu bukan rakan sekelas so member abg tu pi bagitau kat my brother la. Sah balik sekolah kena warning ngan my brother. Aduh kecut perut di buatnyer. Lucu kan masa sekolah asal bercakap ngan kawan lelaki jer dah fikir buah hati. Padahal cuma kengkawan jer. Cukup tak puas hati masa tuu tapi sebab takut dan malas nak argue ngan my brother just biarkan jer telinga nie menanah ngan amukan dia.

Keempat:

Nie masa kat UITM, hampir-hampir lemas masa activiti something like Bina Semangat juga laa. Kena merentas tasik entah mcm mana boleh terlepas pegang tali yang disediakan. Oleh kerana terlalu cemas me grab jer faslitator kat situ sebab takut mati lemas. Wahal dah ada safety jacket. Pas tu teruk gak kena perli ngan kengkawan sbb dema kata me sesaja nak ambik kesempatan peluk faslitator tu.... Wakaka kalau faslitator tu muda belia tak pe gak. Ni bapak-bapak, tapi memang malu giler maklumla ramai kan masa tu.


Kelima:

Nie yang paling me ingat. Dulu masa Form 5 sekolah ada buat Kursus ala-ala Motivasi untuk pelajar-pelajar Form 5. Kalau tak silap semua sekolah area Kuala Lumpur terlibat. Masa tu kursus nie di adakan di Pusat Belia Antarabangsa. Best tau dapat kenal ramai member daripada sekolah lain. Seronok dan penat mengikuti activiti yang di anjurkan oleh pihak penganjur. Selama 5 hari penuh activiti. Pengalaman yang masih kemas tersimpan di ingatan. Apa tu? Ini la 1st time seumur hidup me tengok org kena rasuk. Life depan mata. Then berjangkit-jangkit daripada seorang ke seorang. Sesiapa je yang lemah semangat dan merenung ke mata peserta yang dah di rasuk tu nescaya akan berjangkit ke dia juga. Fuh! mahal sungguh pengalaman nie. Kecut perut di buatnya. Seram giler. Yang pasti me tak beritau kat mak perkara ni. Kenapa? Kalau mak tau sah-sah tak dapat kebenaran utk ikuti mana-mana kursus lagi.

4. Tag 10 kawan blog anda ....... pastikan mereka jawab!!!

Zana..... mcm mana nie? Tak tau nak tag sapa daaaaaaa.
Kalau rasa-rasa my follower ada yang suka jawab tag tolongla jawabkan yer.

Monday, May 18, 2009

Selamat hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Che! Wah! bagi fakta sikit.

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru,

Terima kasih atas segala tunjuk ajar kepada kami anak-anak muridmu,

Terima kasih atas kesabaranmu dalam mendidik kami,

Dulu masa sekolah bila Hari Guru mak pasti beli Bunga Rose untuk kami hadiahkan kepada Cikgu kami. Now my turn pulak beli something untuk my doter hadiahkan pada cikgu dia. Me suka something yang long lasting. Kalau bagi fresh flower mcm selalu me bagi masa sekolah dulu pasti akan layukan? So me buatkan pencil case ni for my doter class teacher.

Friday, May 15, 2009

Tag daripada Zana

Aduihai..... bab menjawab tag actually me ok jer tapi bab nak tag kat kawan-kawan lain tu ada berattttttttttttt skit. Zana jawab yg nie dulu yer. Yang satu lagi tu tungguuuuuuuuuu. Tengah korek gambar lama..
Ok zana here we go..........

1. Copy award di atas untuk di letakkan di blog anda.
dah copy dah

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

ZANA
  • senang di dekati
  • mudah mesra
  • suka bergaya
  • pandai berniaga
  • happy go lucky

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

  • suka menjahit tapi kena tenggok mood gak
  • giler beli kain cotton
  • asyik surf internet google semua pasal kerjatangan
  • suka beli buku kraf
  • suka buku kraf Jepun yg hurufnya me tak kenal langsung wakaka
  • suka bawa Aqeela gi bookstore
  • suka cup cake decoration
  • suka makan kek coklat
  • suka bila hubbie bagi duit hari-hari
  • lately cukup suka kalau dpt peluang tidur

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka
nie yg me malas nie........ sesiapa yg sudi jawab bagi tau yer. Nanti saya include dlm list. Boleh kah begitu? Wakakaka.

Tuesday, May 5, 2009

Giveaway by Cik As @ My Sewing Corner

Yeeee haaaa............. lagi GIVEAWAY. Kali nie daripada Cik As kita from My Sewing Corner. So rakan-rakan craftzone sekalian juga rakan-rakan blogger mari beramai-ramai kita terjah rumah Cik As My Sewing Corner

Mana tau kan untung sabut timbul untung batu kita tengelam sama-sama. He!he!Inilah beg-beg yang menjadi rebutan juga igauan crafter-crafter masa kini. He!he! Jangan Marah hah!
BLACK & WHITE POLKA DOT TOTE BAG


RED POLKA DOT TOTE BAG

Monday, May 4, 2009

Tekunnya

Tengokla gelagat anakku nie..... inila pose maut setiap kali dia buat homework. Sebenarnya dia dah keletihan buat homework nie. Maklumla dia study kat Chinese School so homework everyday memang banyak giler. Waktu sekolah habis paling lewat pukul 4.00 petang. Hari isnin dan Khamis ada kokurikulum manakala Selasa dan Rabu pula ada kelas tambahan. Kesian juga kekadang tengok dia keletihan. Untuk bagi dia semangat itu yang saya kena duduk sebelah dia sampai dia habis homework. Maklumla bebudak kan minda dia masih ke arah bersuka ria, main-main etc. Saya tak nak dia rasa bosan zaman persekolahan nie. So sometime kena gak bertolenrasi ngan dia. So sayabiar dia buat sesuka dia jer. Ikut mana aje yang selesa buat dirinya. Ada meja tulis hadiah daripada atuk dan nenek tapi tak nak di gunakan. Kalau kena time saya nak menjahit boleh dia menyelit kat sebelah saya nak siapkan homework dia. Masa tu my iron board jadi meja tulis dia la. Oleh kerana inilah terpaksa tinggalkan banyak perkara yang menjadi keinginan. Antaranya:
  1. nak join Celebriti Fitness - dah daftar dah but then kena cancel (nasib baik boleh cancel within 3 days). Alasan yang wujud dalam minda kalau join for sure me balik lewat everyday kan? So bila masa nak tengok dia buat homework. Since tadika dia tak mahu orang lain ajar dia masa buat homework. So terpaksala batalkan niat nak join. Maka now badan bertambah slim melim. Kha!kha!
  2. Bila menjahit dia menyibuk kat sebelah buat homework. Memang dia tak kacau tapi rasa kesian pulak kat dia so tinggalkan jahitan tu. Concentrate ngan dia sampai la homework dia habis.
Hai macam-macam karenah my doter nie. Ni baru sorang ek? Apa pun tak der la regret atau rasa terpaksa walaupun kat entry nie me kata me terpaksa tinggalkan banyak keinginan. Keinginan yang paling utama berada di sisi dia melalui detik-detik suka duka bersama dia. Hari nie dia ada exam hopefully dia boleh jawab ngan baik. Good Luck my lil princess.