Wednesday, June 3, 2020

Aku dan Laksa

“السّلام عليكم”
peace be upon you
salam sejahtera


Laksa, biasa makan laksa Utara @ Penang. Homemade dari emak. TERBAIK!!

Laksa Johor? Pertama kali cuba tak berapa suka. :( mungkin sebab mengandung masa tu jadinya memang tak boleh terima dek tekak ini. Semenjak itu memang tak pernah terasa nak cuba Laksa Johor sehinggalah beberapa tahun lepas.

Bila dah suka, susah pulak nak dapat kan? kan? Lama nak buat sendiri dan akhirnya disebabkan #rayapkpb2020 maka terhasillah Laksa Johor ini. Resepi dari Kak Ngah dan google :) Ada beberapa bahan yang tak ada tapi di teruskan juga sebab tak nak bahan-bahan yang ada rosak.

Alhamdulillah, inilah Laksa Johor hasil tangan pertama kali.  

Simpan sini resepinya.

Bahan basah :)
500gm Ikan kembung / selayang atau parang (saya guna ikan kembung) 
250 gram Udang hidup 
4 sudu besar Udang kering - direndam dan dikisar
3inci x 3 inci ikan masin kurau  - direndam dan dikisar (tiada)

Bahan kisar:
2 biji Bawang besar 
6 ulas Bawang putih 
2 inci Halia 
3 batang Serai 
1 inci Lengkuas 

Lain-lain bahan :)
1 1/2 sudu teh rempah ketumbar disangai dan dikisar
1 sudu teh jintan manis disangai dan dikisar

3 sudu Rempah kari daging 
Cili kisar 1 senduk

Santan pekat 500 ml - seeloknya santan pure.
3 sudu besar Kerisik

daun kesum
bunga kantan
gula melaka
Garam dan perasa

Bahan-Bahann untuk Ulam:)
Taugeh
Daun kesum
Daun selasih
Kacang panjang
Timun

Cara-caranya:
  1. Rebus ikan, masukkan Asam keping dan serai. Kemudian asingkan isi ikan dan tulang dan kisar. Gunakan air rebusan untuk kisar ikan dan tulang ikan.
  2. Udang dibuang kulit bersihkan dan kisar. Kepala udang dan kulit udang boleh di buat stok jika mahu. 
  3. Ketepikan ikan dan udang yang telah dikisar
  4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukan cili tumis lagi sehingga naik bau dan masukan bancuhan serbuk kari dan Masukkan serbuk rempah biar hingga pecah minyak. Kemudian masukan isi ikan dan udang yang telah dikisar. Masukan asam keping, daun kesum bunga kantan, daun selasih dan biar mereneh seketika dan masukan air tulang ikan dan udang. Biar mendidih. Masukan santan dan kerisik. Akhir sekali perisakan dengan garam, dan gula.
  5. Hidangkan ikut suka :)



No comments: