Monday, May 4, 2009

Tekunnya

Tengokla gelagat anakku nie..... inila pose maut setiap kali dia buat homework. Sebenarnya dia dah keletihan buat homework nie. Maklumla dia study kat Chinese School so homework everyday memang banyak giler. Waktu sekolah habis paling lewat pukul 4.00 petang. Hari isnin dan Khamis ada kokurikulum manakala Selasa dan Rabu pula ada kelas tambahan. Kesian juga kekadang tengok dia keletihan. Untuk bagi dia semangat itu yang saya kena duduk sebelah dia sampai dia habis homework. Maklumla bebudak kan minda dia masih ke arah bersuka ria, main-main etc. Saya tak nak dia rasa bosan zaman persekolahan nie. So sometime kena gak bertolenrasi ngan dia. So sayabiar dia buat sesuka dia jer. Ikut mana aje yang selesa buat dirinya. Ada meja tulis hadiah daripada atuk dan nenek tapi tak nak di gunakan. Kalau kena time saya nak menjahit boleh dia menyelit kat sebelah saya nak siapkan homework dia. Masa tu my iron board jadi meja tulis dia la. Oleh kerana inilah terpaksa tinggalkan banyak perkara yang menjadi keinginan. Antaranya:
  1. nak join Celebriti Fitness - dah daftar dah but then kena cancel (nasib baik boleh cancel within 3 days). Alasan yang wujud dalam minda kalau join for sure me balik lewat everyday kan? So bila masa nak tengok dia buat homework. Since tadika dia tak mahu orang lain ajar dia masa buat homework. So terpaksala batalkan niat nak join. Maka now badan bertambah slim melim. Kha!kha!
  2. Bila menjahit dia menyibuk kat sebelah buat homework. Memang dia tak kacau tapi rasa kesian pulak kat dia so tinggalkan jahitan tu. Concentrate ngan dia sampai la homework dia habis.
Hai macam-macam karenah my doter nie. Ni baru sorang ek? Apa pun tak der la regret atau rasa terpaksa walaupun kat entry nie me kata me terpaksa tinggalkan banyak keinginan. Keinginan yang paling utama berada di sisi dia melalui detik-detik suka duka bersama dia. Hari nie dia ada exam hopefully dia boleh jawab ngan baik. Good Luck my lil princess.