Thursday, September 30, 2010

Baju tidur lagi

Salam,

Setelah projek menjahit baju tidur berdasarkan pola yang sedia ada tidak menepati kesesuaian sipemakai maka saya terpaksa melukis pola berdasarkan ukuran badan Aqeela. Saya masih boleh menggunakan pola yang sedia ada tetapi kena buat "adjustment" di beberapa bahagian. Oleh kerana saya tidak mahu merenyahkan kerja saya maka saya guna sahaja ilmu yang saya dapati sewaktu belajar menjahit dulu untuk melakarkan pola yang lain.

Pola yang dilukis berdasarkan ukuran badan Aqeela
Pola ini pada dasarnya nampak agak besar. Dah macam saiz orang dewasa la pulak. Bila selesai menjahit dan Aqeela mencubanya dia amat berpuashati kerana pyjamas ini begitu selesa untuk dia pakai. Maklumla baju tidur nie kena la selesa kan barulah lena tidur malam.

Aqeela bergaya dengan baju tidur barunya.


Baju tidur Aqeela selalunya mesti sarat dengan renda. Saya memang suka guna renda untuk baju tidur. Baju nie simple sahaja saya hanya menggunakan renda sebagai hiasan leher dan bahagian "yoke" baju.