Sunday, August 2, 2009

Seharusnya

Seharusnya atau sepatutnya entry ini me masukkan lama dulu. Kiranya nie dah basi ler yer! Ni cerita besday my doter. Aqeela request nak cup cake untuk besday dia. Nak bagi kat kengkawan kat sekolah. Selalunya me buat kek coklat untuk dia. Mungkin sebab teruja ngan dekorasi cup cake yang me selalu google kat internet buatkan dia teringin.

As a mother payah gak la nak penuhi keinginannya sebab me tak pernah buat cup cake sebelum nie. Keinginan untuk mempelajari ilmu menghias cup cake ngan Kak Jun tak kesampaian hari tu atas sebab yang tak dapat dielakkan. Walaubagaimanapun me usahakan untuk penuhi permintaan Aqeela.

Setelah puas google resepi dan dekorasi cup cake kat internet inilah hasilnya........




Nie antara dekorasi yang me buat. Sungguh tidak kreatif, just simple decoration jer. Ops! by the way yang nie bukan untuk classmate dan teacher class Aqeela. Foto Cup Cake untuk classmate dan teachers Aqeela tak tau kat mana me save. Nie Cup cake yang me decorate sehari selepas besday Aqeela. Me cuma buat decorasi aje. Kek nyer my sis buat. Anyway dekorasi cup cake Aqeela lebih kurang macam nie juga.

Me kena cari masa yang sesuai untuk mempelajari ilmu dekorasi nie.

PERMATA HATI - GIVEAWAY



Cantik kan Tote Bag nie? Hah! kalau ada yang berhajat ngan tote bag nie, silalah singgah ke rumah Cik As. Beg nie "PERCUMA" tau, tapi ada syaratnya untuk dapatkan secara percuma. Syaratnyer mudah jer cuma join "Giveaway yang di anjurkan. Kalau tak nak join, order jer ngan Cik As tapi tu bukan Free yer!!

Cik As sekali lagi menganjurkan "Giveaway". Kali nie giveaway nie diberi nama "PERMATA HATI". Hasil kreativiti Cik As selalunya tidak menghampakan. Me pasti semua pelanggan-pelanggan Cik As sungguh berpuas hati dengan Tote bag yang ditempah di TOTE BOUTIQUE.

Jom kita heboh-hebohkan "Giveaway" nie. Yang percuma sapa tak nak kan? Mesti ramai yang nak. So tunggu apa lagi jom klick sini

Thursday, July 23, 2009

Tersentuh hati Mama

Saya adalah manusia biasa..... Seorang wanita yang sentiasa ingin menjadi Mama yang terbaik buat anakku. Ada kalanya keletihan bekerja dan stress di pejabat buatkan saya terkhilaf peranan saya untuk my doter. Di waktu keletihan angin mula naik... dan tanpa sedar adakalanya Aqeela jadi mangsa. Opsss! actually bukan mangsa, tak terdetik pun di fikiran untuk meghamburkan rasa tension kepada dia. Cuma well kekadang karenah dia buat saya hilang sabar. Ya tau dia perlukan perhatian... so bila  kurang layan dia mulala ada jer benda yang dia buat supaya kita marah kat dia. Selalunya saya akan cuba sedaya upaya untuk tidak marah kat dia. Memang tak der perkara yang extreme yang dia buat yang bolehkan saya marah dia. Well entah macam mana 2 hari lepas saya marah kat dia. Tak tau nape bendanya kecil jer sebab dia leka buat homework. All this while me memang dah masak ngan perangai dia kalau nak siapkan homework memang ambil masa berjam-jam. Tapi hari tu rasa geramm sangat so saya pun mulala membebel. Lepas maghrib tetiba jer dia terbangkan sehelai kertas ala-ala kad gitu. Mulanya  ingat kerja sekolah dia sebab kat sekolah ada jer kerjatangan. So saya pun tanya apa tu? Tak tau jawab dia. So saya pun amikla kertas tu di mana tertera ayat-ayat cinta yang membuatkan hati seorang ibu tersentuh. Sensitifnyer............. Rasa nyesal lak sebab membebel kat dia.

Tuesday, July 7, 2009

Sedih Sekali

Saya suka simpan apa sahaja yang ada kenangan tersendiri. Masa bercinta, apa sahaja pemberian sidia (my hubbie la nie) akan disimpan. Percaya tak me simpan tiket-tiket wayang, plastic kit kat (isi dah baham). Kira sentimental value la tu. Entah mengapa dua tiga hari lepas teringin sekali menyelongkar harta-harta karun nie. Sedih sekali satu-satunya kad yang  sangat-sangat sayang telah rosak. Hancur hati ini. Bukan senang my hubbie nak buat kad nie.
Ini cover kad. Agak-agak boleh teka tak apa yang my hubby tulis tu?
Saya rasala bukan senang nak buat kerana ianya tentu ambil masa. Hubbie memang ada bakat dalam lukisan dan kreatif but then kalau nak suruh dia buat sekali lagi tak tau bila la boleh dapat.
Ini isi di dalam, adalah ayat-ayat cinta lain, tak leh nak share. Malu...... Yang nie apa dia tulis ek?
Kad nie berusia 12 tahun, special coz hasil kerjatangan hubbie. Ada kad yang lain tapi readymade from shop. Nyesal tak sudah sebab kad nie jadi macam nie.

