Friday, October 14, 2011

Al-Kisah Nursing Coverku


Nursing Cover.... amende tu? Untuk ibu-ibu yang BF pasti mengetahui pasal "nursing cover" ini. Al-kisahnya memang terdapat banyak di internet dan butik-butik BF.

Oleh sebab saya juga antara ibu-ibu menyusukan, maka saya rasa saya perlukan ini.

Berbekalkan asas jahitan yang saya ada jadi saya cubalah gunakan kemahiran yang tidak seberapa ini NC ini. Sekarang ini senang je boleh minta tolong "cik google" untuk tutorial nursing cover. Pilih saja yang mana rasa senang nak ikut yer!
Nah! amik kau sekali buat sampai dua.

Bergunakah NC ku ini? Insya Allah sangat berguna. Kepada ibu-ibu bolehlah cuba jahit sendiri untuk berjimat. Kalau hendak membeli banyak saja di jual "offline" dan "online". 

Kongsi Resepi - Biskut Snow Almond


Ni cerita raya ok! bukan raya tahun nie dan bukan juga raya tahun lepas. Raya yang sentiasa ada..... He!he! biskut raya. Bila tiba raya jer muncullah pelbagai macam biskut. Pelbagai nama, bentuk dan rupa ya!. Masa AF tengah gah habis nama-nama pelajar dijadikan inspirasi untuk menamakan biskut-biskut raya nie

Well! dah terbabas la pulok! saya just nak share resepi nie terBAIK punyer......

Google dari tenet jumpa kat sini

Bahan-bahan A :
225gm butter (saya guna 250gm sbb satu ketul butter tu ada 250gm. Org malas nak kuarkan yg beberapa gm tu ^_^)
100gm gula kaster (saya tak tambah gula biaq tawar jgn manis)
1/2 sudu teh esen kopi
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar lemak sayur

Bahan-bahan B:
200gm tepung gandum
50gm nestum dikisar halus
2 sudu besar coffemate
70gm tepung ubi
40gm badam kisar

bahan hiasan : coklat masakan dan serbuk roti (kalau suka badam yang dkisar kasar)

Cara-caranya:
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan kuning telur dan esen kopi
Satukan bahan-bahan B, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter
semasa menguli saya dapati adunan ini lembik. Terdetik di hati alamak resepi nie macam tipu jer :(
Ops! rupa-rupanya saya lupa yang tadi saya guna butter terlebih sudah kan!
So kenalah saya tambah tepung sikit....

Biskut nie memang masuk lah dengan tekak kami adik-beradik.... nampaknya biskut ni akan menjadi biskut resmi ler sehingga kami jumpa resepi lain yang terBAIK punyer.

Terlupa nak snap masa tengah godang banyaknyer. Dah tinggal cinonet nie baru teringat.

Ce cuba la yer kengkawan. Gerenti BEST punyer.

Friday, September 30, 2011

Main masak-masak..... JOM!






Oh! ingin rasanya kembali ke zaman kanak-kanak
Main masak-masak.
Ambil batu dijadikan anak lesung
Cari daun-daun untuk dijadikan sayur-sayuran
Syiokkkkk ahhhh !

Anak saya tak berpeluang main macam nie dah.
Sekarang dah ada alat permainan yang berupa barang-barang dapur di rumah.
Erm! kalau mama dia rajin bolehlah guna kain felt buatkan bentuk-bentuk makanan untuk dia.
La nie mamanya yang ADO rajinnyer......




Bahan-bahan untuk hari ni .......



sebab tu saya kata main masak-masak, bahan-bahan dia cinonet jer.

sesudu makan beras perang
beberapa pokok sayur bayam
sedikit isi ikan tenggiri

Ya, puan-puan memula rebuskan beras sehingga menjadi bubur ya,
kemudian masukan isi ikan yang dah dicarik-carik
sayur bayam tu
*Saya kukus aje... masukkan bayam dalam jaring kukus, bila bubur tu dah nak kering , saya letakkan bekas tadi atas periuk bubur tu dan tutup semula tudung periuk..., biarkan dulu beberapa minit.. lepas tu angkat je la*
Sudah masak kisarkan atau lenyek sehingga mendapat tektur yang diinginkan

Inilah lunch (bubur) untuk anak kesayangan hamba hari ini.

Aeilhan dah pandai makan sekarang nie. Pandai juga memilih makanan.
Kalau tak sedap dia akan buat UWEK!UWEK!
Fuh! tak padan ngan tecik budak nie dah pandai memilih makan.

Juga setiap kali orang makan setiap itu jugalah dia nak makan. Parah macam nie.

Wednesday, September 28, 2011

Mama, ibu, ummi, mak, mummy.....


