Wednesday, November 11, 2009

Lagi gambar kat PD


Pemandangan nie di ambil dari bilik kami. Tenangkan minda dan jiwa bila berada di kejauhan kota.


bergambar bersama Aqeela di balkoni




Agaknyer sebab kami dapat bilik oo7 (bilik James Bond) tu la pasal lambat sangat dia org nak bagi kunci kat kami. Takut nanti James Bond nak check in tak der bilik dah....


Kalau next time nak pergi amik la bilik yang mengadap laut. Mesti syiok!!!!!!!!!!! Forsure boleh memancing daripada balkoni bilik jer.


Perodua Sales - Putrajaya Staff Trip

Last year Perodua buat trip ke Damai Laut. Trip kali nie ke Port Dickson 2hari 1 malam. Pagi Sabtu (7 Nov 09) kami kenala ikut hubbie ke tempat kerja coz kami stay kat Bangsar then Showroom hubbie kat Putrajaya. Tak kan nak suruh hubby patah balik kan? Biasanya trip or apa jer yg berkaitan dengan "vacation" kanak-kanak la paling excited. Aqeela suka sangat sampai sanggup batalkan penyertaan dalam acara pakaian beragam di Konsert sekolah malam 7 November hari tu.

Well kali ni trip pergi sendiri-sendiri. Tiada konvoi macam last year. Entah hubbie ikut jalan mana me tak tau la. Me bab jalan memang fail. On the way me nampak syurga kain so me pun ajakla hubbie singgah. sempat juga sambar kain cotton. Tapi lum tau nak buat apa. Nasib baik juga la waktu tu dah pukul 12.30 kalau tidak mau me round satu kedai ke satu kedai.

Kami sampai PD pukul 1.15pm dan mengikut rakan-rakan hubbie yang lain dah boleh check in. So kami pun terus check in malang sungguh service Hotel tersebut tak macam hotel 5 bintang yang sepatutnya.Muka bengang hubbie dan Aqeela masa tunggu untuk dapatkan kunci bilik

Pemandangan dalam bilik

Pemandangan dari bilik yang kami nginap untuk malam itu



Oleh kerana tiada aktiviti yang di sediakan maka Aqeela berendam di kolam renang aje la. Itupun dia tak puas berendam. Papa dia sibuk suruh dia naik cepat sebab kena berkumpul kat lobby kul 7.30 untuk gi makan malam.


Monday, October 19, 2009

Silalah jamu selera

Wah! lama sungguh me tak update blog nie. Dah bersawang dah.

Hari nie penghujung Syawal. Masih ada lagi kah yang belum sempat beraya ke rumah sanak saudara maupun sahabat handai? Erm! me la tu.... Kalau bab sanak saudara sebelah JB memang sudah di terjah semuanya. Cuma kat KL nie banyak gak rumah member-member yang tak kesampaian untuk di lawati. Untuk Mama Hanie kita beraya thru email, phone & sms je yer!

Buat sahabat-sahabat yang tak berpeluang bertamu ke rumah ku sila la menjamu selera ngan kuih-muih yang sempat me buat Syawal kali nie.

Ini biskut yang Wajib di buat setiap tahun - ALMOND LONDON


Biskut Mazola nie memang favourite my family. Kalau boleh memang setiap tahun kena buat biskut nie tapi kekadang tu me ngelat jugala sebab nak cuba buat kuih yang lain.


Biskut Makmur - pernah beli sekali kat food court Bangsar, tertawan ngan intinya yang ranggup. Puas cuba dan google resepi yang ada kat tenet. At last tahun nie me berjaya buat makmur yang intinya ranggup tak berderai macam dulu-dulu nyer resepi tu la. Actually inti yang ranggup atau berderai dua-dua pun sedap.

Biskut Nestum - first time buat. Request from my sister. Nasib baik rasanya sedap. Erm! kalau sedap forsure yang tu lesap dulu la yer.

TART NENAS - Kali nie me buat tart yang betul-betul bentuk nenas.


Nie pun 1st time buat. Walaupun rupanya tak cantik tapi rasanyer sedap gak. Maybe sebab me suka coklat so semua yang ada coklat sedap jer. Biskut nie namanyer "Coklat Delight" sepatutnya ada decoration ngan white coklat tapi dah agak keletihan maka me biarka jer kosong. Ada tetamu yang kata biskut nie tart coklat. Apa-apa je la yer.

So ada sesapa nak order leh la order. Open for next year. Wakaka........ hopefully la me boleh manage masa next year untuk bisnes kuih. Dah 3 tahun me stop berniaga biskut untuk raya nie.