Monday, July 6, 2009

Award Tanda Terima Kasih


Ambil award nie daripada Zana. Award tanda terima Zana kat kawan-kawan yang beri ucapan Selamat Hari Lahir dan Ulangtahun perkahwinan nya yang ke 8.

Friday, July 3, 2009

Hari ini...

Hari ini, 3 Julai 2002 adalah detik yang sangat bererti buatku. Masih ku ingat saat ini buat kali pertamanya aku merasai "sakit bersalin" yang sering di ceritakan oleh para ibu. Aku memang tiada masalah semasa mengandungkan bayi ku yang pertama ini. Namun entah mengapa bayi ini tidak mahu keluar seperti jangkaan doktor. Apa yang aku harapkan dan doakan agar aku dapat melahirkan bayi ku ini secara normal sama sekali tidak termakbul. Walaupun pada mulanya aku amat kecewa dan merasa terkilan namun aku tau apa yang doktor buat hanya untuk kebaikan kami 2 beranak.

Ya... aku bersalin di hospital swata di mana ramai yang berkata doktor swasta biasala... sikit-sikit "ceaser" sebab nak charge lebih. Namun aku yakin Doktor Fauziah Hassan bukanlah gynae yang sebegitu.

  • Hari ini aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia Nya aku menjadi ibu kepada seorang insan yang kami namakan "Aqeela Nurinna".
  • Hari ini aku redha dan percaya bahawasanya apa yang di tuliskan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik buat umatnya. Dia MAHA MENGETAHUI.
  • Hari ini aku yakin akulah insan yang paling bertuah di muka bumi ini atas kurnia ini.
  • Hari ini aku berterima kasih yang tak terhingga kepada ibuku kerana melahirkan ku. Atas apa yang ibuku lalui 28 tahun lalu kini aku merasainya.
  • Hari ini aku benar-benar mengerti apa ertinya "ibu"
  • Hari ini 3 Julai 2009, Aqeela Nurinna berusia 7 tahun.
SELAMAT HARI JADI SAYANG
Moga Aqeela terus menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga Allah sentiasa melindunginmu daripada segala perbuatan mungkar dan keji. Semoga Allah sentiasa membimbingmu ke jalan yang diredhai. Amin.

Aqeela sewaktu berusia beberapa hari.


Aqeela berusia 2 bulan ketika ini

Berusia 8 bulan ketika ini


Juga sewaktu usia 8 bulan.

Ini sewaktu dia berumur 9 bulan

Inilah racun dan penawar hidupku. Walaupun masa bersalin banyak pengalaman yang ku lalui yang membuatkan ku "trauma" namun pengalaman membesarkan Aqeela adalah yang paling mudah buatku. Cuma masa 2 bulan dalam pantang dia sering berjaga malam. Lepas tu percaya tak yang aku tak pernah bangun malam untuk menyusukannya. Dia akan tidur lena hingga ke pagi.


Monday, June 29, 2009

Hari Ibu bapa dan Guru

Last week kami gi sekolah Aqeela amik "report card". Waktu mengambil report card kat sekolah Aqeela bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 10:30 pagi. Macam biasa pagi tu kami hantar Aqeela ke sekolah dan terus amik giliran untuk amik report card. Masa tunggu giliran tu terdetik di hati bila tenggok kad laporan dia orang. Wow! dah canggih buku laporan kemajuan sekarang. Masa kita sekolah dulu cuma guna kad jer. "Zaman dah berubah, Dunia dah maju..."

Nie la Buku laporan kemajuan Aqeela. Covernya, plastik keras yang kalis air. Manakala dalamnya menggunakan plastik seperti clear holder yang kita simpan sijil-sijil kita tuuu.


Isi di dalam di print tak macam kita sekolah dulu guna pen merah dan biru. Kalau ada kertas tak lulus alamat "MERAH" tulisan dalam buku laporan tu.

Ini cuma butiran peribadi Aqeela jer.... Keputusannya biar la "Rahsia". he!he!

Sebagai ibu yang sentiasa menemaninya buat homework, me rasa puas hati dengan pencapaiannya. Masih panjang laluan yang harus Aqeela tempohi. Ini baru darjah satu kan? Tanggungjawab juga semakin mencabar. Kena banyak bertoleransi dengan dia. Me tak boleh berpuas hati sangat dengan apa yang dia perolehi hari ini kerana yang lebih mencabar menanti dia di hadapan. Iyala nama pun kanak-kanak dalam ingatan hanya ingat enjoy jer (tv dan main).

Selama nie pun me memang tak pernah desak dia baca buku. Jadual hariannya agak padat maklumla sekolah cina, habis sekolah pukul 4.00 tentu dia keletihan kan? Cuma me selalu pastikan yang dia siapkan homework. Mesti punya waktu untuk dia bersantai main games dan tengok tv. Tak nak biarkan dia rasa alam persekolahan nie membosankan.