Tanggungjawab seorang ibu, emak, mama, mummy, ummi dan yang sewaktu dengannya adalah sangat BESAR.

Saya memang seorang mama yang sukar untuk berenggang dengan anak-anak kecuali waktu pejabat. Selesai waktu pejabat sekiranya tiada kerja yang perlu disiapkan secara "URGENT", maka saya akan bergegas pulang ke rumah tepat jam 6 petang. Saya amat bernasib baik kerana pejabat berdekatan dengan rumah di mana saya tidak perlu mengadap trafic jam. Jadi dalam masa 15minit saya pasti berada di depan anak-anak.

Setiap hari rutin hidup saya untuk memastikan anak saya Aqeela menyiapkan kerja sekolahnya. Saya akan berada di depan dia untuk memastikan kerja sekolahnya siap dengan kemas. Namun kebelakangan ini saya tidak mampu untuk meneruskan rutin ini.

Aqeela semakin meningkat dewasa..... saya fikir dia sudah boleh menguruskan kerja rumahnya tanpa dipantau oleh saya. Saya sama sekali silap di situ.

Sejak ada adik banyak perkara yang saya terlepas pandang sehingga keluarnya ayat-ayat cinta ini dari mulutnya,

"Adik nyer pasal lah akak hari-hari kena makan nasi lemak".

Oh! sangat kesian okey. Selama ini saya sediakan bekalan untuk dia. Hari-hari menu bertukar. Sejak ada adik hari-hari kena beli Nasi lemak. Sessi persekolahannya 7.30 pagi hingga jam 3.40 petang jadi harus makan makanan yang mengenyangkan. Terpaksalah beli NASI LEMAK.

Saya masih gagal dalam pengurusan masa. Setiap kali saya bangun untuk menyediakan bekalan untuk si kakak setiap itu jugalah si adik mahu menyusu. Tempoh menyusukan si adik selalu mengambil masa berjam2. Bagaimana saya dapat menyediakan keperluan kakak kalau adik asyik begitu.

Saya baru ada 2 orang anak, seorang berumur 9 tahun dan yang seorang masih bayi tapi hari-hari saya jadi kelam-kabut.

"Saya amat cemburu dengan ibu-ibu yang punya anak ramai dan lebih-lebih lagi ibu-ibu yang punyai anak yang masih kecil-kecil dan mampu mengendalikan masa mereka dengan baik". Statement terlampau nie

Saya harap dan berusaha untuk menjadi mama yang terbaik buat anak-anak saya. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya, AMIN.

Friday, September 23, 2011

Aidilfitri di hatiku


Wah! tajuk tak henggat macam text line tv9 lak.

Dah berkurun, dah syawal ke25 baru teringat nak ucap.....

Selamat Hari Raya daripada kami sekeluarga yer buat

saudara-mara yang mana saya tak sempat ziarah (yang dah ziarah dah minta maaf dah)

sahabat-handai serta rakan-rakan blogger

Ampun dan maaf atas segala salah dan silap kami

Sistem giliran raya kami tahun nie sambut 1st raya kat Bangsar, Kuala Lumpur. Ramai kengkawan komen duduk kat KL dekat ngan family pun ada sistem giliran ke? Fuh! nasib baik dah buat MOU sebelum nikah lagi tau. Memang saya dekat dengan family hari-hari jumpa mak abah dan adik beradik saya. Tapi suasana pagi raya (maaf bermaafan di pagi raya) tak sama dengan hari-hari biasa kan?

Raya yang pertama buat Aeilhan.
Dua beradik yang akrab. Insya Allah mudah-mudah mereka akan jadi seperti isi dan kuku. Tak moh gaduh-gaduh yer sayang jgn jealous-jealous dua-dua mama sayang.




Antara tetamu yang datang menziarah pada hari raya pertama. Tahun nie rumah mak saya diserbu oleh anak-anak buah sebelah abah. Nasib baik mereka datang berperingkat kalau datang sekali harung maka kena que la kan depan rumah tu.

2nd raya bertolak ke JB. Tahun nie beraya di Pasir Gudang bukan di Kuala Masai kerana MIL baru sahaja keluar dari hospital. Maka aktiviti menziarah sanak-saudara di JB adalah sangat terbatas.

Semoga raya kalian semua sentiasa di hati. ^_^

Friday, July 15, 2011

Liverpool Fan


Hubbie saya adalah penyokong tegar Liverpool. Sejak bila? Ikut katanya Since 1981. HoHo saya selalu mengapi-apikan dia supaya berpaling kepada pasukan yang lain. Always ask him kenapa masih sokong Liverpool pasukan yang selalu kalah. Ops! kalau ada penyokong liverpool yang menjenguk blog ini maaf la yer. Ce citer apa hebatnya pasukan itu. Begitu setianya hubbie saya menyokong pasukan ini. Kalah atau menang cogan kata "YOU'LL NEVER WALK ALONE" tetap di hati. Bonus bagi saya sebab tau suami saya seorang yang setia :) betul ke kanda?

