Friday, June 19, 2009

Berkongsi Info

Selama nie ramai ibu bapa yang akan menghabiskan makanan anak-anak kan? Bukan apa sayang membazir apatah lagi makanan kan? Apa kata kita amalkan yang ni pulak, suruh anak-anak pulak menghabiskan makanan kita. Marila sama-sama kita kongsi info berguna ini.

Cara Habiskan Sisa Makanan

Antara Motivasi yang di tulis oleh Dr.Fadhilah Kamsah:-

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan…dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen.

Secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu …Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan….belen makanan mak atau abah…

tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan…

kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain…

samada kami perasan atau tidak, so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami lah sebelah abah)

Mak kata : " Supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak"

dan saya sendiri akui kesannya, makin umur meningkat, hati kita sentiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer la. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok "Jangan sesekali makan lebihan makanan anak"
samalah ceritanya

dan mak kata juga:

"Pagi-pagi Jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan SELAWAT 3 X dan berdoa semoga kami selamat pergi dan balik.

dan guru saya pesan:

antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka

Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib. Kalau ada lebih daripada sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qamat, kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat…

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang, saya personnally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah magrib dengan mak abah secara praktiknya. Inila yang paling paling paling berkesan sekali. Tak caya try buat, solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik, sangat besar "RAHSIA" dan peranan dapur rupa-rupanya dan jugak solat jamaah walau hanya bagi waktu magrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So, it ‘ s good if we can remind each other because in Rasulullah ‘ s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.

Do impart this knowledge; you ‘ ll lose nothing. Wallahu A ‘ lam…

No comments: