Tuesday, June 28, 2011

Kenduri Kesyukuran


Pada 16/4/2011, saya buat kenduri kesyukuran. Tak sangka tarikh yang dipilih ini sama dengan antara tarikh penting dalam hidup saya dan hubbie.


Lena dalam dakapan papa.


Hero papa, geng papa tapi tak boleh tinggalkan dia berdua dengan papa.

Dah cuba tinggalkan dia dengan papa gi shopping kat jalan TAR. Elok sampai jln TAR hubbie telefon suruh balik anak dah menanggis tak ingat punya. T
erpaksalah mama patah balik ambil dia. Ini budak suka jalan-jalan, mama sangkakan dia pasti tak suka berjalan sebab masa pregnan mama malas nak berjalan. Both of them (kakak & adik) mahu jadi my bodyguard la. Tak der chance nak solo. hihihi


Precious gift from ALLAH, Aqeela Nurinna, Aeilhan Nurmansiz


My ex-roomate masa kat ITM Perlis. Terima kasih Adlin & Yusri kerana meluangkan masa bersama kami.


Kumpulan Marhaban yang menyerikan dan memeriahkan majlis.


Aqeela Nurinna bergaya bersama jubah ala ala kelawar yang dijahit oleh mama. Menikmati makanan sambil melayan tetamu :)


Baju pengantin eceh eceh... iyala dia yang di raikan. Majlis ini merangkap majlis cukur jambul. Baju Melayu johor yang sempat mama jahit. Kiranya 1st projek jahitan selepas berehat @ berpantang.

Tuesday, June 21, 2011

Alhamdulillah...


Dah 5 bulan berlalu, hari ini baru nak update blog.

Untuk membakar semangat berblogging semula saya mulakan dengan publish gambar ahli baru dalam family kami.

Subhanallah syukur kehadrat Illahi atas kurniaan ini,

our lil baby boy Aeilhan Nurmansiz Bin Ab Shukor

Dilahirkan pada 3 Jan 2011 @ 9:27am secara EL LSCS
Berat : 3.26kg
Ketinggian/panjang : 53cm

*
*
*
*
*
*
*





Thank you ALLAH.

Semoga Aeilhan Nurmansiz menjadi anak yang soleh dan beriman. AMIN.

Sunday, January 2, 2011

Persiapan Menyambut Ahli Baru

Salam,

Masih belum terlambat untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU buat semua. Mudah-mudahan tahun 2011 lebih bererti buat kita semua. Mudah-mudahan tahun ni kita dapat memenuhi azam kita yang mungkin belum tercapai.

Tahun nie Insya Allah kami sekeluarga bakal menerima ahli baru dalam keluarga. Inilah punca dan sebab-sebab yang blog nie terlalu lama menyepi. Setelah persiapan ke sekolah Aqeela selesai saya sempatlah siapkan kelengkapan baby.

Kain bedung, Cloth diapers dan barut baby.

Nie pula sarung bantal dan sarung untuk comforter.

Sekarang nie tengah tunggu masa jer untuk melihat baby lahir ke dunia ini. Oleh kerana kehamilan kali ini mamanya begitu "Malas" maka ini sahajalah yang berjaya di siapkan walaupun pada awalnya begitu banyak impian yang ingin di jahit untuk bakal baby.

Thursday, October 7, 2010

Pinky Purple Pyjamas

Salam,

Pinky Purple Pyjamas hasil daripada pola yang dilukis hari tu saya menjahit satu lagi patern baju tidur untuk Aqeela. Kali ini baju tidur ini berkolar dan yang paling penting renda tetap menjadi hiasan untuk baju tidur ini. Saya suka sangat padanan renda purple dan kain pink ini. Tahun nie saya sempat juga menyiapkan 3 pasang baju tidur baru untuk Aqeela untuk menyambut hari lebaran walaupun di saat-saat akhir.

Now Aqeela dah malas nak pose untuk baju-baju yang mama dia jahit. Nie muka kena paksa nie. Saya berhasrat untuk menjahit beberapa pasang lagi baju tidur dan baju lain untuk Aqeela sebelum saya memulakan projek untuk menjahit keperluan menyambut orang baru dalam keluarga kami.

Thursday, September 30, 2010

Baju tidur lagi

Salam,

Setelah projek menjahit baju tidur berdasarkan pola yang sedia ada tidak menepati kesesuaian sipemakai maka saya terpaksa melukis pola berdasarkan ukuran badan Aqeela. Saya masih boleh menggunakan pola yang sedia ada tetapi kena buat "adjustment" di beberapa bahagian. Oleh kerana saya tidak mahu merenyahkan kerja saya maka saya guna sahaja ilmu yang saya dapati sewaktu belajar menjahit dulu untuk melakarkan pola yang lain.

Pola yang dilukis berdasarkan ukuran badan Aqeela
Pola ini pada dasarnya nampak agak besar. Dah macam saiz orang dewasa la pulak. Bila selesai menjahit dan Aqeela mencubanya dia amat berpuashati kerana pyjamas ini begitu selesa untuk dia pakai. Maklumla baju tidur nie kena la selesa kan barulah lena tidur malam.

Aqeela bergaya dengan baju tidur barunya.


Baju tidur Aqeela selalunya mesti sarat dengan renda. Saya memang suka guna renda untuk baju tidur. Baju nie simple sahaja saya hanya menggunakan renda sebagai hiasan leher dan bahagian "yoke" baju.

