Monday, November 16, 2020
MONDAY
11112020
Rasa kesyukuran aku terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu ini, pada hari ini aku zahirkan dengan penuh kehambaan. Aku bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.
Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir aku hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapaku yang telah melahirkan dan membesarkan aku,
Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan emakku Norsiah Binti Ahmad ketika melahirkan aku dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan abahku Yaakop Bin Othman ketika membesarkan aku dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.
Ya Allah!
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah aku dengan hidayah dan taufik Mu agar aku tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah aku menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.
Ya Allah, Ya Bariq
Allahhuma Ya Bariq, Allah yang Maha mengurus, yang maha mengatur, yang maha mentadbirkan. Ya Allah, aku serahkan urusan hidupku, anak-anakku, suamiku dan seluruh kehidupanku untuk di aturkan oleh Mu Ya Allah, untuk diuruskan oleh Mu Ya Allah.
Monday, July 27, 2020
New Norm School day 22 Jul 2020
Hari ini 22/7/2020 Hari Pertama, anak-anak melalui rutin #newnormal di alam persekolahan. RISAU seorang ibu tetap ada namun DOA yang baik-baik je. #lifemustgoeson
Friday, July 3, 2020
Yang Pertama
Wednesday, June 3, 2020
Aku dan Laksa
- Rebus ikan, masukkan Asam keping dan serai. Kemudian asingkan isi ikan dan tulang dan kisar. Gunakan air rebusan untuk kisar ikan dan tulang ikan.
- Udang dibuang kulit bersihkan dan kisar. Kepala udang dan kulit udang boleh di buat stok jika mahu.
- Ketepikan ikan dan udang yang telah dikisar
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukan cili tumis lagi sehingga naik bau dan masukan bancuhan serbuk kari dan Masukkan serbuk rempah biar hingga pecah minyak. Kemudian masukan isi ikan dan udang yang telah dikisar. Masukan asam keping, daun kesum bunga kantan, daun selasih dan biar mereneh seketika dan masukan air tulang ikan dan udang. Biar mendidih. Masukan santan dan kerisik. Akhir sekali perisakan dengan garam, dan gula.
- Hidangkan ikut suka :)

Monday, November 11, 2019
11.11
11-11 kebelakangan ini selalu sangat nombor-nombor yang begini menjadi tumpuan. Tumpuan untuk Jualan lah biasanya.
Ya, saya sangat tertekan!
Ya Allah,
Alhamdulillah, atas kurniaanMu menambah uisaku setahun lagi. Entah berapa umur nanti yang Engkau berikan kepada hambamu ini. Aku memohon kepadaMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berikanlah aku kesempatan untuk berbuat yang terbaik kepada kedua Ibubapaku, mertuaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, saudara-maraku serta sahabat handaiku dan seluruh umat manusia.
Ya Allah, diusiaku yang sekarang ini pimpinlah aku hari ini di waktu yang akan datang menuju ke SyurgaMU. Aku pasrahkan setiap tarikan nafasku ini kepadamu, hanya kepadaMu. Ya Allah, Ya Barii yang Maha mengatur. Aturlah kehidupanku hari ini dan hari mendatang mengikut aturanMu.
Tuesday, May 14, 2019
AMAYA TOP AND BLOUSE POLA JAHITAN PDF DARI IUGWBM
Tester kali kedua dengan Invisimple Ummi Gorges Wardrobe By Miara
Pertama kali menjahit top atau blouse yang ada poket tersembunyi. Tutorial yang disediakan sangat mudah untuk di ikuti. Test kali ini saya sediakan 4 helai blouse.
1 helai semasa FITV1
2 helai semasa FITV2
1 helai untuk FINAL
12m sehingga 18T
Pilihan Blouse atau top
add on gathered skirt
add on peplum skirt
add on sides pocket
Pilihan untuk lengan:
Normal Sleeve (short & long)
Tulip Sleeve (short & 3/4 long)
Ruffles Sleeve (short & long)
Butterfly Sleeve
Pengunaan kain:
Sesuai untuk semua jenis kain memeri seperti knit, lycra
Sesuai untk yang mula naj belajar menjahit blouse atau top
Pola dalam bentuk "Layered PDF" di mana puan-puan, kakak-kakak dan adik-adik boleh memilih satu saiz cetak, tampal gunting dan jahit.
Boleh join group support Sewing with IU/GWBM
Saya menerima pola ini sebagai ganjaran setelah menyelesaikan tugasan sebagai tester. Sekiranya berminat dengan pola blouse ini bolehlah klik Affiliates link saya ini.
https://iugwbm.com/product/amaya-top-blouse-upgraded/?wpam_id=134










