Monday, June 29, 2009

Hari Ibu bapa dan Guru

Last week kami gi sekolah Aqeela amik "report card". Waktu mengambil report card kat sekolah Aqeela bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 10:30 pagi. Macam biasa pagi tu kami hantar Aqeela ke sekolah dan terus amik giliran untuk amik report card. Masa tunggu giliran tu terdetik di hati bila tenggok kad laporan dia orang. Wow! dah canggih buku laporan kemajuan sekarang. Masa kita sekolah dulu cuma guna kad jer. "Zaman dah berubah, Dunia dah maju..."

Nie la Buku laporan kemajuan Aqeela. Covernya, plastik keras yang kalis air. Manakala dalamnya menggunakan plastik seperti clear holder yang kita simpan sijil-sijil kita tuuu.


Isi di dalam di print tak macam kita sekolah dulu guna pen merah dan biru. Kalau ada kertas tak lulus alamat "MERAH" tulisan dalam buku laporan tu.

Ini cuma butiran peribadi Aqeela jer.... Keputusannya biar la "Rahsia". he!he!

Sebagai ibu yang sentiasa menemaninya buat homework, me rasa puas hati dengan pencapaiannya. Masih panjang laluan yang harus Aqeela tempohi. Ini baru darjah satu kan? Tanggungjawab juga semakin mencabar. Kena banyak bertoleransi dengan dia. Me tak boleh berpuas hati sangat dengan apa yang dia perolehi hari ini kerana yang lebih mencabar menanti dia di hadapan. Iyala nama pun kanak-kanak dalam ingatan hanya ingat enjoy jer (tv dan main).

Selama nie pun me memang tak pernah desak dia baca buku. Jadual hariannya agak padat maklumla sekolah cina, habis sekolah pukul 4.00 tentu dia keletihan kan? Cuma me selalu pastikan yang dia siapkan homework. Mesti punya waktu untuk dia bersantai main games dan tengok tv. Tak nak biarkan dia rasa alam persekolahan nie membosankan.