Game Sabtu nie hubbie nak pergi tengok tapi sayang tiket tak dapat. Harga tiket katanya paling murah RM58 . Bagi saya yang tidak meminati bola, satu pembaziran di situ. Aqeela cakap RM58 tu boleh beli beras dan minyak. Ops! bukan mama yang ajar yer. Anyway kat rumah Aqeela selalu juga join papanya menonton game-game liverpool.

Eh! anak-anak juga kena ikut papa sokong Liverpool ke?


Aeihan di usia 2 bulan sudah di dedahkan dengan pasukan Liverpool. Hoho baju ini actually kecil buat anakku tapi papanya beria juga hendak membelinya.

Penyokong cilik Liverpool yang dah semakin cerdik dan dah mula lasak.

Like father like son :)

Jaga-jaga kakak, adik ingin merampas minuman mu itu.

Suka sangat buat muka terkejut cenggitu.

Yang nak show off sebenarnya yang nie.... seluar katok yang mama jahit untuk dipadankan dengan baju Liverpool Aeilhan.


Me and Daddy support Liverpool......



"YOU'LL NEVER WALK ALONE", ya sekarang papa dah ada geng yang akan jalan beriringan dengannya bila kami sekeluarga outing.

Apapun bila dia dewasa nanti biarlah dia buat pilihan sendiri ye kanda?




Tuesday, June 28, 2011

Kenduri Kesyukuran


Pada 16/4/2011, saya buat kenduri kesyukuran. Tak sangka tarikh yang dipilih ini sama dengan antara tarikh penting dalam hidup saya dan hubbie.


Lena dalam dakapan papa.


Hero papa, geng papa tapi tak boleh tinggalkan dia berdua dengan papa.

Dah cuba tinggalkan dia dengan papa gi shopping kat jalan TAR. Elok sampai jln TAR hubbie telefon suruh balik anak dah menanggis tak ingat punya. T
erpaksalah mama patah balik ambil dia. Ini budak suka jalan-jalan, mama sangkakan dia pasti tak suka berjalan sebab masa pregnan mama malas nak berjalan. Both of them (kakak & adik) mahu jadi my bodyguard la. Tak der chance nak solo. hihihi


Precious gift from ALLAH, Aqeela Nurinna, Aeilhan Nurmansiz


My ex-roomate masa kat ITM Perlis. Terima kasih Adlin & Yusri kerana meluangkan masa bersama kami.


Kumpulan Marhaban yang menyerikan dan memeriahkan majlis.


Aqeela Nurinna bergaya bersama jubah ala ala kelawar yang dijahit oleh mama. Menikmati makanan sambil melayan tetamu :)


Baju pengantin eceh eceh... iyala dia yang di raikan. Majlis ini merangkap majlis cukur jambul. Baju Melayu johor yang sempat mama jahit. Kiranya 1st projek jahitan selepas berehat @ berpantang.

Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah...


Dah 5 bulan berlalu, hari ini baru nak update blog.

Untuk membakar semangat berblogging semula saya mulakan dengan publish gambar ahli baru dalam family kami.

Subhanallah syukur kehadrat Illahi atas kurniaan ini,

our lil baby boy Aeilhan Nurmansiz Bin Ab Shukor

Dilahirkan pada 3 Jan 2011 @ 9:27am secara EL LSCS
Berat : 3.26kg
Ketinggian/panjang : 53cm

*
*
*
*
*
*
*





Thank you ALLAH.

Semoga Aeilhan Nurmansiz menjadi anak yang soleh dan beriman. AMIN.

Sunday, January 2, 2011

Persiapan Menyambut Ahli Baru

Salam,

Masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua. Mudah-mudahan tahun 2011 lebih bererti buat kita semua. Mudah-mudahan tahun ni kita dapat memenuhi azam kita yang mungkin belum tercapai.

Tahun nie Insya Allah kami sekeluarga bakal menerima ahli baru dalam keluarga. Inilah punca dan sebab-sebab yang blog nie terlalu lama menyepi. Setelah persiapan ke sekolah Aqeela selesai saya sempatlah siapkan kelengkapan baby.

Kain bedung, Cloth diapers dan barut baby.

Nie pula sarung bantal dan sarung untuk comforter.

Sekarang nie tengah tunggu masa jer untuk melihat baby lahir ke dunia ini. Oleh kerana kehamilan kali ini mamanya begitu "Malas" maka ini sahajalah yang berjaya di siapkan walaupun pada awalnya begitu banyak impian yang ingin di jahit untuk bakal baby.