Wednesday, May 20, 2009

Hutang Tag ngan Zana

Pertama sekali mohon maaf kat zana sebab lambat jawab tag nie. Jenuh mencari gambar lama entah mana-mana dah me sorokkan. So nak bayar hutang ni yer.

1. Nyatakan Siapa yang mengetag anda
  • of course Zana - seorang yang mudah mesra dan happy go lucky
2. Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka.....Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu;

Tadaaaaaaaa

Gambar nie masa umur berapa ek? Tak ingat la tapi rasanya dalam 4 - 5 tahun kot.

Ini sah-sah gambar masa Tadika.

Ini gambar ala-ala model gituuuuuuuuu. Masa ni umur 14 tahun bersama adik yang no 5. Memang tak de bakat jadi model. Kaku jer. Bab bergambar me memang fail. Amacam ada tokoh "Ibu Muda berkerjaya" tak?

Kenangan manis.
Nie acara marathon beraya di rumah kengkawan. Ini rumah terakhir rumah Cikgu. Nie masa form 1.
Rindu sesangat kat member-member lama nie. Ada yang still keep in touch ada yang MIA.

3. Senaraikan 5 (LIMA) kejadian menarik untuk di kongsikan sewaktu kecil (kemalangan, perkara yang memalukan dan sebagainya)

Pertama:

Tengok gambar yang 1st tu, Hah! ada story tuuuu. Masa kecil suka naik motor. Asal sesiapa turun daripada motor me pasti panjat motor tu. Akibatnya me dapat 2 parut kat betis. Dua-dua di betis sebelah kiri. Yang bestnya satu kena kat Penang dan satu lagi kat Melaka. Kira ada chop mohor daripada kampung my parent. Kih!Kih!Kih! Masa kena tu tahan jer la sakit takut nak bagitau kat mak kan? Takut kena marah la...

Kedua:

Me ni nampak jer diam tapi nakal gak. Nie masa Form 1, me tak suka matapelajaran Geografi. Entah tak tau pulak nape? Sebab Cikgunya kot. So setiap kali mata pelajaran nie me gi solat ngan dua tiga org best fren. Kebetulan matapelajaran nie selalu time Asar. Biasa solat tak sampai 10 minit kan. Oleh kerana tak suka me lepak kat surau lama skit. Akibatnya sekali tu kami kena denda ngan cikgu geografi tu berdiri kat luar kelas. Hua!Hua! Pastu kena sound ngan Ketua Tingkatan sebab me assistant dia tapi tunjuk teladan yang tak baik kat yang lain. Sapa nak jawab? Malu giler gak masa tu.

Ketiga:

Nie masa Form One gak. Kantoi ngan member abang tengah bercinta kat dalam library. Bercinta? Kwang!Kwang!Kwang! me tak de langsung hasrat nak bercinta. Sebenarnya just borak-borak dan discuss ngan member lelaki tu jer. Lagipun kalau nak bercinta tak kan dalam library kot. Mungkin sebab member tu bukan rakan sekelas so member abg tu pi bagitau kat my brother la. Sah balik sekolah kena warning ngan my brother. Aduh kecut perut di buatnyer. Lucu kan masa sekolah asal bercakap ngan kawan lelaki jer dah fikir buah hati. Padahal cuma kengkawan jer. Cukup tak puas hati masa tuu tapi sebab takut dan malas nak argue ngan my brother just biarkan jer telinga nie menanah ngan amukan dia.

Keempat:

Nie masa kat UITM, hampir-hampir lemas masa activiti something like Bina Semangat juga laa. Kena merentas tasik entah mcm mana boleh terlepas pegang tali yang disediakan. Oleh kerana terlalu cemas me grab jer faslitator kat situ sebab takut mati lemas. Wahal dah ada safety jacket. Pas tu teruk gak kena perli ngan kengkawan sbb dema kata me sesaja nak ambik kesempatan peluk faslitator tu.... Wakaka kalau faslitator tu muda belia tak pe gak. Ni bapak-bapak, tapi memang malu giler maklumla ramai kan masa tu.


Kelima:

Nie yang paling me ingat. Dulu masa Form 5 sekolah ada buat Kursus ala-ala Motivasi untuk pelajar-pelajar Form 5. Kalau tak silap semua sekolah area Kuala Lumpur terlibat. Masa tu kursus nie di adakan di Pusat Belia Antarabangsa. Best tau dapat kenal ramai member daripada sekolah lain. Seronok dan penat mengikuti activiti yang di anjurkan oleh pihak penganjur. Selama 5 hari penuh activiti. Pengalaman yang masih kemas tersimpan di ingatan. Apa tu? Ini la 1st time seumur hidup me tengok org kena rasuk. Life depan mata. Then berjangkit-jangkit daripada seorang ke seorang. Sesiapa je yang lemah semangat dan merenung ke mata peserta yang dah di rasuk tu nescaya akan berjangkit ke dia juga. Fuh! mahal sungguh pengalaman nie. Kecut perut di buatnya. Seram giler. Yang pasti me tak beritau kat mak perkara ni. Kenapa? Kalau mak tau sah-sah tak dapat kebenaran utk ikuti mana-mana kursus lagi.

4. Tag 10 kawan blog anda ....... pastikan mereka jawab!!!

Zana..... mcm mana nie? Tak tau nak tag sapa daaaaaaa.
Kalau rasa-rasa my follower ada yang suka jawab tag tolongla jawabkan yer.

5 comments:

Suzana Ikram said...

ina.. ada gak pic masa form 1. zalita, hajar. liza sume ada.. muda2 belia gitu. kenangankan.. klu bole nk balik2 ke masa dulu2.. seronok sgt.
pasal nk getag.. tu xpe la.. aku bagi kelongaran sikit. sbnrnye aku pon x suke nak getag org. coz aku pon malas nk wat tag2 yg ada... hehehe..
anyway thanx la.. ko dpt wat tag aku. insyaallah sok2 klu ko nk tag aku plak, pasti aku buat.

NORAZLINA YAAKOP said...

itula setelah habis ku selonggkar kat rumah mak aku. Iyala zana BEST kan zaman tu.

aku tak tau mau ngetag sapa. kalau setakat seorg dua bolehla ni 10 tau.

Anonymous said...

Infatuation casinos? indorse this advanced [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] disappear and comprise the function for the duration of a repel up online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also slow our additional [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] recant at http://freecasinogames2010.webs.com and prevail upon chairwoman compressed dough !
another one of a sympathetic [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] emplacement is www.ttittancasino.com , in regain a certain's salubrity german gamblers, survey onto unrestrained online casino bonus.

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]free casino games[/url] brake the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]las vegas casino[/url] unshackled no store perk at the foremost [url=http://www.baywatchcasino.com/]no lay down gratuity
[/url].

Anonymous said...

top [url=http://www.001casino.com/]casino bonus[/url] coincide the latest [url=http://www.realcazinoz.com/]free casino[/url] manumitted no store hand-out at the leading [url=http://www.baywatchcasino.com/]online casino
[/url].