Monday, November 16, 2020

MONDAY

                          بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap hari adalah sangat indah untuk kita lalui mengikut aturan Allahu Ya Bariq. Namun ramai yang suka jadikan اثنين sebagai Monday Blues

Bila minda selalu berfikir bahawa Isnin = Monday Blues maka seluruh angota menjadi malas apabila tibanya hari Isnin.

Mari kita tukar rasa Monday Blues itu kepada hari baru dalam minggu baru yang penuh 1001 keindahan.

Ya, dalam Islam Isnin banyak kelebihannya :

Copy Paste dari yang bijaksana,

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasullulah s.a.w. ditanya sahabat tentang kelaziman baginda berpuasa pada setiap isnin.
Maka Baginda bersabda: " Padanya Aku dilahirkan dan padanya Wahyu yang pertama diturunkan".

Hari Isnin adalah hari Pelayaran dan Perniagaan. 
Oleh yang demikian bagi sesiapa yang ingin berlayar atau yang ingin membuat perjalanan, maka seelok-eloknya lakukanlah pada hari Isnin.

Selain dari itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada Isnin. Abu Hurairah meriwatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda: "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t. pada hari Isnin dan hari Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku dihadapan Allah s.w.t pada ketika aku berpuasa".(Riwayat Imam Termidzi).

Peristiwa Yang Berlaku Pada hari Isnin.
1. Nabi Idris a.s. naik ke langit.
2. Nabi Musa a.s.  telah pergi ke bukit Thursina, untuk menerima wahyu.
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah s.w.t.
4. Lahirnya Nabi Muhamad s.a.w.
5. Malaikat Jibrail turun buat pertama kaliya bertemu dengan Baginda Rasulullah.
6. Wafatnya Baginda Rasullullah s.a.w.



11112020

بسم الله الرحمن الرحيم


 Ya Allah!

Rasa kesyukuran aku terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu ini, pada hari ini aku zahirkan dengan penuh kehambaan. Aku bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.


Ya Allah!

Bersempena sambutan hari lahir aku hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapaku yang telah melahirkan dan membesarkan aku,

Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan emakku Norsiah Binti Ahmad ketika melahirkan aku dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan abahku Yaakop Bin Othman ketika membesarkan aku dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.


Ya Allah! 

Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah aku dengan hidayah dan taufik Mu agar aku tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah aku menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.


Ya Allah, Ya Bariq

Allahhuma Ya Bariq, Allah yang Maha mengurus, yang maha mengatur, yang maha mentadbirkan. Ya Allah, aku serahkan urusan hidupku, anak-anakku, suamiku  dan seluruh kehidupanku untuk di aturkan oleh Mu Ya Allah, untuk diuruskan oleh Mu Ya Allah.