Thursday, April 19, 2012

Lagi Cloth Diapers

Cabaran kali ini ingin menyiapkan beberapa helai Cloth diapers untuk Aeilhan. Memang sejak Aeilhan dalam kandungan saya dah plan nak menggunakan CD & BF Aeilhan. Masa dalam pantang tak guna pun CD yang saya beli di mum expo sebab kesian kat mak yang nak kena basuh pakaian bayi. Al-maklumlah semasa berpantang memang fully goyang kaki. My mum memang sangat-sangat tegas dalam amalan berpantang ni. Lagipun my mum memang tak masuk mesin pakaian bayi, semua dia cuci tangan. Kesian nak suruh dia basuh CD yang melambak kan? Lepas pantang saya tak displin untuk menguruskan CD maka di teruskan dengan Disposable Diapers sahaja.

Kenapa ya, selepas setahun baru nak ber CD pula? Baru-baru ini Aeilhan mengalami ruam diapers. Dah cuba semua jenis diapers. Bila ruam menjadi semakin teruk, maka mama kena cari jalan penyelesaian. Oleh itu saya terpaksa mengunakan lampin kain traditional untuk mengelakkan ruam menjadi teruk. Buat masa nie saya cuma ada 4 keping CD (2 saya beli dan 2 saya jahit)



Inilah hasil kedua CD yang saya jahit menggunakan Kain PUL dan microsuede. Since mama ada sedikit skill menjahit maka mama ingin menjadi lebih kedekut :0) dengan menjahit sendiri CD untuk anak tersayang. Material dah ada cuma kena merajinkan diri untuk melaksanakan misi menjahit nie.

BerCD nie sebenarnya menguji keimanan juga (shopping). Di pasaran pelbagai CD yang menarik-menarik yang menguji keimananku untuk membelinya. Kalau ikut hati nak borong jer CD2 tu....tapi kena fikir berkali-kali.... :( sedangkan jahit sendiri pun saya dah sakan shopping material untuk CD. Oh! mudah-mudahan saya habiskan semua material yang saya dah beli untuk jahit CD ni. Kalau tidak lagi satu pembaziran berlaku

Tuesday, April 17, 2012

Cloth Diapers

Seminggu sebelum melahirkan Aeilhan, Saya ada jahit Cloth diapers untuk Newborn baby. Google laaaa patern kat internet. Nampak senang tapi bukan mudah yer. Inilah hasil percubaan pertama saya menjahit CD



Outer menggunakan flannel di lapik dengan plastik cover yang mak-mak kita guna dulu dan kain cotton



Inner - Fleece yang nie saya beli di KAMDAR


Ini fresh from oven opps from mesin jahit la, baru siap malam tadi. Menggunakan kain Sandwich PUL yang saya beli dari Nice Cloth Diaper dan inner menggunakan microfleece yang di beli daripada Nisa Abas. Kedua-dua kain ini telah terperam di dalam box dah lebih setahun :0)

Wednesday, January 25, 2012

Dari 1 meter kain jadi lah.....


Hobi saya memang suka beli kain. Asal jumpa kain yang berkenan saya mesti beli. Kain nie saya jumpa kat Plaza Damas kat Sri Hartamas beberapa bulan yang lalu. Hajat di hati nak beli 1/2 meter untuk buat overall Aeilhan tapi kain tu tinggal 1 meter jer so tak boleh lah nak potong. Suka punya pasal saya rembat juga.

Akhirnya dari 1 meter kain telah di transformkan menjadi

***
***
***
***
***
***
***

Overall untuk Aeilhan :0)



***
***
***
***
***
***
***
Skirt Overall untuk Aqeela :0)

Hari Lahir Pertama

Pejam celik pejam celik bayi yang saya lahirkan pada 3 Jan 2011 dah memasuki ke angka 1 tahun. Cepatnya masa berlalu. Blog ini pun dah lama sepi tanpa cerita :)

Pada 3 Jan 2012, mak saya buatkan pulut kuning untuk dihantar ke surau. Minta ahli jemaah surau membaca doa kesyukuran untuk Aeilhan Nurmansiz Bin Ab Shukor. Makna nama:
Aeilhan - mempunyai suara yang merdu
Nurmansiz - cahaya yang baik/berseri

Semoga ALLAH S.W.T panjangkan umur Aeilhan Nurmansiz Bin Ab Shukor, sihatkan tubuh badannya, tetapkan kedalam hatinya Iman kepada Allah S.W.T, Murahkan rezekinya, Jadikan dia anak yang soleh. Pandai mengaji dan sentiasa menuju kejayaan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalalamin
Jamuan kecil yang di buat pada 14 Januari 2012.


Aeilhan tersenyum memotong kek. Dalam hati tu mesti dia nak kerjakan kek tu :)


Kengkawan yang sentiasa bersama di saat suka dan duka.