Wednesday, November 2, 2022

MAK

 بسم الله الرحمن الرحيم


Datanglah apabila Mak memanggilmu hari ini kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. 
Jagalah Hatinya. 

Jangan sakiti Mak,
Mak sakit ketika melahirkan kita tapi Mak gembira.

Jangan sakiti Mak,
Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. 

Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.

Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi Maklah yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya.

Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.

Ya, tiada Mak yang sempurna

" Menjadi seorang Mak bererti anda belajar tentang kekuatan yang anda tidak tahu telah memilikinya." 


Monday, November 16, 2020

MONDAY

                          بسم الله الرحمن الرحيم


Setiap hari adalah sangat indah untuk kita lalui mengikut aturan Allahu Ya Bariq. Namun ramai yang suka jadikan اثنين sebagai Monday Blues

Bila minda selalu berfikir bahawa Isnin = Monday Blues maka seluruh angota menjadi malas apabila tibanya hari Isnin.

Mari kita tukar rasa Monday Blues itu kepada hari baru dalam minggu baru yang penuh 1001 keindahan.

Ya, dalam Islam Isnin banyak kelebihannya :

Copy Paste dari yang bijaksana,

Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasullulah s.a.w. ditanya sahabat tentang kelaziman baginda berpuasa pada setiap isnin.
Maka Baginda bersabda: " Padanya Aku dilahirkan dan padanya Wahyu yang pertama diturunkan".

Hari Isnin adalah hari Pelayaran dan Perniagaan. 
Oleh yang demikian bagi sesiapa yang ingin berlayar atau yang ingin membuat perjalanan, maka seelok-eloknya lakukanlah pada hari Isnin.

Selain dari itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada Isnin. Abu Hurairah meriwatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda: "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t. pada hari Isnin dan hari Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku dihadapan Allah s.w.t pada ketika aku berpuasa".(Riwayat Imam Termidzi).

Peristiwa Yang Berlaku Pada hari Isnin.
1. Nabi Idris a.s. naik ke langit.
2. Nabi Musa a.s.  telah pergi ke bukit Thursina, untuk menerima wahyu.
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah s.w.t.
4. Lahirnya Nabi Muhamad s.a.w.
5. Malaikat Jibrail turun buat pertama kaliya bertemu dengan Baginda Rasulullah.
6. Wafatnya Baginda Rasullullah s.a.w.



11112020

بسم الله الرحمن الرحيم


 Ya Allah!

Rasa kesyukuran aku terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu ini, pada hari ini aku zahirkan dengan penuh kehambaan. Aku bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.


Ya Allah!

Bersempena sambutan hari lahir aku hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapaku yang telah melahirkan dan membesarkan aku,

Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan emakku Norsiah Binti Ahmad ketika melahirkan aku dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan abahku Yaakop Bin Othman ketika membesarkan aku dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.


Ya Allah! 

Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah aku dengan hidayah dan taufik Mu agar aku tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah aku menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.


Ya Allah, Ya Bariq

Allahhuma Ya Bariq, Allah yang Maha mengurus, yang maha mengatur, yang maha mentadbirkan. Ya Allah, aku serahkan urusan hidupku, anak-anakku, suamiku  dan seluruh kehidupanku untuk di aturkan oleh Mu Ya Allah, untuk diuruskan oleh Mu Ya Allah. 

Monday, July 27, 2020

New Norm School day 22 Jul 2020





Alhamdulillah, Hari ini anak-anak tahun 1-3 dah boleh mula bersekolah setelah 4 bulan cuti.
Bukan Cuti sekolah tapi Cuti angkara #COVID19😭
18/3/2020 - 18/6/20 selama PKP sehingga ke PKPB stay-at-home only.


Hari ini 22/7/2020 Hari Pertama, anak-anak melalui rutin #newnormal di alam persekolahan. RISAU seorang ibu tetap ada namun DOA yang baik-baik je. #lifemustgoeson


Allahhu Ya Hafiz Ya Muhaimin,
Allah yang Maha Menjaga, Allah yang Maha mengawasi.
Ya Allah Ya Hafiz Ya Muhaimin, pelihara dan jagalah anakku. 
Ya Allah aku serahkan anakku dalam jagaan dan peliharaanMu.


Doa buat-anak
Ya Allah, Jauhi anakku Aeilhan Nurmansiz, anak sedara Maiza Airiesya, anak saudara-maraku, anak sahabat-sahabatku dan semua anak-anak dari bahaya #COVID2019, dari segala penyakit dan perkara-perkara yang tidak baik. Amin Ya Robbal Alamin.


#anascollection

Friday, July 3, 2020

Yang Pertama


Semuanya bermula hari ini....

18 tahun yang lalu....

Hari ini....

Semuanya untuk yang pertama kali dalam hidup ku.

7:02 - Asssalammualaikum, dan selamat datang ke dunia baru.

18 tahun yang lalu, mama dan kamu sama-sama berjuang untuk melalui fasa baru dalam hidup ini...
18 Tahun lalu kamu lahir sebagai seorang bayi yang suci dan bersih sebersihnya.....

Hari ini ....
kamu melangkah ke dunia baru....
Melangkah ke alam dewasa....
Cabaran kamu di luar sana semakin luas dan juga cabaran untuk mama dan papa selagi kamu dalam peliharaan kami...
Andai kamu rasa mama mengongkong ingatlah itu adalah untuk kebaikan kamu
Andai mama melarang itu juga untuk kebaikan kamu
Anak perempuan tidak boleh amik mudah , tidak boleh buat tidak endah 
tanggungjawab menjaga diri dan maruah nampak mudah namun sangat berat


Remember??? you did ask me how do I feel that my 1st born child is graduate from High school?
SAD & HAPPY

soon you will further your studies
soon you will be apart from me
soon you will have you own life

Apapun pilihan yang kamu buat, ingat Allah sentiasa, Doa mama tidak pernah putus untuk kamu.


