Friday, July 3, 2009

Hari ini...

Hari ini, 3 Julai 2002 adalah detik yang sangat bererti buatku. Masih ku ingat saat ini buat kali pertamanya aku merasai "sakit bersalin" yang sering di ceritakan oleh para ibu. Aku memang tiada masalah semasa mengandungkan bayi ku yang pertama ini. Namun entah mengapa bayi ini tidak mahu keluar seperti jangkaan doktor. Apa yang aku harapkan dan doakan agar aku dapat melahirkan bayi ku ini secara normal sama sekali tidak termakbul. Walaupun pada mulanya aku amat kecewa dan merasa terkilan namun aku tau apa yang doktor buat hanya untuk kebaikan kami 2 beranak.

Ya... aku bersalin di hospital swata di mana ramai yang berkata doktor swasta biasala... sikit-sikit "ceaser" sebab nak charge lebih. Namun aku yakin Doktor Fauziah Hassan bukanlah gynae yang sebegitu.

  • Hari ini aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia Nya aku menjadi ibu kepada seorang insan yang kami namakan "Aqeela Nurinna".
  • Hari ini aku redha dan percaya bahawasanya apa yang di tuliskan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik buat umatnya. Dia MAHA MENGETAHUI.
  • Hari ini aku yakin akulah insan yang paling bertuah di muka bumi ini atas kurnia ini.
  • Hari ini aku berterima kasih yang tak terhingga kepada ibuku kerana melahirkan ku. Atas apa yang ibuku lalui 28 tahun lalu kini aku merasainya.
  • Hari ini aku benar-benar mengerti apa ertinya "ibu"
  • Hari ini 3 Julai 2009, Aqeela Nurinna berusia 7 tahun.
SELAMAT HARI JADI SAYANG
Moga Aqeela terus menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga Allah sentiasa melindunginmu daripada segala perbuatan mungkar dan keji. Semoga Allah sentiasa membimbingmu ke jalan yang diredhai. Amin.

Aqeela sewaktu berusia beberapa hari.


Aqeela berusia 2 bulan ketika ini

Berusia 8 bulan ketika ini


Juga sewaktu usia 8 bulan.

Ini sewaktu dia berumur 9 bulan

Inilah racun dan penawar hidupku. Walaupun masa bersalin banyak pengalaman yang ku lalui yang membuatkan ku "trauma" namun pengalaman membesarkan Aqeela adalah yang paling mudah buatku. Cuma masa 2 bulan dalam pantang dia sering berjaga malam. Lepas tu percaya tak yang aku tak pernah bangun malam untuk menyusukannya. Dia akan tidur lena hingga ke pagi.