Thursday, July 23, 2009
Tersentuh hati Mama
Tuesday, July 7, 2009
Sedih Sekali
Monday, July 6, 2009
Friday, July 3, 2009
Hari ini...
Ya... aku bersalin di hospital swata di mana ramai yang berkata doktor swasta biasala... sikit-sikit "ceaser" sebab nak charge lebih. Namun aku yakin Doktor Fauziah Hassan bukanlah gynae yang sebegitu.
- Hari ini aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia Nya aku menjadi ibu kepada seorang insan yang kami namakan "Aqeela Nurinna".
- Hari ini aku redha dan percaya bahawasanya apa yang di tuliskan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik buat umatnya. Dia MAHA MENGETAHUI.
- Hari ini aku yakin akulah insan yang paling bertuah di muka bumi ini atas kurnia ini.
- Hari ini aku berterima kasih yang tak terhingga kepada ibuku kerana melahirkan ku. Atas apa yang ibuku lalui 28 tahun lalu kini aku merasainya.
- Hari ini aku benar-benar mengerti apa ertinya "ibu"
- Hari ini 3 Julai 2009, Aqeela Nurinna berusia 7 tahun.


Aqeela berusia 2 bulan ketika ini
Berusia 8 bulan ketika ini
Juga sewaktu usia 8 bulan.

Ini sewaktu dia berumur 9 bulanMonday, June 29, 2009
Hari Ibu bapa dan Guru
Nie la Buku laporan kemajuan Aqeela. Covernya, plastik keras yang kalis air. Manakala dalamnya menggunakan plastik seperti clear holder yang kita simpan sijil-sijil kita tuuu.
Selama nie pun me memang tak pernah desak dia baca buku. Jadual hariannya agak padat maklumla sekolah cina, habis sekolah pukul 4.00 tentu dia keletihan kan? Cuma me selalu pastikan yang dia siapkan homework. Mesti punya waktu untuk dia bersantai main games dan tengok tv. Tak nak biarkan dia rasa alam persekolahan nie membosankan.
Wednesday, June 24, 2009
Extra Giveaway from Tote Boutique
Cik As begitu bermurah hati menambah hadiah giveaway yang di anjurkan sebelum nie. Kalau sebelum nie "nEffie's telekung Bag" sebagai hadiahnya. Kali nie "English rose tote" pula menjadi habuan kepada sesiapa yang dipilih secara random daripada RANDOM.ORG. Kira nasib dan rezeki juga la yer.
Mari mari mari.... kita terjah ke Tote Boutique untuk menimbunkan lagi penyertaan. Bila penyertaan semakin bertimbun pasti Cik As tambah lagi hadiah. Wakaka, Cik As silala tambah lagi hadiah.
Monday, June 22, 2009
Fadhilat Bulan Rejab
Masa begitu mencemburui kita. Pejam celik dah nak sampai ke bulan Rejab. Sempena menyambut kedatangan bulan REJAB(1 Rejab 1430) pada 24 June 2009 ini me nak kongsi sedikit info bersama-sama dengan rakan-rakan sekalian. Moga kita dapat menambahkan amal-ibadat kita pada bulan yang sangat di muliakan di dalam Islam.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:-
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)”
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Siratalmustaqim."
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Siratalmustaqim pada hari Kiamat."
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratalmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
"Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
nota: Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikanlan suapan, pakaian dan perbuatan kita. Insya Allah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya. Sesungguhnya kejayaan kita di Dunia dan Akhirat bergantung sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah S.W.T dan mengukuti jejak langkah yang ditunjuki oleh Baginda Rasul S.A.W.