Terima kasih kerana menjadi anak mama yang tidak banyak ragam. Sekali sekala ada gak buat perangai :)

Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah SWT Semoga Allah S.W.T sentiasa memberikan taufik, rahmat, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNYA. 

Semoga dengan bertambahnya usia, kamu terus memperbaiki diri untuk menjadi insan yang mulia, sentiasa disayangi Allah S.W.T dan menyaynagi Allah S.W.T. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

SELAMAT HARI LAHIR 

AQEELA NURINNA BINTI AB SHUKOR
Aqeela - Bijak
Nurinna - Cahaya
Intripitasi kami dalam bentuk doa "Semoga kamu menjadi anak yang bijak, menjadi cahaya yang berseri dalam kehidupan mama dan papa". 
Alhamdulillah nama itu doa kami dan Allah kurniakan kebijaksanaan itu dan cahaya yang berseri itu buat kamu. Peliharalah anugerah Allah ini sebaik-baiknya.

Awalnya pilihan nama kamu Aleia Nurinna 
Aleiya - Tinggi/mulia
Nurinna - Cahaya 
Intripitasi kami dalam bentuk doa "Semoga kamu menjadi anak dan insan yang mempunyai akhlak yang mulia disisi Allah S.W.T. menjadi cahaya yang berseri dalam kehidupan mama dan papa". 

Hari ini....
Hari Bapa yang sebenarnya buat Ab Shukor Bin Mohamad
Hari Ibu sebenarnya buat diriku...

SELAMAT HARI IBU DAN BAPA BUAT KAMI BERDUA :)
 




Wednesday, June 3, 2020

Aku dan Laksa

“السّلام عليكم”
peace be upon you
salam sejahtera


Laksa, biasa makan laksa Utara @ Penang. Homemade dari emak. TERBAIK!!

Laksa Johor? Pertama kali cuba tak berapa suka. :( mungkin sebab mengandung masa tu jadinya memang tak boleh terima dek tekak ini. Semenjak itu memang tak pernah terasa nak cuba Laksa Johor sehinggalah beberapa tahun lepas.

Bila dah suka, susah pulak nak dapat kan? kan? Lama nak buat sendiri dan akhirnya disebabkan #rayapkpb2020 maka terhasillah Laksa Johor ini. Resepi dari Kak Ngah dan google :) Ada beberapa bahan yang tak ada tapi di teruskan juga sebab tak nak bahan-bahan yang ada rosak.

Alhamdulillah, inilah Laksa Johor hasil tangan pertama kali.  

Simpan sini resepinya.

Bahan basah :)
500gm Ikan kembung / selayang atau parang (saya guna ikan kembung) 
250 gram Udang hidup 
4 sudu besar Udang kering - direndam dan dikisar
3inci x 3 inci ikan masin kurau  - direndam dan dikisar (tiada)

Bahan kisar:
2 biji Bawang besar 
6 ulas Bawang putih 
2 inci Halia 
3 batang Serai 
1 inci Lengkuas 

Lain-lain bahan :)
1 1/2 sudu teh rempah ketumbar disangai dan dikisar
1 sudu teh jintan manis disangai dan dikisar

3 sudu Rempah kari daging 
Cili kisar 1 senduk

Santan pekat 500 ml - seeloknya santan pure.
3 sudu besar Kerisik

daun kesum
bunga kantan
gula melaka
Garam dan perasa

Bahan-Bahann untuk Ulam:)
Taugeh
Daun kesum
Daun selasih
Kacang panjang
Timun

Cara-caranya:
  1. Rebus ikan, masukkan Asam keping dan serai. Kemudian asingkan isi ikan dan tulang dan kisar. Gunakan air rebusan untuk kisar ikan dan tulang ikan.
  2. Udang dibuang kulit bersihkan dan kisar. Kepala udang dan kulit udang boleh di buat stok jika mahu. 
  3. Ketepikan ikan dan udang yang telah dikisar
  4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukan cili tumis lagi sehingga naik bau dan masukan bancuhan serbuk kari dan Masukkan serbuk rempah biar hingga pecah minyak. Kemudian masukan isi ikan dan udang yang telah dikisar. Masukan asam keping, daun kesum bunga kantan, daun selasih dan biar mereneh seketika dan masukan air tulang ikan dan udang. Biar mendidih. Masukan santan dan kerisik. Akhir sekali perisakan dengan garam, dan gula.
  5. Hidangkan ikut suka :)



Monday, November 11, 2019

11.11

“السّلام عليكم”
peace be upon you
salam sejahtera

11-11 kebelakangan ini selalu sangat nombor-nombor yang begini menjadi tumpuan. Tumpuan untuk Jualan lah biasanya.

Ya, saya sangat tertekan!

Ya Allah,
Alhamdulillah, atas kurniaanMu menambah uisaku setahun lagi. Entah berapa umur nanti yang Engkau berikan kepada hambamu ini. Aku memohon kepadaMu Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, berikanlah aku kesempatan untuk berbuat yang terbaik kepada kedua Ibubapaku, mertuaku, suamiku, anak-anakku, adik beradikku, saudara-maraku serta sahabat handaiku dan seluruh umat manusia.

Ya Allah, diusiaku yang sekarang ini pimpinlah aku hari ini di waktu yang akan datang menuju ke SyurgaMU. Aku pasrahkan setiap tarikan nafasku ini kepadamu, hanya kepadaMu. Ya Allah, Ya Barii yang Maha mengatur. Aturlah kehidupanku hari ini dan hari mendatang mengikut aturanMu.