Wednesday, August 5, 2009

Nur Kasih

Kengkawan pernah tak tengok Nur Kasih?

Me layan cerita nie secara kebetulan masa dok main-main tukar channel. Masa tu episod yang ke 3 pas tu me dok set kat mind mesti ikut drama siri ni. By the way ngan kerja dan activiti yang lain me sudah terlupa dan ketinggalan episod-episod seterusnya. Entah macam mana minggu lepas my sis suruh me google drama nie. Me pun google la dan layan ke semua episod. Rasa emosional tu terlebih2 lak bila tgk cite ni. Leleh jer air mata nie nak-nak bila tonton bab Nur Amina tu.

Antara dialog yang begitu bermakna.

“Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

Yup setiap anak punyai karektor yang berbeza. Sebagai ibu bapa memang mencabar sungguh tanggungjawab kita untuk kita mendidik setiap anak-anak kita kan? Cerita nie beri kesedaran bahawasanya kita perlu peka dan punya pendekatan yang berbeza untuk mendidik setiap anak-anak.

Juga yang ini:-

"but I've left Islam for a very long time"

"but Islam will never leave you, come with me my son"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Drama tentang cinta dan keluarga juga unsur kefahaman islam. Ahh! tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kalaula ada novel nie sure aku sambar dulu.
 

Made by Lena