Tuesday, December 11, 2018

Dropship Kain Knit NEEDLE DIVA vs GME

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Mungkin agak lewat tetapi masih belum terlambat untuk memulakan sesuatu yang baru :)

Ya, saya cuba nak berniaga dan untuk permulaan saya mulakan dengan menjadi Dropship untuk kain knit.

Kain knit atau kain tshirt. Sekarang ni banyak sudah pilihan kain jenis tshirt ini. Teringat saya pernah mencari kain jenis tshirt ini sekitar tahun 2004 dan cuma dapat cari di satu kedai yang hanya ada warna putih. Itupun kena buat tempahan terlebih dahulu dan kena beli secara kg. Macam pelik je masa tu bila beli kain by kg :).

Yang berkenan bolehlah PM saya
https://www.facebook.com/norazlina.yaakop.92





















Nota: Nak tengok corak-corak terkini boleh PM saya ye! kilk link

m.me/norazlinayaakop.92

Tenanglah Duhai Hati


Saya bukanlah yang terbaik tapi berusaha untuk menjadi yang lebih baik

Saya jua bukanlah manusia yang sempurna tetapi sering mencuba mencari kesempurnaan

Saya punyai kelemahan tetapi sering mencuba untuk perbaiki kekurangan

Saya cuba mengembirakan semua orang tetapi seringkali diri ini terluka

Saya bukanlah hiasan terindah tetapi cuba untuk menjadi seindah hiasan

nilaian manusia tak akan pernah berakhir..ada sahaja khilafnya..mizan Allah lah sebaik-baik penimbang..

dan kita tak pernah sepi bersendiri kerana kita ada Dia sebagai tempat bergantung..
kesusahan..kepedihan..itu semua adalah didikan yang Allah S.W.T turunkan kepada umatnya supaya kita terus memohon kepada Allah S.W.T. 
Ujian itu tanda Dia sayang dan sentiasa ingat kepada hambaNya
Ujian itu tanda Dia mahu mendengar rintihan hambaNya
Ujian itu tanda Dia ingin kita sentiasa dekat padaNya
Jangan pernah jemu untuk terus meminta kepada Dia
Tabahlah Duhai hati, 
Tenanglah wahai jiwa
 

Made by Lena