Wednesday, August 5, 2009

Nur Kasih

Kengkawan pernah tak tengok Nur Kasih?

Me layan cerita nie secara kebetulan masa dok main-main tukar channel. Masa tu episod yang ke 3 pas tu me dok set kat mind mesti ikut drama siri ni. By the way ngan kerja dan activiti yang lain me sudah terlupa dan ketinggalan episod-episod seterusnya. Entah macam mana minggu lepas my sis suruh me google drama nie. Me pun google la dan layan ke semua episod. Rasa emosional tu terlebih2 lak bila tgk cite ni. Leleh jer air mata nie nak-nak bila tonton bab Nur Amina tu.

Antara dialog yang begitu bermakna.

“Adam dan Aidil tak sama. Kalau kita berikan air pada pokok yang ini, berbunga. Kalau disiram banyak mana pada pokok yang satu lagi tu, takkan berbunga, bang. Malah jadi layu. Sebab dia perlukan tanah kering untuk hidup subur. Dia perlukan matahari, tapi kita beri air, bang…” (Hajjah Khadijah)

Yup setiap anak punyai karektor yang berbeza. Sebagai ibu bapa memang mencabar sungguh tanggungjawab kita untuk kita mendidik setiap anak-anak kita kan? Cerita nie beri kesedaran bahawasanya kita perlu peka dan punya pendekatan yang berbeza untuk mendidik setiap anak-anak.

Juga yang ini:-

"but I've left Islam for a very long time"

"but Islam will never leave you, come with me my son"


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Drama tentang cinta dan keluarga juga unsur kefahaman islam. Ahh! tak sabar nak tunggu episod seterusnya. Kalaula ada novel nie sure aku sambar dulu.

4 comments:

aspalila said...

Saya pon dah mula mengikuti cerita ni .. tapi tension bila tgk episod lepas .. adoi .. senang2 jer si adam tu nak kan si nur aminah .. adoi .saya nak sangat dia ngan aidil .. huhuhu .. tension ....

NORAZLINA YAAKOP said...

aspalila,
Hehe! layan jangan tak layan. Nama pun cerita kan? Nak bagi ada sinambungan la cerita nie.

aRe' iN said...

btul3.... setiap anak punye karektar yg berbeza... n cara pendekatan yg berbeza.. ain pon tgk masa episod yg die ckp die dh tinggalkan islam terlalu lama... n touching masa org puteh plak ckp.. tp islam xpenah tinggalkan kite... ya Allah.. terase kerdilnye diri..hhinanye diri ni...

NORAZLINA YAAKOP said...

aRe'in,
Yup kita sentiasa alpa dan lupa pada Allah tapi Allah sentiasa mengingati kita ngan memberi ujian kepada kita. Menonton nie kena gak kita gali apa yg tersirat dan tersurat. Then bila tengok drama nie tak leh nak salahkan sesiapa kan? Pendapat iena la.

 

Made by Lena