Tuesday, November 24, 2009

Marah, Gembira, Bangga dan juga Risau

Peperiksaan penggal ke-2 Aqeela merosot sedikit daripada penggal pertama. So hari pertama dia bawa balik kertas periksa jenuh saya membebel kat dia sampai dia tak nak balik rumah. Nak stay ngan atuk dia katanya. Hari berikutnya juga saya balik daripada pejabat saya tanya lagi kertas peperiksaan dia. Aduh! sekali lagi saya temper. Banyak betul careless mistake yang dia buat dalam kertas Bahasa Inggeris. Dan hari seterusnya my sister bagitau dia dapat kertas Bahasa Cina. Inilah statement yang keluar daripada mulutnya.

"Papa tak marah pun Aqeela dapat markah 80 lebih. Mama asyik nak marah jer. Papa marah bila Aqeela nakal dan degil jer. Tak kisah pun kalau tak dapat Gift yang mama dan papa janji kalau dapat semua A dalam matapelajaran. Kalau mama bagi pun bila masa nak main? Mama asyik suruh La baca buku jer....."

Aduh! anak-anak zaman siber ini kita nak bagi dia motivasi tetapi last-last ini yang jadi. So pada mulanya aku rasa
Marah sangat dengan statement nie kerana apa yang ku cuba buat untuk dia tak di hargai. Sebenarnya dia masih belum mengerti.

Kemudian rasa
Gembira bila di jemput hadir ke Majlis Penyampaian hadiah pada Graduation day.

Seterusnya terasa sedikit
Bangga bila dia dapat Kad Laporan dan terus call me beritau dia dapat no berapa dalam kelas.

Kini saya agak
Risau maklumla bila dia mampu buat yang terbaik sudah tentu me kena pastikan dia dapat kekalkan prestasinya. Masih banyak stage lagi yang perlu di harunginya.

Saya tau kekadang saya terlalu tegas dengan dia dalam bab pelajaran. Sebenarnya Saya seorang mama yang tidak garang dan sukar memarahinya Saya terlalu flexible dengan dia. Saya hanya suruh dia study bila tiba waktu peperiksaan sahaja. Selalunya me biarkan dia main atau buat apa yang dia suka kerana saya tau dia masih kanak-kanak. Sure dia perlu menikmati zaman ini.

Hubbie selalu nasihatkan saya agar tidak terlalu keras dengan dia dalam bab pelajaran. Dia harus melalui lebih kurang 10 tahun lagi untuk melalui alam persekolahan ini. Kami nak dia enjoy dengan dunia persekolahan di samping mengejar cita-cita.

Sebagai Mama saya cuma nak dia menaiki tangga dengan teliti agar dia tak tergelincir di tengah perjalanan.

No comments:

 

Made by Lena