Hari ini, 3 Julai 2002 adalah detik yang sangat bererti buatku. Masih ku ingat saat ini buat kali pertamanya aku merasai "sakit bersalin" yang sering di ceritakan oleh para ibu. Aku memang tiada masalah semasa mengandungkan bayi ku yang pertama ini. Namun entah mengapa bayi ini tidak mahu keluar seperti jangkaan doktor. Apa yang aku harapkan dan doakan agar aku dapat melahirkan bayi ku ini secara normal sama sekali tidak termakbul. Walaupun pada mulanya aku amat kecewa dan merasa terkilan namun aku tau apa yang doktor buat hanya untuk kebaikan kami 2 beranak.
Ya... aku bersalin di hospital swata di mana ramai yang berkata doktor swasta biasala... sikit-sikit "ceaser" sebab nak charge lebih. Namun aku yakin Doktor Fauziah Hassan bukanlah gynae yang sebegitu.
Hari ini aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia Nya aku menjadi ibu kepada seorang insan yang kami namakan"Aqeela Nurinna".
Hari ini aku redha dan percaya bahawasanya apa yang di tuliskan oleh Allah S.W.T adalah yang terbaik buat umatnya. Dia MAHA MENGETAHUI.
Hari ini aku yakin akulah insan yang paling bertuah di muka bumi ini atas kurnia ini.
Hari ini aku berterima kasih yang tak terhingga kepada ibuku kerana melahirkan ku. Atas apa yang ibuku lalui 28 tahun lalu kini aku merasainya.
Hari ini aku benar-benar mengerti apa ertinya "ibu"
Hari ini 3 Julai 2009, Aqeela Nurinna berusia 7 tahun.
SELAMAT HARI JADI SAYANG
Moga Aqeela terus menjadi anak yang baik dan solehah. Semoga Allah sentiasa melindunginmu daripada segala perbuatan mungkar dan keji. Semoga Allah sentiasa membimbingmu ke jalan yang diredhai. Amin.
Aqeela sewaktu berusia beberapa hari.
Aqeela berusia 2 bulan ketika ini
Berusia 8 bulan ketika ini
Juga sewaktu usia 8 bulan.
Ini sewaktu dia berumur 9 bulan
Inilah racun dan penawar hidupku. Walaupun masa bersalin banyak pengalaman yang ku lalui yang membuatkan ku "trauma" namun pengalaman membesarkan Aqeela adalah yang paling mudah buatku. Cuma masa 2 bulan dalam pantang dia sering berjaga malam. Lepas tu percaya tak yang aku tak pernah bangun malam untuk menyusukannya. Dia akan tidur lena hingga ke pagi.
Last week kami gi sekolah Aqeela amik "report card". Waktu mengambil report card kat sekolah Aqeela bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 10:30 pagi. Macam biasa pagi tu kami hantar Aqeela ke sekolah dan terus amik giliran untuk amik report card. Masa tunggu giliran tu terdetik di hati bila tenggok kad laporan dia orang. Wow! dah canggih buku laporan kemajuan sekarang. Masa kita sekolah dulu cuma guna kad jer. "Zaman dah berubah, Dunia dah maju..."
Nie la Buku laporan kemajuan Aqeela. Covernya, plastik keras yang kalis air. Manakala dalamnya menggunakan plastik seperti clear holder yang kita simpan sijil-sijil kita tuuu.
Isi di dalam di print tak macam kita sekolah dulu guna pen merah dan biru. Kalau ada kertas tak lulus alamat "MERAH" tulisan dalam buku laporan tu.
Ini cuma butiran peribadi Aqeela jer.... Keputusannya biar la "Rahsia". he!he!
Sebagai ibu yang sentiasa menemaninya buat homework, me rasa puas hati dengan pencapaiannya. Masih panjang laluan yang harus Aqeela tempohi. Ini baru darjah satu kan? Tanggungjawab juga semakin mencabar. Kena banyak bertoleransi dengan dia. Me tak boleh berpuas hati sangat dengan apa yang dia perolehi hari ini kerana yang lebih mencabar menanti dia di hadapan. Iyala nama pun kanak-kanak dalam ingatan hanya ingat enjoy jer (tv dan main).
Selama nie pun me memang tak pernah desak dia baca buku. Jadual hariannya agak padat maklumla sekolah cina, habis sekolah pukul 4.00 tentu dia keletihan kan? Cuma me selalu pastikan yang dia siapkan homework. Mesti punya waktu untuk dia bersantai main games dan tengok tv. Tak nak biarkan dia rasa alam persekolahan nie membosankan.
Cik As begitu bermurah hati menambah hadiah giveaway yang di anjurkan sebelum nie. Kalau sebelum nie "nEffie's telekung Bag"sebagai hadiahnya. Kali nie "English rose tote" pula menjadi habuan kepada sesiapa yang dipilih secara random daripada RANDOM.ORG. Kira nasib dan rezeki juga la yer.
Mari mari mari.... kita terjah ke Tote Boutique untuk menimbunkan lagi penyertaan. Bila penyertaan semakin bertimbun pasti Cik As tambah lagi hadiah. Wakaka, Cik As silala tambah lagi hadiah.
Inila beg nyer........ Cantik bukan? Bagi peminat gaya-gaya english nie jangan dok makan hati tengok beg nie. Terjah jer ke Tote Boutique. Bukan kena bayar pun just joint Giveaway nie.
Masa begitu mencemburui kita. Pejam celik dah nak sampai ke bulan Rejab. Sempena menyambut kedatangan bulan REJAB(1 Rejab 1430) pada 24 June 2009 ini me nak kongsi sedikit info bersama-sama dengan rakan-rakan sekalian. Moga kita dapat menambahkan amal-ibadat kita pada bulan yang sangat di muliakan di dalam Islam.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:-
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga."
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)”
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Siratalmustaqim."
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Siratalmustaqim pada hari Kiamat."
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Siratalmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
"Puasa pada awal Rejab, pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
Apabila kita meneliti kepelbagaian sumber yang ada di tangan ulama, didapati Rejab ada keistimewaannya tersendiri. Tidak hairanlah inti sari hadis “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
nota: Pencarian hakikat Rejab sebenarnya bermula dan berakhir dengan kesucian hati kita. Sucikanlan suapan, pakaian dan perbuatan kita. Insya Allah sinar keagungan Rejab mampu menjadi milik kita secara hakikatnya. Sesungguhnya kejayaan kita di Dunia dan Akhirat bergantung sejauh mana kita dapat mentaati perintah Allah S.W.T dan mengukuti jejak langkah yang ditunjuki oleh Baginda Rasul S.A.W.
1st time join gagal, eh! bukan gagal belum ada rezeki. Semua pun bergantung kepada rezeki kan?
Sukernye me join another Giveaway yang di anjurkan oleh Cik As dari "Tote Boutique". Ku cuba dan terus mencuba, mencapai impian, sungguh membakar jiwaku ini untuk memiliki beg ini.
Dah berangan dah.... kalaula ku dapat tentu malatop punya!
Cubala join klicknie dan terus mencuba jangan sesekali mengalah. Bila mencuba sesuatu, sekali kan la dengan niat suka-suka dan untuk memeriahkan giveway nie. So kalau tak dapat kita tak terus kecewa.