Sunday, July 4, 2010

Surprise yang tidak menjadi

Salam semua,

Semenjak Aqeela berusia 5 tahun saya sudah tidak membuat "Birthday Party" untuk dia lagi. Tidak buat kat rumah di mana saya menjemput kengkawan serta ahli saudara untuk meraikannya. Sudah 3 tahun saya cuma buat Kek serta sediakan goodies pack dan saya hantar ke sekolah agar dia meraikan bersama kawan-kawan sekolahnya. Kemudian kami bertiga akan keluar makan dan bawa dia jalan-jalan.

Kebetulan tahun ini birthday Aqeela jatuh pada hari sabtu. Jadi saya sudah merancang dengan hubbie untuk membuat "Surprise Party" yang tetamunya hanya di kalangan atuk, nenek serta adik beradik saya. Hu!Hu! adik beradik hubbie jauh nun di Selatan (JB). Kalau mereka ada lagilah meriah sebab sebelah hubbie, Aqeela ada ramai sepupu.

Namanya pun hendak buat "Surprise Party" jadi pada awal pagi 3/7/10 saya dan hubbie tidak membuat rutin biasa yang kami selalu buat seperti tahun-tahun yang lepas di mana kami akan peluk dan cium dia sambil mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya. Bangun pagi itu Aqeela hanya mendiamkan diri sahaja mungkin terasa bahawa kami tidak mempedulikan Hari Lahirnya walhal seawal minggu ini dia sering mengingatkan kami bahawa Hari Lahirnya ialah pada hari Sabtu.

Menjelang tengahari, mak saya datang ke rumah dan wish dia, di ikuti pula oleh bapa saya. Kemudian kami ke rumah mak dan di sana mak udanya pula wish dia. Kemudian di duduk diam sahaja. Mak Uda dia tanya kenapa dia sedih bukan ke hari nie Hari Jadi dia, patutnya dia gembira. Dia diam sahaja.......

Hubbie pulang awal untuk bawa kami keluar meraikan hari lahirnya. Sebelum keluar kami mengemas rumah. Masa tu la hubbie rasa kesian kat dia so hubbie pun suruhlah saya bagi hadiah yang kami beli kat dia. Saya tak bagi terus tapi saya letakkan hadiah tu di atas rak baju dia dan saya suruh dia susun bajunya yang telah saya lipat. Beberapa minit kemudian barula kami dengar suara ceria dia berlari mendapatkan kami untuk mengucapkan terima kasih. Itu aje la surprise saya yang menjadi pada hari itu.

Then kami keluar makan kat Secret Recipe (favorite place Aqeela). Dan akhirnya surprise party yang saya rancangkan tidak menjadi. Hu!hu! saya rancang nak beli kek dan sate then siapkan semua kat rumah tanpa Aqeela. Lepas semua siap saya akan suruh adik dan tetamu kami bawa Aqeela ke rumah tapi tak menjadi sebab hubbie tak mau buat dia sedih di hari lahirnya dengan meninggalkan dia bersama keluarga saya.

So inilah surprise yang tak jadi surprise lagi....

Ini menu kami bertiga di Secret Recipe. Menu Aqeela pada Hari Istimewa dia ialah Curry Seafood laksa. Selalu Aqeela akan order Spaghetti atau macaroni cheese.

Nie menu wajib hubby

Menu saya - "Thai Fried Rice" yang penuh dengan udang.


Ini menu untuk "Surprise party" yang tak menjadi:

Sate Ayam, daging dan perut dari Sate Kajang Haji Samuri.

Kek birthday Aqeela "Secret Recipe Chocolate Indulgence". 1st time beli kek birthday untuk Aqeela. Selama 7 tahun yang lepas kek harijadi saya buat sendiri. Sekali sahaja waktu dia meraikan Hari lahir yang ke 3, Pak Long hadiahkan kek nombor 3 untuk nya.

Acara di mulakan dengan bacaan doa makan oleh birthday girl dan doa selamat oleh hubbie.


Berdoa dulu sebelum meniup lilin.

Acara potong kek. Semua menanti kek nie. Sedap!

