Wednesday, March 18, 2009

Maya Giveaway


Bestnya! Maya buat giveaway for her 500th entry. Nak cuba jugala join this giveaway. Suka sangat tengok hasil kreativiti Maya. Bila yer saya boleh jadi sekreatif Maya? Apa saja yang dia buat sesungguhnya membuatkan saya "Jatuh Hati". Tak percaya? Hah kalau tak percaya.... apa lagi jengukla di sini My CrazyArtZone Teruja tak?

Thursday, March 12, 2009

Pyjamas - Peasant Style

First of all thanks to Mamahanie atas promosi and recommendation baik punya kat officemate dia. Kali ni saya terima tempahan untuk jahit pyjamas untuk customer sebelum nie. Pattern kali nie simple jer Peasant blouse tapi tidak menggunakan getah di bahagian leher. Harap-harap Ina dan gegirl dia suka dengan pyjamas nie.

Thursday, February 19, 2009

Trying My Luck for Jajakraf give away


Shirt shape box nie buat me teruja nak join this contest. Manala tau kan? Bak kata pepatah Tuah ayam nampak di kaki tuah kita siapa yang tau kan? Selama nie just silent reader and silent visitor jer. Selain itu hadiah dalam box nie pun buatkan me teruja sesangat. Nak tau apa hadiah nya?
Hah! apa lagi jom pi jenguk JajaKraf.Com

Tuesday, February 3, 2009

Aqeela ke Sekolah

Salam....

Entry nie agak dah basi. Sudah sebulan sekolah bermula kan? Apa boleh buat PC saya still KO saya tak boleh tranfer foto daripada Hand Phone hubby ke Thumb Drive saya. Tak kan nak guna hp hubby bawa ke ofis kan? Well masa berlalu begitu cepat sekali. Rasa macam baru jer saya melahirkan Aqeela tau tau dah masuk sekolah.


Hari orientasi pada 2 January 2009 memang buat saya blur sungguh. Pertama kali melalui detik menghantar anak ke sekolah. Melalui pengalaman yang bermakna buat seorang ibu. Makin sibuk la rutin harian ku. Pagi kena siapkan bekalan untuk Aqeela dan malam kena temankan atau monitor dia buat kerja sekolah.



Hari pertama for sure Aqeela nervous dan belum dapat kawan lagi. Sebenarnya Mama dia yang over nervous sebab Aqeela pergi chinese School. Memang blur giler coz cikgu fully berbahasa cina dengan student dan aku memang tak faham satu apa pun. Itu yang buat aku lagi bertambah risau takut Aqeela tak boleh catch up atau tak faham. Aqeela nie from kindergarden lagi bila tanya kat dia macam mana sekolah? Macam mana exam? Jawapan dia OK @ fine. So far pencapaian dia dalam akademik amat memuaskan. Sesuai dengan makna disebalik nama yang diberikan Aqeela - Cerdas, Bijak dan Nurinna - Cahaya.

Harapan ku moga dia enjoy dengan alam persekolahannya serta rajin ke sekolah seperti masa dia di Tadika.


Thursday, January 8, 2009

Pyjamas

Baru nie buat pyjamas atas permintaan kawan melalui kawan. Permintaan nie di buat masa nak raya hari tu. So sorry sebab tak sempat buat masa raya. Actually me tak berani nak jahit baju orang since masih dalam proses pembelajaran dan banyak lagi skill dan teknik yang perlu dipelajari. But then my fren keep on asking. So digagahkan juga utk siapkan pyjamas nie untuk tidak menghampakan mereka. Guess what!! Memang rasa tak sedap hati, risau dan pelbagai perasaan melanda. Takut tak kena dengan citarasa mereka.
Patern nie ala2 patern baju tidur Aqeela yg sebelum nie cuma bezanya di tepi tulang butang tiada renda dan lengannya beropol.

Pyjamas yellow hello kitty nie utk (size 2-3 tahun). Sewaktu menjahit pyjamas nie Aqeela dok tanya siapa punya baju. Dia berkenan tu.

