Thursday, April 30, 2009

Baju Tidur yang simple

Baju tidur ni asalnya nak buatkan untuk seseorang. Setelah siap me tak berapa puas hati dengan patern dan hasilnya. Maka me kena jahit yang lain untuknya. Maklumla kalau nak buat untuk seseorang biar elok kan? Me prefer beri sesuatu yang me suka baru la me puashati. Then yang nie me adjust balik and now jadila hakmilik Aqeela. Buat Aqeela, so sorry ya baby mama akan buat yang lagi cantik untuk baby. Ini just additional untuk your pyjamas collection.


Baju tidur paling simple yang me jahit. Kain asal di jadikan renda. Me actually suka yang berenda-renda walaupun baju tidur still me inginkan ianya nampak terserlah.

Wednesday, April 29, 2009

"Ahhh! nanti dululah"........

Entry sebelum ni me ada beritahu yang me always like to do thing last minit kan? Siap ada reason lagi. Actually setiap kali ingin membuat sesuatu selalu aje perkataan-perkataan ini muncul dalam minda ku." ahhhh! nanti dulu la"......, " erm! ada masa lagi"....., " ala! lambat lagi"....

By the way, bukan dalam semua hal la yer. Semua ayat-ayat nie pasti muncul di dalam minda setiap kali nak memulakan activiti menjahit baju atau kerastangan. Me akui bila mood menjahit tiada pasti apa yang me inginkan tidak menjadi. So bila tak der mood menjahit me terpaksa simpan whatever dalam storage box. Kalau tidak pasti tiada kepuasan di hati ini. Tapi bila mood tu datang sehari suntuk pun me boleh mengadap mesin jahit tuu..... Makan entah ke mana.... ha!ha! kekadang tu kewujudan hubbie dan anak di rumah pun tidak dihiraukan. Nasib baik my hubbie memahami. Cuma, Aqeela jer la bila me dah mengadap mesin jahit tu mulala dia membebel sebab mama dia tak layan dia.

Entah mengapa dalam 2 @ 3 hari nie keinginan menjahit melonjak-lonjak maka me siapkan projek yang dah terperap lamaaaaaaaaaaa. Inilah antara projek yang dah terlalu lama tertidur di dalam storage box. Kain dah lama potong namun baru malam tadi me siapkan.


Tuesday, April 28, 2009

Yellowish and Brownish Flowery Dress

Sesuai tak nama dress ni? Apa-apa jer la. Dress nie dah lama siap. Baru kini berkesempatan post kat blog. Kali nie me jahit renda kat bahagian dada dress nie. Idea sebenarnya nak jahit sulam kat leher yang bersegi tu, well next time la coz sulaman stil not so good. Kali nie my model tidak mahu memperagakan dress nie.





Al-Fatihah

Al Fatihah buat sahabatku Aishah yang telah pergi menghadap Ilahi.

Malam tadi hubbie pulang membawa berita yang menyedihkan. Sahabat ku semasa di UITM, Perlis telah pergi menghadap ILAHI. Inalillah Wainalillahirajiun - Daripada ALLAH kita datang dan kepada NYA kita pulang. Yang membuatkan aku lebih sedih mengenangkan nasib anak arwah kerana kini anak itu adalah anak yatim piatu. Ayahnya telah kembali kerahmahtulallah semasa dia berumur beberapa bulan dan kini ibunya juga di jemput Allah. Hanya ALLAH yang mengetahui apa yang terbaik buat umatnya. Takziah buat keluarga arwah. Sahabat-sahabat yang melawat blog ku ini marila sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Monday, April 27, 2009

Lekanya.............


Oleh kerana terlalu letih, malam tadi mata ini terlalu sukar untuk dilelapkan. Tetiba tangan nie mula terasa gatal untuk buat sesuatu. Ni request daripada Aqeela untuk besday present kat classmate dia. Sebenar-benarnya tangan nie sesaja buat. Tidak terfikir pun untuk hadiahkan kepada classmate dia. Me ada clip yang lain for the besday girl. Namun begitu, pagi tadi bila dia nampak clip tu terus dia suruh buat kotak untuk dibungkuskan sebagai hadiah. Kerana terlalu kusyuk membuat clip ini maka me tidur lewat lagiiiiiiiiiiiiiii. Huhu! no weekend for me.

My Marathon Work

My marathon work is My sewing. Kalau kat "ASTO PRIMA" sekarang nie, every Sunday tengah "MARATHON SINETRON INTAN" kan? So me pun ikutla tajuk marathon tu sebab me kena siapkan baju anak dara orang. Actually my fren dah bagi kain nie awal bulan hari tu. Katanya dress ni nak pakai awal bulan May. Nape ekk, me suka lengah-lengah? Selalu kena bebel ngan mak sebab suka sangat buat kerja last minit.