Nota kaki:
1. Terima kasih kat mak sebab tolong saya kemas rumah sebelum jamuan.
2. Terima kasih kat adik saya sebab tolong cuci pinggan mangkuk dan mengemas lepas makan-makan.
3. Ada rasa terkilan sebab Along tak der masa kami makan-makan bila mana semua adik-beradik saya yang lain berkumpul. (Along kerja) tapi of courselah ada ketepikan makanan untuk Along juga.
4. Kalau dapat tahan mak mertua hari tu dan kalau keluarga sebelah hubbie ada lagi meriah


Saturday, July 3, 2010

BUAT AQEELA NURINNA

Salam buat kengkawan blogger sekalian,

Lama sungguh rumah ini tak di kemaskini. Banyak masalah serta program yang membataskan diri ini untuk mengemaskini cerita-cerita yang semestinya tak berapa nak menarik. Rumah ini telah menjadi rumah persinggahan sejak sibuk dengan FB. (pun dah malas nak online) Hish! malas sungguh anak Pak Akop sorang nie.

Ok la hari nie just nak coretkan sedikit pengalaman yang berlaku 8 tahun yang lalu.

Mengikut pengiraan doktor saya akan melahirkan bayi saya pada 26 June 2002. Sehingga 2 July 2002 tiada tanda-tanda melahirkan yang saya rasai. Oleh kerana pesanan doktor bahwa dalam masa seminggu kalau tiada tanda maka saya terpaksala di induce.

Pada 3/7/2002, pukul 1.00am saya pun pergilah mendaftarkan diri di APSH. Pagi-pagi tu sebab doktor nak induce seawal pagi. Selepas di induce barulah terasa segala kesakitan yang di rasai oleh ibu-ibu yang ingin melahirkan. Saya di masukkan ke labour room pada pukul 9.00 pagi dan waktu itu ditemani oleh suami tersayang. Rasa kagum pada diri sendiri waktu itu bila mana saya dapat menahan sakit bersalin tanpa bantuan ubat-ubatan. Cuma menjelang waktu tengahari saya dinasihatkan untuk mengambil ubat tahan sakit agar saya boleh berehat dan supaya saya punya tenaga waktu hendak melahirkan bayi saya nanti.

Rasanya kekuatan iman, mental dan semangat dalam diri memainkan peranan penting dalam kita mengharungi pelbagai kesakitan serta dugaan. Pada awalnya graf degupan jantung bayi begitu baik sekali. Mengikut doktor, jangkaan saya melahirkan permata hati saya ialah pada pukul 7 atau 8 malam. Namun segalanya telah di atur oleh yang MAHA BERKUASA. ALLAH menginginkan yang lain daripada apa yang saya dan suami harapkan.

Pada pukul 5 lebih (tak ingat waktu sebenar, dah 8 tahun berlalu) degupan jantung bayi mula menurun. Bila doktor membuat pemeriksaan bukaan rahim masih belum mencukupi untuk saya melahirkan bayi saya secara normal. Lalu doktor memberitau bahawa saya terpaksa melalui kelahiran ceaser. Luluhnya hati wanita ini kerana tidak dapat merasai dan melalui pengalaman berharga untuk melahirkan bayi secara normal. Apa daya saya untuk menolak segala aturan yang MAHA ESA.

Selepas doktor menunaikan solat Asar saya disorongkan ke bilik pembedahan. Sayang sekali kerana perasaan takut menghantui fikiran, saya memilih untuk di beri bius tidak sedar langsung. Tepat pukul 7.02 pm lahirlah permata hati kami yang pertama. Memang ALLAH itu MAHA MENGETAHUI. Degupan jantung bayi menurun kerana lehernya telah terbelit dengan tali pusatnya. Bukan satu lilitan tetapi 2 berserta terdapat simpulan di tali pusatnya yang mana sekiranya tiada tindakan pantas yang diambil pasti sesuatu yang lain terjadi kepadanya.

Bersyukur kami kehadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kami peluang untuk membela, mendidik dan membesarkan Aqeela Nurinna. Hari ini Aqeela Nurinna berusia 8 tahun.

YA ALLAH KAMI MOHON PADAMU:-

Panjangkanlah umur Aqeela Nurinna
Murahkanla rezekinya
Tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan Rasul-Mu
Jadikanlah dia sihat, berakal dan pandai, alim dan beramal
Baikkanlah akhlaknya
Jadikanlah dia hamba yang taat kepada mu Ya ALLAH
Jadikanlah dia anak yang solehah
AMIN.

Aqeela Nurinna,
SELAMAT HARI JADI SAYANG.........