Sunday, May 12, 2019

PATTERN TESTER

Salam Sejahtera,

Sebenarnya dah lama nak menyertai "Pattern Tester" sekitar tahun 2011atau 2012 (sbb dah lama sangat tak ingat dah tahunnya) yang masih ingat Designernya Popolok Design. Walaubagaimanapun tak dapat nak join sebab waktu itu model dah lebih had umur untuk call tester tersebut.

Awal tahun ni terfikir semula untuk menyertai "Pattern Tester"

Sebab paling utama :

KOMITMEN!!!!
Saya memang sejenis yang bila ada date line baru nak buat kalau tidak asyik ikut mood yang memanjang tak ada mood nak menjahit :(

APA ITU "PATTERN TESTER"
Aktiviti atau acara yang melibatkan "Designer" dan "Tester" untuk memberi maklum balas mengenai produk yang dihasilkan. "Pattern Tester" yang saya maksudkan ini adalah "Pola Baju Digital" yang sudah lama popular di negara barat dan mula berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ini berkenaan dengan Pola Baju maka yang hendak diuji tentula saiz pola, hasil terakhir pola. "Tester"  memberi maklum balas kepada "Designer" sebelum pola tersebut dilancarkan ke pasaran. Proses ini dilakukan untuk memeriksa:
  • Size pola tersebut sesuai dengan ukuran berdasarkan ukuran badan kanak-kanak, wanita atau lelaki.
  • Tutorial untuk menjahit pola tersebut sehingga menjadi seperti pola yang direka.
KENAPA PERLU ADA TESTER?
"Designer" nak buat pola pakaian digital kan? sah-sahlah kena keluarkan pelbagai saiz untuk manfaat orang ramai. "Designer" tidak mungkin dapat mencuba kesemua saiz tersebut. Itulah sebabnya kena ada "Tester". "Tester" akan memaklumkan kepada "Designer"setiap maklum balas yang dilalui semasa proses "Pattern Tester" tersebut. Dengan maklumat yang diberikan, "Designer" akan memperbaiki pola tersebut. Pola akan diuji sekali, 2 kali sehingga ke peringkat akhir. Panjang lah ceritanya......

2019 bermulalah saya menyertai "Pattern Tester" ini. Mulalah buka mata bila ada "call tester" untuk saya mohon.




No comments: