Friday, June 19, 2009

Ku cuba dan terus mencuba

1st time join gagal, eh! bukan gagal belum ada rezeki. Semua pun bergantung kepada rezeki kan?

Sukernye me join another Giveaway yang di anjurkan oleh Cik As dari "Tote Boutique". Ku cuba dan terus mencuba, mencapai impian, sungguh membakar jiwaku ini untuk memiliki beg ini.


Dah berangan dah.... kalaula ku dapat tentu malatop punya!


Cubala join klick nie dan terus mencuba jangan sesekali mengalah. Bila mencuba sesuatu, sekali kan la dengan niat suka-suka dan untuk memeriahkan giveway nie. So kalau tak dapat kita tak terus kecewa.

zhaneez-craft


Sesungguhnya bila join Giveaway nie sure nak menang kan? Walaupun me tau kebarangkalian untuk menang amatla sukar kerana pasti ramai yang berlumba-lumba untuk memenanginya. Namun me tetap mau join juga. Me kena yakin bahawasanya suatu ketika nanti pasti me berjaya merangkul "Hadiah Giveaway". Semangat!

Jom...jom....jom... kita heboh heboh bersama-sama kasik happening kat sini http://zhaneez-craft.blogspot.com/


Berkongsi Info

Selama nie ramai ibu bapa yang akan menghabiskan makanan anak-anak kan? Bukan apa sayang membazir apatah lagi makanan kan? Apa kata kita amalkan yang ni pulak, suruh anak-anak pulak menghabiskan makanan kita. Marila sama-sama kita kongsi info berguna ini.

Cara Habiskan Sisa Makanan

Antara Motivasi yang di tulis oleh Dr.Fadhilah Kamsah:-

Masa saya kecik-kecik dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan…dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah, mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa, mesti ada sikit belen.

Secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu …Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan….belen makanan mak atau abah…

tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan…

kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain…

samada kami perasan atau tidak, so satu hari tu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri (arwah tok perempuan kami lah sebelah abah)

Mak kata : " Supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak"

dan saya sendiri akui kesannya, makin umur meningkat, hati kita sentiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer la. Namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan, dah ada anak sendiri esok "Jangan sesekali makan lebihan makanan anak"
samalah ceritanya

dan mak kata juga:

"Pagi-pagi Jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua, dia akan SELAWAT 3 X dan berdoa semoga kami selamat pergi dan balik.

dan guru saya pesan:

antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka

Solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib. Kalau ada lebih daripada sorang anak, suruh sorang azan dan sorang Qamat, kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat…

Ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang, saya personnally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah magrib dengan mak abah secara praktiknya. Inila yang paling paling paling berkesan sekali. Tak caya try buat, solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib. Dapat semua waktu lagi baik, sangat besar "RAHSIA" dan peranan dapur rupa-rupanya dan jugak solat jamaah walau hanya bagi waktu magrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari, tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita"

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri dan family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So, it ‘ s good if we can remind each other because in Rasulullah ‘ s last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.

Do impart this knowledge; you ‘ ll lose nothing. Wallahu A ‘ lam…

Thursday, June 11, 2009

Cuti Sekolah

Cuti sekolah semakin hampir ke penghujung nyer. Activiti cuti sekolah tak ke mana pun. Kami sekeluarga balik kampung hubbie, Kg Kuala Masai, JB. Cadangan kami pada awalnyer nak pi vacation celebrate our 8th Annivesary. But then me rasa dan fikir nyer fikir daripada spend utk vacation ada la baik jenguk orang tua di kampung kan? Sian my hubbie jarang balik kg jenguk mak abah dan adik beradiknyer. Me hari-hari jumpa mak dan abah. So bagi chance laaa....

Ramai gak antara kita yang rasa bila nak balik rumah mertua tu macam berat jer kan? Adatla tu. Ramai rasa mertua tak sama macam ibu bapa sendiri kan. For me sama jer just love them the way me love my parent. Mak mertua kuat membebel? Biasala nama pun mak kan? Oleh kerana my mum pun kuat membebel so me tak rasa heavy sangat la bebelan mertua. Cuma satu jer walaupun dah 8 tahun kawin bila balik kampung still rasa kekok bab nak masak-masak nie. Iyala selera kita tak sama ngan selera dia orang kan. So selalunyer MIL atau ipar duai je yang masak. Nie jer yang buat me rasa tak sedap hati laaa. Lain-lain ok jer la.

Activiti kat kampung kali nie pi kenduri kawin dan next day kami pi mandi-manda di tepi pantai. Kalau hubby plan awal-awal ngan adik beradik nyer sure seronok kami berpicnic. The more the meriah gitu kan? Apa pun at least kami dah tunaikan keinginan Aqeela untuk bercuti.



Inila destinasi percutian kami


Walaupun destinasi percutian berada dalam negeri yang sama, namun perjalanan mengambil masa macam KL ke Port dickson gak. Pemandangan sepanjang perjalanan begitu menenangkan fikiran.

Sampai je kami terus buka bekalan sudah kelaparan gamaknya. Manakala anak-anak dah terlampau teruja terus nak berendam. Sayang sekali hanya MIL, SIL dan anak-anak dia jer ikut serta. Maklumla picnic yang tidak di rancang betul-betul. Cuti cuma budak sekolah jer kan. Kalau tidak dengan anak sedara hubbie yang ramai serta adik beradik nyer yang 5 orang lagi berkumpul sure gamat jadiknya.

Inila aksi-aksi anak dan anak sedara ku. Nama pun kanak-kanak walaupun cuaca panas terik mereka seronok bermain laut. Tak di hiraukan panas terik yang boleh menyebabkan kulit mereka kena "sun burn". Bagi mereka yang penting enjoy.

Hubbie memang suka ambil gambar pemandangan. Gambar pokok, gambar pasir, gambar laut macam-macam la. Nasib baik la sekarang Kamera digital kan, kalau dulu mau bergulung-gulung kodak nak kena beli coz dia main snap sesuka hatinya saja. Me pun suka sangat tengok pemandangan laut nie. Luas, tenang hilang semua masalah kejap.

Well Johor ada banyak tempat yang menarik untuk di lawati. May be next time boleh gi tempat lain pulak la.

Jawab Tag

Lamanyer menyepi..............
Maklumla cuti sekolah

Lagi tugasan daripada zana.... Me cuti-cuti M'sia tu yg lambat jwb tag nie. Me always 1001 alasan.

Inilah tugas nyer :-

1. Ambil gambar keychain yang ada pada kunci kereta/motor/van/lori atau apa-apa sahaja kenderaan. (kunci rumah/office tak aci ok)

Zana... ini kunci kere
ta nyer.......................

2. Buat ulasan lanjut tentang keychain korang.

Gambar nie kunci kereta kelisa milik bersama me dan my hubby. Wakaka... kereta nie nama jer nama me tapi tak pernah drive pun. Penakut sangat tapi keinginan memandu tu tinggi.

Key chain nie selalu bertukar-tukar tapi yang selalu ada kat kunci kereta ni yang nie la. Key Chain yang bentuk kunci tu kami beli masa makan ada orang jual untuk OKU nyer. Hubby rasa key chain tu unik tu yang dia beli tu. Kiranya menyelam sambill minum air la.

2.Nyatakan juga jika ada memori atau kenangan indah pada keychain tersebut.

Kenangan???? Tak der makna nyer......tak der la kenangan yang menusuk kalbu pun. Sesuka jer letak key chain nie. Me ada key chain yang lain yang lagi menarik tapi agak berat tak sesuai letak sekali ngan kunci kereta. Kebanyakan key chain nie hadiah dpd kengkawan sebagai cenderahati masa dia orang pi holiday.

Zana........

Siap dah tag yang simple nie. Now me nak tag sapa ekk? Kita putar lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Kengkawan jawab ler tag nie senang sangat.

Wednesday, May 27, 2009

Penangan Klip Chomel

Me asyik dok igaukan hairclip giveaway chomelcraft. Huh! tak senang duduk nampaknya. Maka itu me pun buatla ssesuatu untuk release me nyer angau nie. Taa... da... my flower crochet with leave. Tapi nie bukan hairclip chomel tu. Hu!Hu! just flower crochet.

Tuesday, May 26, 2009

Giveaway Chomel, Memang Chomel


Giveaway nie untuk yang chomel-chomel sahaja. Sesiapa rasa diri tu chomel marila join giveaway nie. Berbaloi-baloi. Mula malas nak join giveaway nie sbb selalu tak bernasib baik. Frust woooooo. Tapi malam ku dok igaukan hairclip chomel nie, siang ku asyik maracau kat hairclip chomel nie. Hari nie tangan ku gatal sesangat rasa macam nak dapat hairclip chomel nie. Teruja beb tak boleh tahan. Jijah, bagi menang la yer.

Kawan-kawan ku yang memang Chomel-Chomel belaka mari jengah ke ChomelCraft. Tak menang tak pe janji kita memeriahkan giveaway nie. Tanda sokongan kat rakan-rakan sekraft (ada ke ayat ni?)