Wednesday, September 28, 2011

Mama, ibu, ummi, mak, mummy.....


Tanggungjawab seorang ibu, emak, mama, mummy, ummi dan yang sewaktu dengannya adalah sangat BESAR.

Saya memang seorang mama yang sukar untuk berenggang dengan anak-anak kecuali waktu pejabat. Selesai waktu pejabat sekiranya tiada kerja yang perlu disiapkan secara "URGENT", maka saya akan bergegas pulang ke rumah tepat jam 6 petang. Saya amat bernasib baik kerana pejabat berdekatan dengan rumah di mana saya tidak perlu mengadap trafic jam. Jadi dalam masa 15minit saya pasti berada di depan anak-anak.

Setiap hari rutin hidup saya untuk memastikan anak saya Aqeela menyiapkan kerja sekolahnya. Saya akan berada di depan dia untuk memastikan kerja sekolahnya siap dengan kemas. Namun kebelakangan ini saya tidak mampu untuk meneruskan rutin ini.

Aqeela semakin meningkat dewasa..... saya fikir dia sudah boleh menguruskan kerja rumahnya tanpa dipantau oleh saya. Saya sama sekali silap di situ.

Sejak ada adik banyak perkara yang saya terlepas pandang sehingga keluarnya ayat-ayat cinta ini dari mulutnya,

"Adik nyer pasal lah akak hari-hari kena makan nasi lemak".

Oh! sangat kesian okey. Selama ini saya sediakan bekalan untuk dia. Hari-hari menu bertukar. Sejak ada adik hari-hari kena beli Nasi lemak. Sessi persekolahannya 7.30 pagi hingga jam 3.40 petang jadi harus makan makanan yang mengenyangkan. Terpaksalah beli NASI LEMAK.

Saya masih gagal dalam pengurusan masa. Setiap kali saya bangun untuk menyediakan bekalan untuk si kakak setiap itu jugalah si adik mahu menyusu. Tempoh menyusukan si adik selalu mengambil masa berjam2. Bagaimana saya dapat menyediakan keperluan kakak kalau adik asyik begitu.

Saya baru ada 2 orang anak, seorang berumur 9 tahun dan yang seorang masih bayi tapi hari-hari saya jadi kelam-kabut.

"Saya amat cemburu dengan ibu-ibu yang punya anak ramai dan lebih-lebih lagi ibu-ibu yang punyai anak yang masih kecil-kecil dan mampu mengendalikan masa mereka dengan baik". Statement terlampau nie

Saya harap dan berusaha untuk menjadi mama yang terbaik buat anak-anak saya. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan saya, AMIN.

No comments:

 

Made by Lena