Tuesday, January 5, 2010

Sessi Persekolahan 2010

Rasa baru semalam jer budak cuti sekolah tau tau dah kena masuk sekolah semula. Well bila anak-anak mula sekolah ibu bapa pun kena gak masuk sekolah kan? So semalam me dan hubby amik cuti untuk hantar Aqeela ke sekolah dan selesaikan yuran sekolah.

Buku-buku yang kena beli kami dah di minta oleh pihak sekolah membelinya sebelum cuti dan pihak sekolah telah mengagihkan buku-buku tersebut juga buku-buku pinjaman sebelum sekolah bercuti. Kata cikgu untuk murid-murid buat persediaan masa cuti untuk ke sessi persekolahan berikut. Tapi adatla nama pun kanak-kanak tak di sentuh pun buku-buku tu semua. Elok jer tersimpan dalam beg. Aqeela sibuk ngan computer game dan farmville kat fb mama dia.

Macam biasa me rasa semua sekolah pun tak benarkan ibu bapa tunggu anak-anak kat luar kelas kan? So kami tunggu Aqeela sampai dia keluar rehat jer then kami pulang. Tenghari kami datang semula untuk jemput dia pulang. Hari pertama di sessi persekolahan yang baru seperti biasa Aqeela selalu buat me risau. Mana taknyer dia duduk diam jer sorang-sorang di sudut hujung kelas.
Ini la wajah anak ku di hari pertama tahun 2. Sowey gambar blur.


Tengok dia duduk di sudut belakang kelas. Nie masa cikgu belum tukar kedudukan tempat duduk murid-murid lagi. Entah apa yang di cari nya dalam beg dia.


Tahun nie hanya Aqeela saja pelajar melayu dalam kelas nie. Tak macam tahun satu termasuk Qeela ada 3 orang anak melayu dalam kelas tu. So nie Qeela kena cari kawan baru tu yang dia agak suram jer.

Anyway Qeela nie jenis yang sempoi dan tak amik tau hal org. Maksud me la kan cubala tanya dia kawan dia tinggal kat mana? Tanya yang basic-basic jer. Jawapannyer semua tak tau. Kalau tanya pasal periksa dapat no berapa lagila dia memang tak pernah tau dan tak nak ambil tau keputusan kawan-kawan yang lain. Aku selalu perhatikan setiap kali aku hantar dia kesekolah dia jalan terus jer ke kelas. Pas tu nanti kengkawan la yang panggil atau tegur dia ajak jalan saing. Dia buat hal dia sendiri jer tu yang kekadang me risau sangat. By the way setakat hari nie me tenggok kengkawan memang senang bergaul ngan dia. Nie hari pertama lepas seminggu dua kata la kalau me pergi ke kelas dia pasti dia dah jadi budak paling glamor dalam kelas. Wakaka anak aku nie daripada tadika memang dah glamor dalam kelas.


Seperti tahun lalu pinafore dan baju kurung Aqeela adalah lovely made by me. Cuma baju putih tu aje me beli. Ops! tu baju tahun lepas masih boleh pakai so tak yah membazir. Tahun nie me jahit 2 helai pinafore dan 2 pasang baju kurung untuk Aqeela.


Pinafore nie me jahit ada dua jenis. 1 jenis kembang gituuuuu dan satu lagi macam biasa. Tak tau la boleh pakai ke tak yang kembang nie kat sekolah dia.

Baju kurung nie siap testing jahit mata lalat tapi mata lalat nyer idak ler berapa kemas. Kena praktis and praktis lagi dan lagi...........

Ok nanti me share lagi beberapa item yang me jahit untuk Aqeela di sessi persekolahan 2010 nie.

Buat my princess Aqeela moga jadi anak yang solehah, rajin, bijak dan sentiasa di senangi oleh kawan-kawan dan guru-guru. Semoga Aqeela boleh catch up ngan pelajaran untuk tahun 2 nie. Mama will always by your side.

Notakaki: Huhu hari nie mula la kembali rutin hidup ku monitor homework Aqeela setelah berehat selama 1 bulan 1/2. Kena duduk tunggu dia habiskan homework. Kena masuk tidur awal untuk tidurkan dia. Ha!ha! rasa macam mamanyer pun kena pi sekolah juga.