Wednesday, September 29, 2010

Sewing Pattern

Salam,

Patern ini dah beli lama, dalam bulan April. Beli dari blog ImPianIna. Aqeela semakin membesar jadi dah tibalah masanya untuk menukar koleksi baju tidur yang dia ada. Lagipun nak sambut raya kan so kenalah buat baju tidur baru untuk dia (projek bulan puasa nie).

Oleh itu barulah pattern ini saya keluarkan daripada kotak ajaib untuk memulakan operasi menjahit. Ini kali pertama saya menggunakan patern yang sedia ada untuk menjahit baju Aqeela. Ini adalah download pattern. Maka kerjanya agak renyah sedikit pada awal pembikinan baju ini.

Pertama sekali kena cantum-cantumkan patern dari kertas A4 menjadi satu pola yang lengkap. Oleh kerana saya tidak membaca arahan mencantum patern dengan teliti maka terdapat sedikit kesilapan dalam mencantum kertas-kertas A4 ini di mana saya mendapat pola patern yg lengkap tetapi ada bahagian-bahagian yang lari daripada margin. Apa nak buat salah sendiri tak baca arahan dengan betul.

Ini adalah patern asal :-

Nampak terletak dan cantik jer di pakai oleh si pemakai.

Inilah pulak hasil kerja saya :-




Saya potong pola ukuran mengikut saiz umur Aqeela tanpa membuat sebarang "adjustment" berkenaan dengan ukuran sebenar Aqeela. Nampaknya saya tidak boleh ikut 100% saiz pola yang disediakan. Bahagian kelengkang seluar dan lubang lengan agak sempit. Makanya baju tidur Aqeela yang berikutnya saya terpaksa melukis pola sendiri.

Ini satu lagi patern yang saya beli dari ImPianIna. Masih dalam kotak ajaib tak tau bila pulak nak guna pattern nie coz saiz patern nie totally lari daripada saiz Aqeela.

Friday, September 24, 2010

Raya ke 4 - Aktiviti Memancing

Salam,

My hubby kalau balik kampung tak senang duduk kalau tak pergi memancing. Kalau dah hobi tu tak boleh nak larang kan? Raya-raya pun nak pergi memancing. Tapi kali nie yang bestnyer saya pun ikut sekali. Bawa anak dan anak sedara sekali. Cadangnya nak berkelah atas rakit memancing (titi) bersama ngan biras saya sekali. Malangnya biras saya tak dapat join sebab anak kecik dia dah terlebih beraya perut dah meragam. So saya, Aqeela dan 2 orang anak sedara jer yang join aktiviti memancing dan berkelah di atas rakit memancing.

Selalu hubby dan adik2nya memancing atas bot tetapi kali nie dia ajak saya menikmati pemandangan tengah laut di atas rakit yang di sediakan untuk orang memancing. Saya sendiri tak tau kenapa saya boleh ikut saranan hubby hari tu. Bila dah naik bot baru saya terfikir kenapala saya ikut hubby gie memancing. Bila dah sampai kat Rakit Memancing dan duduk atas rakit tu lagi saya rasa napela saya boleh ikut dia org pergi memancing. Memancing nie benar-benar memerlukan kesabaran. Lama juga nak tunggu ikan makan umpan. Aduh.... sabar jer la kalau lepak kat rumah dah tentu saya dok bergolek kat atas sofa. Hehe saya memang asyik nak bergolek jer kebelakangan nie. Pantang ada peluang.


Atas bot on the way nak pergi Rakit tempat orang memancing.

Nie Pak Itam, yang selalu melayan karenah anak sedaranya pergi memancing. Setiap kali pulang kampung, hubby mesti ajak Pak itam dan adik-adik dia pergi memancing. Pak Itam nie dah jadi driver bot peribadi dia org. Rajin juga bapa sedara yang sorang nie melayan karenah anak2 sedara.

Inilah Rakit yang disediakan di tengah laut untuk orang-orang yang berminat memancing. Kalau nak memancing kat sini kena la bayar RM15 seorang. Bagi yang nak duduk jer atas rakit tu tak kena bayar rasanyer.

Para pemancing khusyuk memasang umpan. Tu pemancing paling muda kami. Beriya-iya dia nak memancing sampaikan masa nak naikkan joran nyaris dia yang terjatuh ke dalam laut tu.

Hubby orang yang pertama dapat ikan. Ikan kerisi (ikan nie favourite Aqeela, kalau masak taucu dia ajer la yang perabiskan)


Tangkapan yang kedua - Adik ipar dapat "Ikan Telinga Gajah" katanya. Bila memancing nie selalu gak dapat ikan-ikan yg jarang ada di pasar. (ikan nie sedap masak pindang) Oleh kerana kami nie tinggal di bandar maka ikan nie di hadiahkan kepada kami untuk di bawa pulang ke KL

Ikan-ikan yang seterusnya ikan gagok (ikan duri), dapat lebih kurang dalam 8 ekor dan seekor ikan gelama. Semua kami bawa balik KL. Kalau dah balik kampung tu tak sah kalau tak bawa balik ikan yang fresh2 nie.

Lihatlah aksi pemancing paling muda kami.

Berada di atas Rakit ini sambil melihat pemandangan laut yang terbentang luas ciptaan Allah S.W.T. terasa begitu nyaman meskipun sesekali terasa gayat dan takut apabila ombak beralun.

Inilah aksi-aksi pemancing. Rakit nie selalu penuh waktu malam. Biasa pemancing akan memancing dari malam hingga ke pagi. Maklumlah waktu malam tak der cahaya matahari macam time nie. Kami berada di sini cuma beberapa jam sahaja maklumlah bawa bebudak bila tak dapat bergerak bebas mulalah bosan.