Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah 1431

Alhamdulillah, sekali lagi kita diberi peluang dan kesempatan oleh Allah SWT kerana diberi nafas dan memberi kita nikmat untuk bersama-sama menyambut satu lagi kedatangan awal Muharam tahun 1432 Hijriah esok.

Saya mengambil peluang ini mengucapkan Salam Hijrah pada semua bloggers muslimin dan muslimat. Semoga dengan kedatangan Awal Muharam 1431 ini , kita semua dapat mengambil pelbagai iktibar serta contoh tauladan dari peristiwa hijrah Rasulullah SAW sebagai panduan kita untuk melalui kehidupan harian yang mendatang yang penuh dengan pelbagai onak dan duri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka sendiri." (Ar- Ra’d: 11)

Jangan lupa untuk membaca doa akhir tahun 1430H dan doa awal tahun 1431H bersama keluarga tersayang.


Marila kita sama-sama baca doa ini pada selepas solat Asar pada petang hari ini (Khamis 17/12/09).

Dan mulakan hari baru kita dengan doa ini selepas solat Maghrib malam ini (Khamis 17/12/09).


Apakah azam anda tahun ini?
Me? Ha ha hajat tu nak dapatkan kawan untuk Aqeela aka adik. Ada-ada jer la yer. Apa pun me harap me akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Taat kepada Allah, setia pada hubbie, hormat pada ibu bapa dan mertua , menjadi mama yang memahami buat Aqeela, sayangi keluarga dan sahabat.

Mudah-mudahan Allah beri kita laluan yang mudah untuk mencapai niat dan hajat kita. Amin

Wednesday, December 16, 2009

Taman Rama-rama

Oleh kerana me and hubbie agak sibuk dengan tugas masing-masing kami masih belum dapat memenuhi permintaan Aqeela untuk pergi bercuti. Kesian Aqeela, sorry yer sayang mama tengah rush dengan kerja maklumla akhir tahun. Lagipun sekarang nie mama kena belajar banyak benda baru yang sememangnyer buat mama blur dan risau.

So untuk tidak membiarkan satu-satunya puteri kesayangan mama nie boring maka kami bawa Aqeela ke Taman Rama-rama. Taman rama-rama nie ikutkan terlalu dekat sangat dengan rumah kami. Tapi tu la kan selalu kita kejar benda yang jauh padahal depan mata tu lebih menarik lagi.

Sejak kecil me memang suka dengan rama-rama nie. Kagum dengan kecantikan yang dimiliki Tak sangka Aqeela juga sukakan kecantikan rama-rama ini. Kalau ikut information kat taman nie ada lebih kurang 120 spesis rama-rama. Tapi hanya nie yang dapat kami saksikan....


Yang nie model rama-rama bertenggek jer kat dahan-dahan tanpa hirau keadaan sekeliling




Yang ini paling sukar sekali untuk difotokan. Buat me geram sangat rama-rama nie sengaja terbang depan mata tapi bila hubbie nak snap dia terbang. At last nie yg kami dapat.




Selain tu ada gak pepatung


Landscap yang menenagkan


Juga ada ikan dan penyu. Sayang kami tak dapat snap gambar penyu coz my hp bateri dah totally kong.


Yang nie agak jinak walaupun tak secantik yang lain. Sekali imbas macam daun kering

Ini juga jinak cuba nak hinggap di jari ku

Kalau di hitung tak der la sampai 120 spesis. Tak tau la sama ada rama-rama itu bersembunyi di celah-celah rimbunan pokok. Dari pandangan mata kasar kami hanya nie yang ada.

Apa pun me rasa seronok at least ada gak aktiviti kami sekeluarga di hujung minggu. Then Aqeela request nak pergi Taman Burung, Taman Orkid dan beberapa taman lagi yang berdekatan. May be next time la sebab dah lewat petang taman-taman tu pun dah tutup. Hopefully me and hubby dapat bawa Aqeela pergi bercuti keluar dari KL sebelum sekolah bermula. Haha! balik JB pun ok gak kan dapat 2 in 1 sambil jenguk family kat sana boleh ajak dia org berpicnic di DESARU atau Air Terjun kat Kota Tinggi.

Tuesday, December 1, 2009

Makan Makan


Semalam masa makan malam kat Tony Romas tetiba jer me and hubbie recall masa kami kecik-kecik. Me and hubbie bukanlah asal daripada keluarga yang berada. So teringat dulu masa kecik-kecik nak makan KFC and MC Donald time ada celebration birthday or bila abah dapat bonus. Now my doter kalau boleh everyday nak makan Mc Donald and KFC.

Dalam usia 7 tahun dah masuk ke pelbagai restoran daripada yang murah hingga yang mahal. Aduh! malu nak cerita nie, kami nie dah menjejak ke usia 35 baru nak melangkah ke sini. Actually my hubbie nie seorang yang suka mencuba merasai pelbagai makanan di restoran -restoran yang boleh kita makan la yer! Me dengar cerita steak kat sini sedap so we all pun nak juga merasa keenakan steak kat sini. Sudah beberapa kali kami terjah ke restoran nie tetapi selalunya kena tunggu giliran. Oleh kerana hubbie memang tak suka menunggu maka selalu jugala hasrat kami untuk menjamu selera di sini terbantut.

So semalan kira rezeki kami bila kami terjah jer restoran tu tak perlu nak que. Mungkin juga belum tiba waktu makan malam lagi kot. Tu yang tak ramai lagi tu.

Wajah-wajah ceria menunggu menu sampai.




Nie la makan malam special kami untuk hari tersebut:-

Nie drinks dan starter sebelum menikmati order kami yang sebenarnya

Me order Grilled chicken. Tak larat sungguh nak perabiskan makanan ini. So full.

Well! Aqeela still ngan Fish & Fries.

Sama juga macam hubbie tak boleh lari daripada Lamb steak dia. Kata hubbie berbaloi-baloi makan kat sini. Terlalu kenyang kami terpaksa duduk lama kat sini untuk menikmati dan menghabiskan makanan yang kami order. Lastly Aqeela so happy sebab dia dapat free ice cream lagi. Oleh kerana kekenyangan dah tak der mood nak amik gambar ice cream yang di beri percuma itu.

Sampai rumah, me tolong my brother buat roti john. Pun tak larat nak amik gambar. Guess what Aqeela sudah beritau my sister harga makanan makan malam kami itu. Aduh! then my mother pun bising la. Tau1 tau jer la orang tua kan!