Wednesday, November 11, 2009

11.11.1974

Hari nie saya buka blog nie kul 4.18pm. Rasa nak update cerita pasal trip Perodua Sales ke PD last Saturday. Ya, saya tau blog nie kurang pelawat sebab tiada cerita istimewa untuk dikongsi ketika ini. Tapi mata tetiba terpandang kat hit kaunter . Hari nie ada 11 pelawat (selalu kalau tak der update cuma 1 @ 2 org jer yg melawat) and total kesemua pelawat yang melawati blog ini pada waktu ini ialah 1974. Satu kebetulan .............. Hari nie 11hb - Hari Kelahiranku Bulan 11 - Bulan kelahiranku 1974 - tahun kelahiran ku Nombor ini begitu serasi dengan ku. Suatu kebetulan. Love Hug & Kisses

Lagi gambar kat PD


Pemandangan nie di ambil dari bilik kami. Tenangkan minda dan jiwa bila berada di kejauhan kota.


bergambar bersama Aqeela di balkoni




Agaknyer sebab kami dapat bilik oo7 (bilik James Bond) tu la pasal lambat sangat dia org nak bagi kunci kat kami. Takut nanti James Bond nak check in tak der bilik dah....


Kalau next time nak pergi amik la bilik yang mengadap laut. Mesti syiok!!!!!!!!!!! Forsure boleh memancing daripada balkoni bilik jer.


Perodua Sales - Putrajaya Staff Trip

Last year Perodua buat trip ke Damai Laut. Trip kali nie ke Port Dickson 2hari 1 malam. Pagi Sabtu (7 Nov 09) kami kenala ikut hubbie ke tempat kerja coz kami stay kat Bangsar then Showroom hubbie kat Putrajaya. Tak kan nak suruh hubby patah balik kan? Biasanya trip or apa jer yg berkaitan dengan "vacation" kanak-kanak la paling excited. Aqeela suka sangat sampai sanggup batalkan penyertaan dalam acara pakaian beragam di Konsert sekolah malam 7 November hari tu.

Well kali ni trip pergi sendiri-sendiri. Tiada konvoi macam last year. Entah hubbie ikut jalan mana me tak tau la. Me bab jalan memang fail. On the way me nampak syurga kain so me pun ajakla hubbie singgah. sempat juga sambar kain cotton. Tapi lum tau nak buat apa. Nasib baik juga la waktu tu dah pukul 12.30 kalau tidak mau me round satu kedai ke satu kedai.

Kami sampai PD pukul 1.15pm dan mengikut rakan-rakan hubbie yang lain dah boleh check in. So kami pun terus check in malang sungguh service Hotel tersebut tak macam hotel 5 bintang yang sepatutnya.Muka bengang hubbie dan Aqeela masa tunggu untuk dapatkan kunci bilik

Pemandangan dalam bilik

Pemandangan dari bilik yang kami nginap untuk malam itu



Oleh kerana tiada aktiviti yang di sediakan maka Aqeela berendam di kolam renang aje la. Itupun dia tak puas berendam. Papa dia sibuk suruh dia naik cepat sebab kena berkumpul kat lobby kul 7.30 untuk gi makan malam.