Yang nie ada renda di bahagian dada tapi rendanya tak nampak. Mungkin sebab warna senada kot. Next time kena guna renda warna yang contrast.

Ini untuk umur 7 - 8 tahun. Ini pun Aqeela dok berkenan. Actually ada beli kain design hello kitty nie kat dia tapi still dalam storage box. Belum ada idea nak buat pyjamas patern apa. Maka terperapla material tersebut.

Material dan design ikut citarasa ku.

Hopefully kedua-dua pyjamas nie muat dan sesuai dengan anak-anak mereka. For Sham & Ina sorry for the delay. Hopefully you all puas hati.

Wednesday, November 26, 2008

Family Day Perodua-Putrajaya Branch

Hai... Lama sungguh tak update blog nie. PC kat rumah problem. Sampai la nie tak ok lagi. Selalu jenguk jer blog nie. Hari nie rasa nak sangat update blog nie so me guna PC kat ofis curi tulang jap.



Ni acara family day yang dianjurkan oleh warga kerja Perodua Putrajaya tempat kerja my hubbie. Ini la pertama kali kami sekeluarga berpeluang menyertai acara nie. Sebelum nie tak der pun acara nie. Most of the company buat acara utk staff jer. Inila satu2 nya company yang anjurkan activiti family day nie. Walaupun tak sehebat mana but still we all enjoy. Yang paling teruja dan gembira Aqeela dan kanak-kanak.



Kami berolak ke Damai laut pada 8 Nov 2008. (dah basi ek??) Berkumpul di Showroom sbb nak bertolak secara konvoi ke sana. Ada dlm 9 biji kereta masa tu. Perjalanan agak jauh dan sampai gak ketahap yg membosankan. Mana tak terasa lama sangat dalam kereta. Namun begitu sebaik sampai tempat yang dituju hilang segala kepenatan terasa sunguh menyamankan. Really loves the location.




PEMANDANGAN LALUAN KE PANTAI



PEMANDANGAN DI KOLAM RENANG

PEMANDANGAN DI PANTAI


ACARA BOLA SEPAK PANTAI



ACARA TARIK TALI ISTERI-ISTERI STAFF DENGAN ADMIN STAFF



BERSEDIA UNTUK ACARA TARIK TALI ANTARA SALESMAN


SAMPAI BEGITU SEKALI HUBBIE KU MENARIK TALI PADAHAL BUKANNYA ADA HADIAH PUN. APA PUN SEMANGAT KESUKANAN TU PENTING.

BARBEQUE DI PANTAI

CENDERAHATI DARIPADA PENGANJUR


SEMPAT LAGI MAIN BOLA KAT POOL SEBELUM CHECK OUT

KENANGAN FAMILY DAY - PERODUA PUTRAYAJAYA 2008

Tuesday, November 11, 2008

Valuable Gift

I received this greeting this afternoon. Morning she already wish me yet she still feel that she wanna give me something. She is my precious gift I ever had. She means everything to me.


Yup today is my birthday. Kejap jer masa berlalu. Teringat masa kecil dulu always fikir bila nak dewasa... nak kerja...nak beli baju cantik-cantik... nak beli barang2 branded dan macam-macam... bila lepas umur 21 then I realised alamak time flies so fast. Yet so many things yang tak tercapai lagi and now I really MISS my childhood time. Rugi ek? So kids better enjoy your life now. Bila grown up pening kepala macam-macam nak fikir.

As usual didn't expect anything from my hubbie. Really faham situasi kami sekarang nie. As long as dia ingat tarikh-tarikh penting kami berdua itu dah cukup bernilai buat ku jika dibandingkan intan permata atau barangan berharga di luar sana kan? Of course kalau ada still better rite? He!he! still ada thought of materialistic. I won't blame him for that. 7 tahun harungi suka duka bersama. Pelbagai dugaan kami terima satu persatu dengan redha. Sentiasa berdoa agar Allah tabahkan hati dan kuatkan imam kami dalam mengharungi semua cubaan daripada NYA dalam melayari kehidupan berumahtangga ini.