This is the reason why me buat kerja last minit.

  1. Lepas ofis hour kena monitor Aqeela buat homework. Kalau tak monitor maka entah pukul berapa homework habis dan dan entah pukul berapa dia boleh masuk tidur.
  2. Setelah homework habis kena temankan dia sampai dia tidur kalau tidak maka dia akan bermain-main sampai lewat malam. Akibatnya me always tertidur bila tidurkan Aqeela.
  3. Sebulan ada lebih kurang 4 kali weekend kan? So always plan buat sewing or whatever during weekend. Namun begitu still tak terbuat coz why? Kalau hubby tak kerja maka kami akan outing. So bila masa nak menjahit?
Well! always ada alasan? Walhal sendiri yang tak reti manage time. Then cipta 1001 macam alasan. Kan?Kan?Kan?

So marila sama-sama jamu mata dengan hasil yang tak seberapa ini. My fren nak dress kembang untuk anak dia. So simple.... erm as I know dia nak hantar jahit manik di bahagian dada untuk nampak lagi glamor gitu!

Gaun-gaun ala-ala princess yang telah di siapkan

90% completed sebelum buat piping kat leher dan lengan. Snap photo takut lupa dan tak sempat.

Actually kaler baju ni lain dpd dalam foto nie. Foto nie nampak kaler purple gitu. Sebenar-benarnya the color is very unik. Antara combinasi kaler Purple, pink and light brown?

Yang nie untuk anak adik my fren. Dah lama me nak buat baju nie untuk Aqeela tapi itu la my "M" terlalu kuat di dalam jiwaku ini. Hanya ini yang mampu ku siapkan. Maaf atas kegagalanku memenuhi permintaan kalian. 3 more to go for them. Another dress, baju kurung dan mini kurung. Harapan ku agar aku tak melengah-lengahkan lagi kerja yg perlu ku siapkan ini. Kepada kawan-kawan, terima kasih atas sokongan.

Activiti Hujung Minggu

Yeee......Haaa.... hujung minggu datang lagi. Inila yang sentiasa di tunggu-tunggu oleh semua orang kan? Especially yang bekerja. Hari untuk bersama keluarga juga untuk merehatkan minda setelah bekerja selama 5 hari di pejabat. By the way, me kena buat marathon this weekend. Hah! ingat rancangan kat ASTRO je ada marathon? Me pun buat marathon juga tau. Hasrat nak pergi Pesta Buku kat PWTC ngan Mamahanie pun tak kesampaian.

Walaubagaimanapun still kena curi masa bawa Aqeela keluar. Papa dia balik daripada kerja kami terus outing. Well! 1st thing me nak beli something. Really need that for my sewing marathon. "Zip baju". Sudah tiada dalam simpanan. Then we pergi makan-makan jer.

Makan apa? Why ya? Setiap kali tanya Aqeela nak makan apa? Always MC D or KFC dalam kepala dia? Ops! satu lagi dia suka Secret Recipes also dalam list mind dia. But then kalau every weekend keluar makan kat Secret Recipes alamat bankrup z la kami. So this is our dinner and lunch. Since me too busy ngan sewing, I just cook simple food for me and Aqeela, "TAUHU MASAK SOS TIRAM". Asal kenyang jer.

Aqeela with her cute face. Cute ker? Ingat dia cantik kot buat macam tu. Apapun yang penting dia happy.


Menikmati "PRAWN MACARONI CHEESE" her favourite bila makan kat SR. Kalau tak "SPAGETTI MEATBALL" mesti "PRAWN MACARONI CHEESE"


YUMMY! sedapnya ............. My hubbie seorang yang sangat setia kepada menu ini. Selama mengenalinya setiap kali makan kat SR, ini saja yang akan dia order. "LAMB STEW". Menu WAJIB di order. Kalau kata kat SR tu dah kehabisan menu ni sure frust giler.



For me? What is my menu? Actually me dah makan sebelum keluar (late lunch) so stomach masih full. Lagipun sebab ada kerja yang menanti so me tak mau kenyangkan perut yang dah memang kenyang ini. Maklumla kalau perut dah terlampau kenyang maka jadi "ULAR SAWA" la gamaknya. So me order "BROWNIES WITH ICE CREAM" sebagai my pencuci mulut jer.

****Kenapa gambar ku tiada dalam foto? Adatla nama pun camerawoman sah-sah la tiada dalam foto. Kan?Kan? Ada "Udang di sebalik batu" sebenarnya tu.

Wednesday, April 8, 2009

Simple Clip

A simple clip for My doter


Yellow clip with simple hand embroidery for the leave

Purple clip with bullion stitch rose. Not so perfect. Still in learning process