Thursday, June 11, 2009

Cuti Sekolah

Cuti sekolah semakin hampir ke penghujung nyer. Activiti cuti sekolah tak ke mana pun. Kami sekeluarga balik kampung hubbie, Kg Kuala Masai, JB. Cadangan kami pada awalnyer nak pi vacation celebrate our 8th Annivesary. But then me rasa dan fikir nyer fikir daripada spend utk vacation ada la baik jenguk orang tua di kampung kan? Sian my hubbie jarang balik kg jenguk mak abah dan adik beradiknyer. Me hari-hari jumpa mak dan abah. So bagi chance laaa....

Ramai gak antara kita yang rasa bila nak balik rumah mertua tu macam berat jer kan? Adatla tu. Ramai rasa mertua tak sama macam ibu bapa sendiri kan. For me sama jer just love them the way me love my parent. Mak mertua kuat membebel? Biasala nama pun mak kan? Oleh kerana my mum pun kuat membebel so me tak rasa heavy sangat la bebelan mertua. Cuma satu jer walaupun dah 8 tahun kawin bila balik kampung still rasa kekok bab nak masak-masak nie. Iyala selera kita tak sama ngan selera dia orang kan. So selalunyer MIL atau ipar duai je yang masak. Nie jer yang buat me rasa tak sedap hati laaa. Lain-lain ok jer la.

Activiti kat kampung kali nie pi kenduri kawin dan next day kami pi mandi-manda di tepi pantai. Kalau hubby plan awal-awal ngan adik beradik nyer sure seronok kami berpicnic. The more the meriah gitu kan? Apa pun at least kami dah tunaikan keinginan Aqeela untuk bercuti.



Inila destinasi percutian kami


Walaupun destinasi percutian berada dalam negeri yang sama, namun perjalanan mengambil masa macam KL ke Port dickson gak. Pemandangan sepanjang perjalanan begitu menenangkan fikiran.

Sampai je kami terus buka bekalan sudah kelaparan gamaknya. Manakala anak-anak dah terlampau teruja terus nak berendam. Sayang sekali hanya MIL, SIL dan anak-anak dia jer ikut serta. Maklumla picnic yang tidak di rancang betul-betul. Cuti cuma budak sekolah jer kan. Kalau tidak dengan anak sedara hubbie yang ramai serta adik beradik nyer yang 5 orang lagi berkumpul sure gamat jadiknya.

Inila aksi-aksi anak dan anak sedara ku. Nama pun kanak-kanak walaupun cuaca panas terik mereka seronok bermain laut. Tak di hiraukan panas terik yang boleh menyebabkan kulit mereka kena "sun burn". Bagi mereka yang penting enjoy.

Hubbie memang suka ambil gambar pemandangan. Gambar pokok, gambar pasir, gambar laut macam-macam la. Nasib baik la sekarang Kamera digital kan, kalau dulu mau bergulung-gulung kodak nak kena beli coz dia main snap sesuka hatinya saja. Me pun suka sangat tengok pemandangan laut nie. Luas, tenang hilang semua masalah kejap.

Well Johor ada banyak tempat yang menarik untuk di lawati. May be next time boleh gi tempat lain pulak la.

5 comments:

Suzana Ikram said...

iena.. klu aku nk cite psal mk mertua aku lg teruk..
jgn suami aku trbaca komen ni sudah..
Dulu aku stay kt umh sewa mertua aku lg. suami plak lebihkn mk dia dr aku, smpi kami brgaduh lah kerna mak dia. pulak tu mak dia saje je bagi kita org gaduh dn saje cari pasal gn aku.. brpa thn brlalu mcm gitu gak peragai org tua tu..bila dh tua sikit dh kurang sikit dia nk mengacau, tambh2 lg kita org dh pindah. Rasa bhgia sgt bila ada umh sdri dn jauh dari kehidupn mk mertua. tu la selalu org ckp "Dekat bau taik.. jauh bau wangi.."

Suzana Ikram said...

wah.. seronok sakan ank pompuan ko mandi pantai..
aku baru esok nk g PD bawak ank2 check in kt ilham resort kt blue lagoon.

NORAZLINA YAAKOP said...

zana,
Actually aku bernasib baik sbb dapat mertua yang tak kisah. Dia orang memang tak campur langsung dalam hal rumah tangga anak-anak. Mertua aku simple jer dia ckp "korang kawin atas pilihan sendiri" jadi pandai-pandai la jaga rumahtangga masing-masing. Cuma kalau ada tak betul dia org nasihatkan. Tak der la sampai bermasam muka or kecik hati.

Anak aku memang suka sgt berendam. Esok nak gie PD yer? Enjoy k!

SyahNur said...

bestnye balik kampung... same la kite, jarang balik kg mertua, tp hari2 jumpe mak bapak sendiri, mcm x fair kan?? hehe.. nk buat mcm mane, da parents sendiri dok dekat.. kitorg pun, kalo cuti panjang balik kg hubby..

kite plak, the other way around, sgt suke balik jumpe parents in law... haha.. sbb ayah mertua ku sgt kelakar n mak mertua sgt sporting.. alhamdulillah, kalo balik tu seronok je, x de simpan2 dalam semua... tp tu la, nk tggu cuti panjang baru balik kampung tu yg payah tu! hehe..

NORAZLINA YAAKOP said...

Shahnur,
Yep....memandangkan perjalanan balik kg dlm 4-5 jam, ina suka balik bila ada public holiday bersambung2 at least 1 week ada kat kg, rehat minda kan? Kalau balik 1 @ 2 hari rasa penat dlm perjalanan tu tak berbaloi lak.
Bestla dapat bapa mertua Nurul kelakar, bapa mertua ina pulak rajin bersembang.