Sunday, September 20, 2009

Salam Aidilfitri

Berakhir la sudah Ramadhan
Sebulan berpuasa
SEMOGA KITA TERUS ISTIQAMAH MELAKUKAN AMAL SOLEH


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAAF ZAHIR DAN BATIN DI ATAS SEGALA KESILAPAN DAN KEKHILAFAN SAMA ADA DISENGAJAKAN ATAU TIDAK
SEMOGA SYAWAL TAHUN INI MEMBAWA 1001 KEINSAFAN DAN KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA

- Untuk ayah-ayah ~ Memandula dengan berhemah
- Untuk ibu-ibu ~ sudah-sudahla bershopping
- Untuk anak-anak ~ jangan main mercun

Wednesday, September 16, 2009

Persediaan Menyambut Syawal

Puasa belum tamat lagi.........

Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya, cepat sungguh masa berlalu. Saat ini pasti ramai sedang membelek-belek check list masing-masing kan?

Kepada yg sudah lengkap membeli kelengkapan barang2 untuk menyambut raya, tahniah sesungguhnya anda merupakan orang yang pandai membuat perancangan. Huhu not like me..... Persediaan Syawal yang belum atau mungkin tak tau dapat di bereskan atau tidak:

  1. Baju kurung Aqeela - dah siap tapi ada hati nak jahit blink-blink so tak tau bila boleh siap
  2. Baju raya me - harap-harap boleh siap malam nie.
  3. Baju Melayu hubbie - biasa beli kat bazaar ramadhan malam raya (tunggu lelong). Kalau nasib baik dapat la kaler sedondong kalau tidak? "pikir la sendiri"
  4. Baju raya Aqeela - beres (nampak gayanyer tak der baju tidur baru untuk Aqeela)
  5. Kuih raya - dah settle, cuma nak buat kek kukus jer sebiji
Nih semua belum settle tetiba terfikir lak nak jahit langsir sempat ke? Huahua.........

Friday, August 21, 2009

Jom tambah Amal Ibadah


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Ramadhan muncul lagi. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia daripada NYA sekali lagi kita berkesempatan dan di beri peluang untuk merebut ganjaran yang telah disediakanNya.

Syukur, kepada Allah SWT dengan izin NYA, kita mengecapi nikmat iman dan Islam
Syukur, Allah mengurniakan kita satu bulan yang penuh barakah
Syukur, Allah jadikan padanya satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan
Syukur, Allah naungi kita dengan RAHMAT dan HIDAYAHNYA
Syukur, Allah pertemukan lagi kita dengan bulan yang mulia ini
RAMADHAN AL-MUBARAK

ALHAMDULILLAH

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan kepada seluruh umat Islam umumya dan pembaca blog saya khususnya, Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian, dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua.

Semoga Ramadhan kali ini dapat mengekalkan diri kita untuk menjadi golongan orang² yang muttaqin ( memiliki hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T)

Amin.

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

1. Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2. Bulan penuh keberkatan
3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6. Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7. Bulan menambah rezeki
8. Bulan keampunan:
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa
- 10 hari pertama adalah mulanya Rahmat
- 10 hari pertengahan, pengampunan
- 10 hari terakhir, kemerdekaan api neraka

AMALAN-AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadhan
2. Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi supaya dapat bangun malam
3. Berazam menunaikan Terawih
4. Bertadarus
5. sahur di waktu akhir
6. Kurangkan tidur
7. Tunaikan Solat Dhuha
8. Jaga pacaindera
9. berbuat baik kepada ibu bapa
10. Hadiri majlis ilmu
11. Elakkan berbelanja berlebihan
12. Tingkatkan kesabaran
13. Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
14. Mengeluarkan zakat fitrah

** Banyak lagi amalan-amalan yang boleh kita buat untuk tingkatkan Amal ibadah kita. Buatlah sebarapa banyak yang kita mampu.

Thursday, August 13, 2009

Tawaran Hebat Hanya di RAMADHAN

Bulan Ramadhan hampir tiba, kalau lihat sekeliling kita terlalu banyak gedung-gedung membeli belah membuat jualan hebat.Sana sales sini sales bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelma. Bahkan ramai antara kita dari awal bulan Rejab lagi dah sibuk cari kain untuk hantar ke tukang jahit kan? Iyala kalau time cam gini memang dah tak der lagi tukang jahit yang nak terima kain tempahan lagi dah.

Bulan nie (RAMADHAN) memang ada banyak betul aktivitinyer kan? Tak caya tengok la awal ramadhan nanti kawasan Jalan TAR sure sesak giler. Sibuk ngan bazaar-bazaar ramadhan. Apapun yang kita lakukan biarla berpada-pada yer. Okla me nak kongsi TAWARAN YANG PALING HANGAT SEKALI sempena bulan yang mulia ini.


Harap kita sama-sama dapat mengejar tawaran ini yang hanya datang setahun sekali. Kalau sales setahun berkali-kali kan?

** Actually nie email daripada seorang sahabat. Tawaran yang menarik harus dikongsi bersama kan?