Tuesday, November 24, 2009

Ke Perasmian Perodua Alza

Cuti Sekolah baru bermula. Aqeela sudah sibuk mengatur acara sempena cuti sekolah nie. Erm! kesian Aqeela time dia cuti kami pulak susah nak amik cuti. Untuk minggu nie hubbie sibuk dengan launching "Perodua Alza" Me pulak kena tunggu Sabtu dan Ahad jer untuk bawa dia jejalan. Tetiba me tergerak hati nak bawa Aqeela jadi adventure sikit.

Semalam balik awal terus balik rumah. Dah plan nak bawa Aqeela naik ERL pergi Putrajaya tempat kerja hubbie. Teringin gak nak tengok Perodua Alza. So after maghrib kami pun gerak ler ke KL Sentral. Naik bas turun bas jalan kaki ke KL Sentral dan terus naik ERL. Nama pun anak pompuan, dia merasa sedikit gementar bila berada di khalayak ramai yang rata-rata pendatang asing.


Layanla gambar kami di dalam ERL


Inila MPV keluaran Perodua. Perodua Alza. Sorry gambar blur me snap masa showroom dah tutup. Nak tengok dengan jelas gie ler ke showroom perodua atau lawati blog nie kereta perodua

No comments: