Wednesday, December 16, 2009

Taman Rama-rama

Oleh kerana me and hubbie agak sibuk dengan tugas masing-masing kami masih belum dapat memenuhi permintaan Aqeela untuk pergi bercuti. Kesian Aqeela, sorry yer sayang mama tengah rush dengan kerja maklumla akhir tahun. Lagipun sekarang nie mama kena belajar banyak benda baru yang sememangnyer buat mama blur dan risau.

So untuk tidak membiarkan satu-satunya puteri kesayangan mama nie boring maka kami bawa Aqeela ke Taman Rama-rama. Taman rama-rama nie ikutkan terlalu dekat sangat dengan rumah kami. Tapi tu la kan selalu kita kejar benda yang jauh padahal depan mata tu lebih menarik lagi.

Sejak kecil me memang suka dengan rama-rama nie. Kagum dengan kecantikan yang dimiliki Tak sangka Aqeela juga sukakan kecantikan rama-rama ini. Kalau ikut information kat taman nie ada lebih kurang 120 spesis rama-rama. Tapi hanya nie yang dapat kami saksikan....


Yang nie model rama-rama bertenggek jer kat dahan-dahan tanpa hirau keadaan sekeliling




Yang ini paling sukar sekali untuk difotokan. Buat me geram sangat rama-rama nie sengaja terbang depan mata tapi bila hubbie nak snap dia terbang. At last nie yg kami dapat.




Selain tu ada gak pepatung


Landscap yang menenagkan


Juga ada ikan dan penyu. Sayang kami tak dapat snap gambar penyu coz my hp bateri dah totally kong.


Yang nie agak jinak walaupun tak secantik yang lain. Sekali imbas macam daun kering

Ini juga jinak cuba nak hinggap di jari ku

Kalau di hitung tak der la sampai 120 spesis. Tak tau la sama ada rama-rama itu bersembunyi di celah-celah rimbunan pokok. Dari pandangan mata kasar kami hanya nie yang ada.

Apa pun me rasa seronok at least ada gak aktiviti kami sekeluarga di hujung minggu. Then Aqeela request nak pergi Taman Burung, Taman Orkid dan beberapa taman lagi yang berdekatan. May be next time la sebab dah lewat petang taman-taman tu pun dah tutup. Hopefully me and hubby dapat bawa Aqeela pergi bercuti keluar dari KL sebelum sekolah bermula. Haha! balik JB pun ok gak kan dapat 2 in 1 sambil jenguk family kat sana boleh ajak dia org berpicnic di DESARU atau Air Terjun kat Kota Tinggi.