Saya suka simpan apa sahaja yang ada kenangan tersendiri. Masa bercinta, apa sahaja pemberian sidia (my hubbie la nie) akan disimpan. Percaya tak me simpan tiket-tiket wayang, plastic kit kat (isi dah baham). Kira sentimental value la tu. Entah mengapa dua tiga hari lepas teringin sekali menyelongkar harta-harta karun nie. Sedih sekali satu-satunya kad yang sangat-sangat sayang telah rosak. Hancur hati ini. Bukan senang my hubbie nak buat kad nie.
Saya rasala bukan senang nak buat kerana ianya tentu ambil masa. Hubbie memang ada bakat dalam lukisan dan kreatif but then kalau nak suruh dia buat sekali lagi tak tau bila la boleh dapat.