Wednesday, January 25, 2012

Birthday Pertama

Pejam celik pejam celik bayi yang saya lahirkan pada 3 Jan 2011 dah memasuki ke angka 1 tahun. Cepatnya masa berlalu. Blog ini pun dah lama sepi tanpa cerita :)

Pada 3 Jan 2012, mak saya buatkan pulut kuning untuk dihantar ke surau. Minta ahli jemaah surau membaca doa kesyukuran untuk Aeilhan Nurmansiz Bin Ab Shukor.

Semoga ALLAH S.W.T panjangkan umur Aeilhan Nurmansiz, sihatkan tubuh badannya, tetapkan kedalam hatinya Iman kepada Allah S.W.T, Murahkan rezekinya, Jadikan dia anak yang soleh. Amin Ya Rabbalalamin
Jamuan kecil yang di buat pada 14 Januari 2012.

Aeilhan tersenyum memotong kek. Dalam hati tu mesti dia nak kerjakan kek tu :)

Kengkawan yang sentiasa bersama di saat suka dan duka.

No comments:

 

Made by Lena