Friday, November 13, 2009

Graduation Day in Kuen Cheng

Kalau tengok nie memang ramai follower blog nie tak faham. Mungkin ada seorang dua yang faham. Me pun tak faham. Nie acara "Graduation" kat sekolah Aqeela untuk pelajar -pelajar tahun 6. Pada hari tersebut juga di adakan acara "Penyampaian Hadiah" untuk pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun.

So hari Jumaat hari tu me kena amik 1/2 day EL untuk pergi ke sekolah Aqeela. Kenapa lah sekolah nie bagitau lambat. My company kalau nak ambil cuti kena apply 1 week before. Kalau tak kira EL (Unpaid leave). Tak kisahlah unpaid pun unpaid la demi anak ku. Actually me dan hubby pun terkejut bila Aqeela bagitau yang dia kena datang sekolah pada hari Jumaat (13-11-09) untuk acara "Penyampaian Hadiah". Hadiah apa yang dia dapat?

Aqeela dan murid-murid yang terlibat di kehendaki berada di dewan pada pukul 7.30 pagi. Kami juga turut berhimpun di dewan pada waktu tersebut. Me tak tau acara bermula pukul berapa kerana aturcara majlis dalam tulisan mandarin. Jenuh juga menunggu di mana pihak sekolah masih lagi membuat persiapan menyusun piala @ hadiah untuk para pelajar.

Acara bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi di mulakan dengan irigan pancaragam sekolah. Kemudian biasalah ucapan Guru Besar, Pengerusi PIBG dan BOD sekolah. Aduh! seksa rasanya berada di dalam keadaan yang mana kita tak tau butir bicaranya. Semua ucapan dalam mandarin. Faham ke? Resah gelisah kami di buatnya. At last bermulalah acara yang kami tunggu.

Giliran Aqeela mengambil piala dan sijil. Ini bukanlah acara penyampaian hadiah yang pertama. Me tak tau la pencapaian apa yang di berikan kepada murid-murid pada hari tersebut. Tiada translator, cikgu hanya mengumumkan dan memanggil nama murid-murid di dalam Bahasa Mandarin. Rasa terkilan sangat sebab tidak tahu dan faham sepatah apa pun dalam acara ini.

Hadiah apa yang Aqeela dapat pada hari tu? Oh! Pencapaian tertinggi dalam subject Bahasa Malaysia untuk keseluruhan Tahun 1. Nie 2nd time Aqeela dapat hadiah untuk pencapaian tertinggi dalam penulisan Bahasa Malaysia. Nak ikutkan tak der la grand sangat kan sebab Bahasa Malaysia itu bahasa ibunda, bahasa rasmi serta bahasa pertuturan kami . Walaupun begitu me tetap rasa kagum dengan pencapaian Aqeela. Di sekolah Kuen Cheng ini terdapat ramai juga anak melayu tapi tak semua anak melayu yang belajar di sekolah ini dapat score markah tertinggi di dalam subject ini. So nampak sangat betapa gigihnya anak-anak bangsa cina ini bersaing untuk menjadi yang paling cemerlang.

Selesai acara penyampaian hadiah, para ibu bapa dan guru di hiburkan oleh persembahan daripada murid-murid yang kebanyakan terdiri daripada tahun 6. Persembahan pertama adalah tarian melayu.Di ikuti persembahan KOIR

Tarian Cina

Peacock Dance

Acara penutup merupakan persembahan nyanyian yang terakhir daripada semua pelajar tahun 6. Acara berakhir pada pukul 11.15 pagi.

Agak pelik juga di mindaku di mana kad laporan belum di edarkan tetapi majlis penyampaian hadiah telah berlangsung terlebih dahulu. Jadi keputusan keseluruhan Aqeela masih belum di ketahui. Kalau mengikut keputusan kertas peperiksaan memang amat mengecewakan kerana keputusan nya merosot daripada penggal pertama. Tunggu jer la kad laporan nanti.

No comments: