Friday, August 21, 2009

Jom tambah Amal Ibadah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramadhan muncul lagi. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia daripada NYA sekali lagi kita berkesempatan dan di beri peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya.

Syukur, kepada Allah SWT dengan izin NYA, kita mengecapi nikmat iman dan Islam
Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh barakah
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan
Syukur, Allah naungi kita dengan RAHMAT dan HIDAYAHNYA
Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini
RAMADHAN AL-MUBARAK

ALHAMDULILLAH

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Amin.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2. Bulan penuh keberkatan
3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7. Bulan menambah rezeki
8. Bulan keampunan:
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa
- 10 hari pertama adalah mulanya Rahmat
- 10 hari pertengahan, pengampunan
- 10 hari terakhir, kemerdekaan api neraka

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
2. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
3. Berazam menunaikan Terawih
4. Bertadarus
5. sahur di waktu akhir
6. Kurangkan tidur
7. Tunaikan Solat Dhuha
8. Jaga pacaindera
9. berbuat baik kepada ibu bapa
10. Hadiri majlis ilmu
11. Elakkan berbelanja berlebihan
12. Tingkatkan kesabaran
13. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
14. Mengeluarkan zakat fitrah

** Banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita buat untuk tingkatkan Amal ibadah kita. Buatlah sebarapa banyak yang kita mampu.